SELEPAS SETAHUN

12 Disember 2020

Petang nanti saya berjanji untuk bertemu dengan sekumpulan pelajar. Pertemuan yang asalnya adalah pertemuan semula Home Room(HR) 5B/20 telah bertukar menjadi sesi minum  petang bersama pelajar dari pelbagai HR.

Dari kiri: Ilham, saya, Iznie, Deena, Aishah, Raihan, Nina dan Iman



Rasanya genap lebih kurang setahun, sejak mereka meninggalkan MRSM Kuantan selepas SPM 2019. Masing-masing datang dengan cerita permulaan perjalanan mereka yang masih panjang. Sesekali saya bertanya dan untuk kesekian kalinya saya lebih banyak mendengar dari bercakap. 

Antara mereka hanya Ilham, Raihan dan Nina sahaja yang merupakan anak HR saya. Walaupun mereka telah menamatkan tingkatan 5 tahun lepas, namun kami tetap mahu mengekalkan hubungan "anak HR dan mak HR". Yang selebihnya Izni, Aishah dan Iman pernah menjadi pelajar saya walupun sekejap. Kami tidak banyak berkongsi kenangan manis. Kata mereka, asal cikgu sains masuk je...terus serius. Jarang-jarang dapat bergurau senda. Kalau ke Jabatan Sains pun, sunyi je...macam takde orang.

Walau tiada kenangan manis, saya tahu Aishah minat melukis kartun Jepun. Saya pernah 'menangkap' Aishah melukis komik semasa di tingkatan 2. Lukisannya cantik. Semenjak itu, saya sangat berharap Aishah dapat meneruskan impiannya. Nina dan Izni selalu lelap dalam kelas Biologi saya semasa tingkatan 4. Biologi bukan subjek kegemaran mereka. Saya juga pernah melihat Nina tolong buatkan kerja sekolah untuk seorang kawannya. Deena? kadang-kadang saya takut bertentang mata dengannya. Sangat fokus, sehingga saya risau saya tersalah 'explain' semasa mengajar.

Mendengar bahawa dalam tempoh setahun, begitu banyak yang mereka belajar. Mengetahui bahawa dalam setahun, banyak yang mereka lalui. Memahami bahawa dalam setahun tanpa peraturan sekolah, mereka tetap dapat membawa diri dengan baik dalam komuniti mereka. 

Petang yang ceria dan menyegarkan. Mereka bukan sekadar pelajar, tetapi telah menjadi sahabat.

Dan saya sangat yakin mengakui, inilah kepuasan menjadi seorang pendidik. Semoga semua pelajar dan bekas pelajar saya dipermudahkan kehidupan mereka.




IKUT FLOW?

18 Sept 2020 

Selesai perbincangan kertas 2, soalan aneka pilihan, mock IGCSE. Memandangkan saya belum merekodkan markah pelajar, saya tanyakan mereka, 

 Boleh share tak markah? Boleh cakap kuat-kuat, saya nak rekod.. 
 Sama banyak jawaban pelajar, boleh dan tak boleh.

 Kita share lah.. Jangan risau, apa saja markah awak dapat hari ini, bukanlah menentukan siapa awak dalam tempoh 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun akan datang...betul tak? 

 Akhirnya semua pelajar bersetuju untuk menyatakan markah mereka secara terang-terangan. 
Sebaik selesai merekod markah, tiba-tiba Irfan bersuara, 

Cikgu, kursus apa paling senang kat uni? 

 Kursus paling senang? sengaja saya 'pause' lama sedikit selepas saya bertanya semula sambil otak ligat berfikir untuk menjawab. 
Kursus paling senang adalah kursus yang awak MINAT, sebab awak akan habiskan kebanyakan masa untuk kursus tersebut.

Awak nanti masuk uni, nak belajar kursus apa? Soal saya kepada Irfan.
Tengok tesult SPM dulu teacher..Kemudian saya decide. Ikut flow.. 

Saya teringat kisah seorang pelajar saya. Arif.
Kad daripada beliau. Terjumpa semasa mengemas work station sebelum sekolah ditutup kali ke dua sebab pandemik.


Arif adalah salah seorang pelajar terbaik dalam subjek Biologi dalam kelasnya. Seingat saya, beliau selalu mendapat markah tinggi. Tapi katanya, " saya tak nak buat kursus Biologi cikgu...". Inilah sikap pelajar yang saya suka. Tidak minat, tetapi belajar untuk ilmu dan pengetahuan. 
Arif adalah pelajar jenis auditori. Tempatnya di meja paling depan dalam makmal supaya dia dapat mendengar butir-butir penjelasan  saya ketika mengajar. Pernah sekali, Arif protes kerana tidak mahu mengambil bahagian dalam eksperimen. Bila saya tegur, jawabnya

 " Saya boleh faham apa yang cikgu ajar, saya tak rasa eksperimen boleh membantu saya. Saya boleh je dengar cikgu bercakap 2 jam". 

Arif hanya menjadi penonton dan tukang hulur barang sahaja dalam kumpulan eksperimennya.

Arif diterima masuk ke UNITEN. Kali terakhir saya bertemu Arif adalah selepas beliau menghadiri interview untuk biasiswa TENAGA NASIONAL. 


Tapi, awak tak ambil akaun kan?
Itulah cikgu, tapi saya dipanggil interview.
So, macamana awak rasa? ada harapan tak?
Tak pasti cikgu, tapi teruk saya kena. Tapi yang saya ingat saya cakap pada interviewer, walaupun saya tak ambil akaun masa SPM tapi saya berani mohon kursus perakaunan dengan biasiswa. Tuan bayangkan apa yang saya boleh buat kalau saya dapat biasiswa ni..?
Wow!!...confidentnya awak. Saya suka.
Terpaksa la cikgu...



Arif adalah contoh pelajar yang tidak ikut flow. Beliau ikut kata hati. Ramai pelajar termasuk ibu ayah yang tidak berani mengikut kata hati. Pelajar harus mencipta flow mereka sendiri, bukan flow bayangan ibu ayah atau flow yang terjadi sendiri. Ini yang selalu saya kongsikan dengan pelajar:

"awak sepatutnya dah boleh nampak diri awak dalam 5 tahun atau 10 tahun akan datang.."

Teringat kata-kata Arif pada saya, " cikgu..nanti bila saya dah betul-betul kaya, saya datang jumpa cikgu." 👍. 

Saya percaya sikap Arif telah membawa kejayaan dalam kehidupannya. Cuma mungkin belum betul-betul kaya sebab Arif belum datang berjumpa saya😉. Pelajar macam Arif adalah antara pelajar yang sentiasa memberi inspirasi kepada saya. 


SURVIVAL AT SCHOOL

21 SEPTEMBER 
 Perjumpaan Homeroom (Hr)
Saya nampak Akif muram dan gelisah. Selepas berborak-borak tentang isu minggu tersebut, pelajar berebut-rebut bercerita tentang Akif yang kehilangan bekas pensel. Akif diam sambil mengangkat muka sesekali. Saya diam, fokus mendengar. 

"kesiannya....hal kecik je tu Akif", respon saya dengan nada memujuk.

" tak pelah cikgu, nanti saya bagi tahu mak saya..." 
" ehh jangan!" cepat saya melarang.
 "Beli semula pen, pensel segala yang perlu. Tak perlu telefon mak awak. Hal kecik ja tu. Tak ada duit, bagitahu, cikgu dahulukan duit cikgu..."

 " cikgu, saya ada geometri set lebih. Nanti saya beri Akif pinjam dulu". Celah Ummi. Pelajar yang baru kehilangan bapa bulan Mac lepas.

 Alhamdulillah, tidak kedekut budak-budak ni. Bagus sangat tu. Bantu- membantu sesama ahli Hr. Lagipun mereka semua dalam kelas yang sama. Selesai masalah Akif. 

Bekas pensel yang biasa-biasa pada kita, tetapi pada pelajar seperti Akif, bekas pensel adalah nadi kepadanya. Ketiadaannya mengganggu kelancaran dan tumpuannya dalam kelas.



 24 SEPTEMBER 
 Memang kebiasaan kami tiba awal di sekolah. Sambil membetul-betulkan tali lehernya, mata Amani liar memandang keluar kereta. 

 " aikk, kenapa semua orang pakai baju PJ hari ni?" 
" Ujian segak kot", jawab saya acuh tak acuh sebab akhir-akhir ini memang musim Ujian Segak. 
" betul la, kita kena balik tukar baju ni, mama.." 

Kalau diikutkan hati, malas nak balik ke rumah waktu -waktu macam ni. Tak kan  lah Amani nak buat ujian segak dengan pakaian rasmi pengawas lengkap kot dan tali leher?. Saya tidak mahu meletakkan Cikgunya dalam keadaan serba salah nanti. Dan kami kembali semula ke sekolah 7.30. Dah berair mata Amani semasa kereta mendaki bukit kecil depan sekolahnya. Ini kali pertama Amani lambat ke sekolah. Konflik terbesar bagi pelajar yang sangat 'obedient' dalam tempoh persekolahan 4 tahun. 

 'Apa Amani nak cakap kalau cikgu tanya kenapa lambat...?" 

 "Ceritalah perkara yang sebenar", jawab saya. 

 Saya meneruskan perjalanan ke sekolah sambil memikirkan bagaimana Ikmal menangani konfliknya hari ini. Katanya malam tadi tidur hampir tiga pagi sebab menyiapkan kerja Geografi. Pasti hari ini beliau tersengguk-sengguk menahan lelap di dalam kelas. Dan sudah pasti menjadi bahan teguran guru-guru.

KONFLIK DI SEKOLAH.
Setiap hari berbagai konflik. Janganlah terlalu menjadi ibu bapa sempurna untuk menyelesaikan konflik anak anda di sekolah. Beri peluang mereka belajar untuk hidup berdikari dan bertanggungjawab atas apa yang berlaku. 

Asal lepas sekolah sahaja, saya dapati ada ibu yang akan bertanya guru dalam kumpulan WhatsApp kelas tentang kerja sekolah. Pada saya, biarlah anak bertanggungjawab tentang kerja mereka. 

Saya teringat suatu hujung minggu, anak Homeroom saya (di asrama)  demam. Bapanya tidak henti-henti menelefon saya, meminta saya berbuat sesuatu walaupun saya beritahu saya berada di luar kawasan. 

Saya minta beliau menelefon warden blok. Saya akhirnya mengabaikan sahaja panggilan telefon yang agak berterusan di telefon bimbit saya. 

Pendapat saya begini. Anak tinggal di asrama patut dibekalkan ubat-ubatan yang asas. Saya pernah memesan ubat secara atas talian untuk Addina semasa beliau di asrama. Ada pelajar senior yang akan membantu anak kita di asrama. Biasanya senior akan perkenalkan siapa ketua blok, siapa guru asrama blok mereka. Jika anak dalam kesusahan, minta dia jumpa  senior atau ketua blok. Ibu bapa boleh menghubungi warden jika bimbang. 

Tambahan***saranan seorang sahabat FB Khatijah Umar, sesekali ..bawalah buah tangan untuk rakan anak-anak sebilik atau se dorm anak kita. Ini sebagai tanda terima kasih kita kepada mereka yang mungkin menjaga anak kita ketika sakit demam.

Beri peluang anak belajar menyelesaikan konflik. Biar mereka belajar dari pengalaman. Belajar dari kesilapan. Tidak perlu menjadi ibu bapa yang terlalu sempurna di mata anak-anak, kerana kesempurnaan kita itulah punca ketidaksempurnaan anak-anak .



OCTNOV/ MAYJUNE/ WITHDRAW

 10 Ogos 2020

Sesi persekolahan selepas PKP agak kecoh sedikit dengan berita bahawa pelajar dibenarkan membuat pilihan samada menduduki IGCSE pada bulan Oktober, Mei atau menarik diri terus.

Mesyuarat berkaitan penilaian pelajar IG  yang dijadualkan pada hujung bulan Mac, akan menjadi kenyataan setelah ditangguhkan banyak kali gara-gara COVID 19.

     

Bersama Cg Wahida dan Cg  Hazilah semasa mesyuarat penilaian pelajar IGCSE 
  
Sesi rehat - mesyuarat. Sakit leher mengadap komputer dari pagi ke petang. Terkurung dalam bilik mesyuarat hotel denga SOP yang ketat. 

Saya secara peribadi menganggap hal ini sebagai berita baik. Wabak pandemik Covid 19 telah mengubah segala yang telah dirancang rapi untuk tahun 2020. Sangat berkuasa makhluk Allah yang satu ini. Saiz mereka lebih kecil dari bakteria. Ini yang selalu saya ingatkan pelajar semasa belajar mikroorganisma, 

" mujurlah Allah jadikan semua microorganisma ni kecil dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Bayangkan jika mereka boleh dilihat. Pada tangan kita sahaja sudah berjuta-juta koloni...kita akan hidup dalam ketakutan.."

 Persediaan yang biasa kami para guru buat menjelang peperiksaan besar Ig dan SPM tergendala pada tahun ini. Namun untuk SPM, memandangkan peperiksaan ditangguhkan maka, persiapan masih sempat dilakukan. Tidak untuk IG kerana penangguhan bukan dalan bidang kuasa Lembaga Peperiksaan. 

Oleh kerana pelajar telah memilih slot peperiksaan masing-masing, kami hanya dapat menyiapkan pelajar yang akan menduduki IG pada tahun ini (Oktober) sahaja. Menjelang tahun hadapan, pelajar yang sama akan bersedia untuk peperiksaan SPM. Guru pula akan menerima pelajar kohort baru seperti biasa pada awal tahun. Sekiranya ada dikalangan mereka memutuskan untuk menduduki IG pada Mei, semua persiapan menghadapi peperiksaan adalah tanggungjawab sendiri (di putuskan oleh pihak MARA).

Semua pelajar telah membuat keputusan masing-masing. Yang terkilannya, ramai yang tidak merujuk kepada guru subjek masing-masing. 

Guru yang mengajar mereka. 
Guru yang tahu prestasi mereka dalam IGCSE. 
Guru yang kenal sikap mereka di dalam kelas. 
Guru yang boleh memberitahu dengan jujur peratusan peluang mereka dalam peperiksaan ini. 

Ini pendapat saya secara peribadi:

1. Dudukilah IGCSE sekiranya:
- Anda mampu, tidak kisah untuk membayar RM 2k ++ dan tidak kisah apa jua keputusannya. Anda tetap mahu mencuba.
- Anda bercadang untuk melanjutkan  pelajaran di mana-mana kolej swasta yang menerima pelajar lepasan IG ( tanggungan sendiri). Minimum kelayakan adalah C untuk semua mata pelajaran. Bermakna anda bersedia untuk keluar dari sistem MRSM selepas tingkatan 4. 
- Anda yakin dengan prestasi anda dalam subjek-subjek IG berdasarkan keputusan ujian yang telah lepas. 

2. Oleh kerana anda diberi pilihan, pilihlah untuk TIDAK sekiranya :
-Anda tiada sebab yang disenaraikan di atas.

Sekian. 
Hanya anda yang kenal diri anda. 
SELAMAT BERJAYA!





 


KE MANA KEPUTUSAN SPM AKAN BAWA ANDA?

August 2020


KARNIVAL JOM MASUK UNIVERSITI YANG SAYA HADIR BERSAMA ANAK.( Terdapat wakil kolej/universiti yang tidak dapat memberi penjelasan dengan tepat tentang program yang ditawarkan. Jadi, pastikan ada bersedia dengan soalan dan sebarang pertanyaan supaya semua maklumat jelas, : yuran/ persemester? asrama? serta semak status akreditasi pusat pengajian)

                BANYAK MAKLUMAT DARI PROGRAM SEBEGINI, YANG PENTING PELAJAR KENA TAHU MINAT DAN KECENDERUNGAN DIRI.


Kumpulan  whatsapp bersama anak HR 2019 saya dibanjiri dengan gambar-gambar mereka mendaftar di Pusat Matrikulasi dan Pusat Asasi seluruh negara. Ada antara mereka yang  mendaftar sebulan yang lalu untuk program  persediaan ke luar negara dan sebagainya. Malah anak saya sendiri telah sebulan juga memulakan pengajian secara atas talian, dan mula sibuk dengan kuiz dan tugasan.

Di celah-celah keseronokan pelajar yang mendapat tempat di kolej dan kursus idaman mereka, terselit juga kisah yang tidak berapa menyenangkan. 

Antaranya, pelajar saya yang disenangi ramai, Anne. Mendapat keputusan SPM yang sederhana baik 6A. Cuma Matematik Tambahan sahaja agak teruk, tetapi bukanlah D. Anne tidak mendapat tempat di mana-mana Pusat Asasi dan Kolej Matrikulasi. Hanya setelah rayuan dibuat, beliau ditawarkan kursus diploma kejuruteraan di sebuah universiti di Malaysia Timur. Kursus yang paling tidak diminatinya. Anne berhajat melanjutkan pelajaran dalam bidang pentadbiran awam dan seterusnya dalam bidang guaman. Anne mempunyai CV yang sangat bagus. Menjadi salah seorang AJK tertinggi Badan Wakil Pelajar. Menunjukkan sifat kepimpinan yang sangat bagus. Pernah mewakili maktab dalam Global Excellent Leadership dan petah berhujah. 

Kisah kedua ialah Han. Juga mendapat 6A, 3B. Antara B itu ialah Matematik tambahan. Han tidak mendapat tempat di Pusat Asasi (yang pada pendapat saya, menerima pelajar 8A dan 9A sahaja). Han akhirnya ditawarkan tempat ke Kolej Matrikulasi. 

Kisah ketiga ialah Ili,  pelajar cemerlang. 8A+ dengan 1B (Biologi) dan Bibi 9A . Mereka berdua  layak untuk hampir kesemua program dalam dan luar negara, serta disenarai pendek untuk banyak penajaan yang dipohon. Malah kata mereka, semua temuduga biasiswa ynag dihadiri, langsung tidak bertanya tentang keputusan IGCSE.

Jadi:

1. Untuk mendapat tempat di kolej dan kursus pilihan - mesti keputusan yang cemerlang, lebih 'selamat' sekiranya mendapat sekurang-kurangnya A- matematik tambahan. Malah sahabat saya, guru Matematik Tambahan berpendapat, pelajar yang mendapat C dalam SPM, mungkin markahnya hanya 30%-40% sahaja dalam SPM.

2.  Untuk disenarai pendekkan dalam temuduga biasiswa - mesti mendapat keputusan yang cemerlang, Lebih 'selamat' sekiranya mendapat sekurang-kurangnya A- matematik tambahan (kelebihan untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, kurang 5k)

3. Perlukah keputusan peperiksaan lain selain SPM (seperti IGCSE dan High School Diploma) untuk membantu dalam proses 1 dan 2? TIDAK

4. Perlukah sijil aktiviti ko kurikulum yang hebat untuk membantu proses 1 dan 2? TIDAK semestinya.

Apa yang saya senaraikan adalah berdasarkan pemerhatian terkini terhadap pelajar saya.

Selamat Berjaya! Cikgu doakan yang terbaik. 

BIASISWA, PINJAMAN, BELAJAR DI LUAR NEGARA ATAU UNIVERSITI TEMPATAN?

Selalu saya tanyakan pelajar, mana satu pilihan mereka? biasiswa, pinjaman, belajar luar negara atau dalam negara?

Dan seringkali jawapan mereka adalah kombinasi biasiswa dan belajar luar negara.  Tapi,kalau pinjaman dan belajar luar negara pun ok, kata mereka. Asalkan dapat ke luar negara. Kursus macamana pula? Kursus apa-apa pun boleh cikgu. Saya melihat anak-anak ini sama seperti saya dahulu. Tiada arah. Yang ada hanya impian dan angan-angan. Itu pun jika mendapat keputusan yang cemerlang. Selebihnya, mengharapkan diterima masuk matrikulasi atau asasi. 

1. KEPUTUSAN SPM
Untuk melayakkan pelajar disenaraikan sebagai calon penerima biasiswa, mereka mestilah mempunyai kelayakan akademik 9A atau sekurang-kurangnya 8A. Kemudian menghadiri beberapa sesi interview untuk disenarai pendekkan. Kebanyakkan penaja akan menyatakan secara khusus kursus yang akan mereka taja. Jika pelajar layak secara akademik dan tidak kisah tentang kursus , mereka boleh memohon. 

Adakah nama sekolah yang pelajar 'bawa' menjamin biasiswa untuk mereka. Tidak! Tetapi sekolah-sekolah yang berprestasi tinggi selalunya menghantar banyak penyertaan pelajar untuk aktiviti peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Jika pelajar terbabit mengambil bahagian, maka mereka punya kelebihan. 

2. PENGLIBATAN DALAM KO KURIKULUM
Jika pelajar aktif dan mewakili sekolah dalam berbagai aktiviti (peringkat kebangsaan atau antarabangsa), peluang mereka tetap cerah. Pelajar sebegini biasanya berani, berkeyakinan tinggi dan matang. Ini akan membantu mereka dalam sesi interview.

3. KENAPA BIASISWA?
Sekurang-kurangnya penaja akan membayar untuk yuran pengajian yang mencecah belasan ribu ringgit untuk setahun di universiti swasta (biasanya penaja akan berkolaborasi dengan universiti swasta seperti UTP, MMU, UNITEN, SUNWAY, UNIKL dan sebagainya). Kalau pelajar bernasib baik mereka turut menerima elaun serta tajaan asrama kediaman. Banyak syarat ditetapkan untuk permohonan.


               
             
                                                          banyak betul senarai biasiswa!!!


Entry akan datang saya akan kongsikan kisah anak HomeRoom dan anak saya sendiri. Mereka menamatkan tingkatan 5 di MRSM   dan Kolej Permata Pintar (Kolej Genius@Pintar). Masing-masing mempunyai nilai tambah tersendiri iaitu Sijil IGCSE dan High School Diploma. Sesetengah mereka sangat aktif di peringkat kebangsaan. Adakah mereka punya 'privilege' dengan tiket ini?

PKP BERLARUTAN - KELAS ATAS TALIAN , GURU DIKECAM

Macamana nak mula ni,,? Semua bahan pengajaran ada di sekolah. OK, muat turun semua bahan yang perlu dulu. Mujurlah kebanyakan bahan ada dalam external hard drive dan dalam storage microsoft. Tambahan pula guru telah menggunakan Buku Rekod Mengajar atas talian, maka ini memudahkan kami untuk trace pelajaran terakhir di dalam kelas.
Sebenarnya semua pelajar telah dibekalkan dengan tugasan untuk cuti pertengahan semester (1 minggu). Setelah PKP diumumkan untuk 2 minggu, kami hanya menambahkan sedikit tugasan yang diberi. Namun bila ramai yang mempertikaikan tugas guru semasa PKP, pihak pentadbiran mengeluarkan jadual dan mencadangkan beberapa medium yang boleh digunakan guru untuk pengajaran atas talian, Memandangkan semua pelajar tidak dibenarkan membawa telefon pintar ke sekolah, hubungan guru dan pelajar sangat terbatas semasa PKP. Kami tiada medium untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar, yang rata-rata tinggal di merata daerah di Pahang, Terengganu ,Selangor, Kuala Lumpur  dan seorang dua dari negeri-negeri lain. Namun, pentadbiran boleh membina  akaun e-mail microsoft untuk setiap pelajar, maka pentadbiran mencadangkan Microsoft team sebagai medium utama. Namun, kebanyakan guru mempunyai 'mazhab' masing-masing tentang perkara ini. Ada yang mazhab Whatsapp, mazhab telegram dan mazhab google classroom. Pemilihan mazhab ini lebih kepada keselesaan guru dan capaian internet pelajar. 

Untuk berlaku adil kepada semua pelajar, seorang guru akan mengendalikan satu level. Contoh, sebagai penyelaras Biologi tingkatan 4, saya akan sediakan bahan dan tugasan untuk semua pelajar tingkatan 4. Mereka termasuklah pelajar-pelajar yang tidak diajar oleh saya. Subjek lain juga begitu. Jadi , tiada alasan yang  guru tertentu sahaja yang mengajar dan yang lainnya tidak.

Tidak terkecuali juga, ibu bapa turut membandingkan kaedah yang kami gunakan dengan sekolah-sekolah hebat lain. Kami faham dan kami tetap mencuba. Malah kami cuba melayan semua medium yang pelajar gunakan. Ada yang berada di kampung, di felda, di bandar menjaga adik-adik, tiada internet, tiada telefon pintar atau hanya satu telefon pintar serta berbagai ragam lain. Semuanya adalah pertama kali buat kita. Sementelah PKP yang jatuh dalam bulan Ramadhan, ramai pelajar yang tersasar dari jadual yang sepatutnya. Kelas 8 pagi...tidak seorang pun muncul di alam maya. Dan bila tiba masa cikgu sign out, telefon tidak putus-putus berbunyi.
Contoh: 2 pelajar ini menghubungi saya jam 11.20pm. Saya telah jauh diulit mimpi ketika ini. Sikap pelajar sebegini menyebabkan guru seakan bertugas sehari suntuk. Waktu jadual yang telah ditetapkan untuk pengajaran dan komunikasi(pentadbiran), peruntukan masa untuk menyemak segala tugasan(sendiri) dan melayan masalah pelajar lewat malam(overtime/anytime). 

Pada masa yang sama, telefon tidak berhenti berbunyi di saluran whatsapp dan telegram kelas Amani (tahun 4). KAFA juga berlangsung seperti biasa. Telefon pintar mama lah mangsanya. Arahan dari pentadbiran juga di terima dari masa ke semasa. Mesyuarat jabatan tetap berlangsung atas talian, rekod pengajaran ditulis seperti biasa, juga atas talian. Keluarga perlu perhatian, penglibatan anak dengan sekolah mereka perlu dipantau.

 Itu pun, ramai yang menganggap para pendidik 'makan gaji buta'

 

CIKGU DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Minggu 1
Kami memandu sejauh 662km dari Alor Setar  ke Kuantan pada 21 Mac, selama 6 jam tanpa henti walaupun ke tandas. 5 hari selepas PM mengumumkan PKP. Sesuatu yang tidak pernah kami lakukan. Biasanya perjalanan lebih santai sambil berhenti di banyak tempat untuk makan dan solat.

Matahari baru terbit semasa kami melepasi plaza tol Pendang
Minggu pertama banyak dihabiskan dengan kerja- kerja menanda kertas ujian selaras dan memuat naik markah para pelajar ke dalam UPPM. Mujurlah saya telah habiskan menanda 6 kelas sebelum bercuti. Baki satu kelas sahaja. Wabak semakin merebak. Data mendatar.. menunjukkan sekurang-kurangnya ada satu  kematian setiap hari, namun jumlah jangkitan dan kes terus bertambah. Setiap malam kerja kami  menunggu carta wabak yang diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Wabak seumpamanya pernah melanda dunia, seperti SARS, H1N1 dan INFLUENZA. Namun Malaysia tidak terkesan sehingga sebegini.

Nampaknya banyak isu berkaitan guru timbul semasa tempoh PKP ini. Ada yang minta gaji guru dipotong,wang tersebut boleh digunakan untuk membantu barisan hadapan membeli PPE(personal protection equipment). Kata mereka, guru diberi gaji semasa PKP tetapi tidak perlu hadir ke sekolah. 

Pendapat saya pula, ini merupakan minggu pertama ibu bapa berada 24 jam di rumah bersama anak-anak. Baru nampak semua "true colours". Selama ini, ibu bapa bekerja tidak bersua muka dengan anak-anak selama lebih kurang 10jam (7 pagi hingga 5 petang). Keadaan menjadi sebaliknya sekarang. Pernah suatu ketika dahulu, saya dan suami berbual tentang perkara ini. Kami berdua setuju bahawa kami lebih rela bekerja dari menjaga anak di rumah. Kerja rumah yang tidak pernah selesai, anak bergaduh dan memastikan mereka tidak leka dengan gajet, memang menuntut kesabaran tinggi.
     
                                                             

Ini kaedah yang saya gunakan untuk memastikan anak saya (Amani, 10 tahun) belajar Bahasa Melayu di rumah tanpa penglibatan guru. >READING CHALLENGE<

1. Pilih sebuah buku novel kanak-kanak
2.  Cabarannya: beliau perlu menghabiskan novel setebal 247ms diatas dalam tempoh 3hari
3. Sediakan sedikit ganjaran atau janji manis(mungkin ditunaikan selepas PKP). Ganjaran untuk Amani ialah RM 20 jika beliau menghabiskan buku tersebut dalam tempoh 2 hari atau RM 10 jika buku dihabiskan dalam tempoh 3 hari. Jika gagal dihabiskan dalam tempoh 3 hari, beliau tidak mendapat apa-apa. (Kebetulan Amani sedang mengumpul duit untuk membeli patung Barbie baru. Bila cuti PKP, tak ada income duit belanja) 

   
 Sebagai penilaian, luangkan sedikit masa untuk minta anak bercerita bagi setiap bab. Amani ada bertanya maksud perkataan (semasa kita memberi penerangan, mungkin akan melibatkan sekali perkataan berlawan, perkataan seerti dan contoh ayat), maksud peribahasa dan sebagainya. Saya rasa amat berbaloi dengan rm 20 yang saya laburkan untuk seorang budak 10 tahun yang obses dengan You Tube. Dan selepas selesai, saya tanyakan pendapat beliau serta perasaan beliau. Namun, penerangan Amani berakhir dengan..."Amani tak minat sangat membaca". Tidak mengapa, asal ada sedikit ilmu yang dia belajar setiap kali membaca.

Penghujung minggu pertama, arahan masuk 'non stop' melalui telefon bimbit. Guru diminta menyediakan tugasan/kuiz, bahan pembelajaran serta bersedia untuk kelas atas talian. Mana-mana guru pun tidak pernah bersedia untuk semua ini. Dalam keadaan sebegini. Saya ada 3 hari untuk bersedia. 

ROAD TRIP - LEBUHRAYA TIMUR BARAT - KUANTAN KE ALOQ STAQ



Ketika PKP diumumkan, kebetulan kami sekeluarga berada di kampung. Kami bertolak dari Kuantan pada 15 mac.. Sabtu. Mengikut laluan Lebuh Raya Timur Barat. 




Notis di bilik hotel yang menjadi hiburan kami pada malam tersebut.
View dari tempat penginapan kami, Hotel Jeli Inn, depan MRSM Jeli. Selesa dan bersih. 

Lagi pemandangan indah dari hotel.


Sedap nasi kerabu Jeli

Laluan Timur barat menyajikan kehijauan pokok dan langit membiru.

Alhamdulillah, perjalanan berakhir di Restoran Hj Ramli Nasi Kandar, gulai perut ikan.

Dan dessert di kedai kegemaran juga, ais kacang salji.
INSTAGRAM : aiskacangsalji_dinalang

17hb Mac, PM mengumumkan PKP akan berlarutan selama 2 minggu.
Minggu 1 PKP
Terperangkap dalam rumah bersama anak-anak saudara Wafiy(8), Najmi (6) dan Zara(5) serta 3 anak saya Addina (18), Ikmal(14) dan Amani(10). Kami mereka dan mencuba berbagai permainan. Habis main dam ular, kami main teka haiwan. Jemu main, mereka bergaduh . Diberi makan, mereka berbaik dan berkongsi. Selepas makan boleh berebut basikal dan akhirnya minum susu dan tidur.

Kami mula mencongak-congak mengatur perjalanan kembali ke Kuantan. Kalau ikut perancangan awal, kami akan balik Kuantan pada 21 Mac. Melalui Timur barat juga dan mungkin singgah menghadiri kenduri kahwin rakan sekerja saya, Cikgu Hasif. Ini kerana saya percaya jika kami lambat bergerak, kemungkinan besar PKP diperketatkan amat tinggi (jika melihat kes SARS dulu, ambil masa dekat setahun untuk pulih). Jika PKP diperketatkan, kami mungkin langsung tidak dapat balik ke Kuantan. Jeng....jeng... jeng....




SPM 2019 DI KOLEJ GENIUS PINTAR (kolej permata pintar)

Kisah keputusan SPM dah tenggelam dalam timbunan COVID19. Lega rasanya. Saya sebenarnya agak rimas bila diajukan soalan tentang keputusan SPM anak saya yang merupakan pelajar KGP 2019.

Sejak awal, ramai berpendapat pelajar di KGP tiada masalah untuk menduduki SPM memandangkan mereka pelajar terpilih. KGP sendiri sebenarnya menjadi buah mulut awam kerana terpalit dengan isu politik Bekas Penaungnya. Betul...para pelajar dipilih melalui beberapa ujian saringan atas talian. Tetapi program pendidikan KGP berbeza. Mereka buat High School Diploma. Silibus pelajar T4 dan T5 menyamai silibus tingkatan 6 di Malaysia. Sukar, tetapi para pelajar berjaya mengharunginya. Saya membandingkan keadaan pelajar KGP dengan pelajar saya yang mengikuti IGCSE.

IGCSE di MRSM bermula semasa T3 dan peperiksaan IGCSE semasa T4. Sebaik sahaja menjejak T5, para pelajar akan diasuh untuk menduduki SPM. Kebanyakan masa digunakan untuk ulangkaji kerana silibus T5 telah dihabiskan semasa T4(overlaping dengan silibus IG). Jika ada pembelajaran pun hanyalah untuk " cover" topik SPM yang tiada dalam silibus IG. Teknik 'drill' dan  'spoon feed'  adalah biasa di sekolah-sekolah seperti MRSM atau SBP.  Biasanya pelajar yang tidak 'perform' semasa peperiksaan IG, tetapi mempunyai potensi, ,masih berpeluang untuk 'score' dalam SPM. Jadi, sekiranya ibu bapa meletakkan sebilangan A sebagai  target untuk anak-anak dalam SPM, hantarlah ke MRSM atau SBP. Semua guru  adalah terlatih dengan silibus semasa iaitu SPM. Malah, terdapat guru yang berpengalaman sebagai penanda  kertas SPM.

Di KGP, saya melihat anak saya masih meneruskan silibus 'high school diploma' semasa semester pertama T5. Kesuntukan masa. Guru pula bukanlah di kalangan mereka yang terlatih dengan silibus SPM. Bukan mereka tidak bagus, cuma tidak terlatih. Kelas tambahan subjek SPM terpaksa diadakan dengan menggunakan khidmat guru dari luar. Dan saya sama sekali tidak menyalahkan KGP. Saya percaya banyak perkara  bukan akademik yang anak saya belajar sepanjang 5 tahun di KGP. Saya sendiri tidak pernah meletakkan sekian target untuk beliau. Cuma memberi galakan dan memberi nasihat jika perlu.

Walaubagaimanapun, SPM bukan seperti peperiksaan biasa. Ada teknik untuk menjawap. Ada skema pemarkahan yang perlu difahami guru dan pelajar. Di sinilah peranan guru terlatih itu penting. Skema pemarkahan SPM  'rigid', tidak seperti IG yang lebih rubrik dan ' student friendly'.

Apa yang ketara di sini, saya secara peribadi berpendapat simbiosis pelajar berpotensi dan guru yang  terlatih perlu wujud. Sebijak mana pun pelajar, mereka perlu guru untuk membimbing dan menunjukkan jalan.

5 Mac 2020. Nada kekecewaan jelas kedengaran di telefon. Berjurai air mata pelajar KGP yang tidak  mendapat 9A. Bukan rezeki mereka barangkali.

Bertabahlah anak-anak, Allah dah sediakan sesuatu yang LEBIH BAIK dari 9A.










PENCAPAIAN HIDUP

APA PENCAPAIAN TERBESAR DALAM HIDUP ANDA?

Tiga hari lepas, saya berjumpa seorang kawan lama, dah dekat lima tahun juga kami tidak bersua. Banyak yang kami bualkan, malah beliau meluahkan rasa terkilan terpaksa menangguhkan niat untuk menyambung pelajaran ke peringkat doktor falsafah. Sambil memberitahu salah seorang kawan kami baru sahaja menamatkan pengajian doktor falsafahnya.

"nampaknya setakat ini sahajalah pencapaian saya dalam hidup", katanya dalam nada sedikit kecewa.

Dan sehingga ke malam, perkara tersebut berlegar dalam fikiran saya dan berlarutan ke perbincangan semasa makan malam kami sekeluarga.

Bagaimana kita mengukur pencapaian kita dalam hidup?
Kawan saya mungkin melihat taraf pengajian sebagai ukuran pencapaian. Beliau mempunyai ijazah sarjana, saya hanya mempunyai ijazah pertama. Jika itulah ukurannya, saya berada jauh di belakang.

Seorang kawan saya Profesor Madya Dr. Shaufique Fahmi (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan) pernah berkata betapa beruntungnya saya kerana dapat menjalani kehidupan yang seimbang. Maksudnya, saya masih sempat melakukan hobi yang saya gemari di masa lapang dan masih sempat beriadah 3 atau 4 kali seminggu sebagai rutin. Malah sempat melayan kehendak menu anak-anak bila berkesempatan.

Walaupun tanpa 'title' dan  tanpa gaji lumayan, kehidupan biasa yang saya jalani  masih dicemburui.

Kawan saya yang lain pula pernah berkongsi, katanya :
"cukuplah dengan gaji sekarang.. Umrah dah pergi, haji dah pergi.. rumah pun dah beli.. Rumah kampung pun ada.. Anak-anak dah berkeluarga.. Dapat bercuti setahun sekali.. Dapat beli sedikit barang yang dihajati.."

Serba ada dan serba sedikit. 

Bagaimana anda mengukur pencapaian anda dalam kehidupan?


ACTIVE LEARNING 4 : NUTRITION 3 : lesson 3, diet dan cara hidup sihat

Mengira BMI (30 minit)
Merangka diet yang sesuai dan amalan yang perlu dilakukan utk menambahbaik BMI. (15 minit)
Perbincangan dan perkongsian (15 minit)


                                       
1.pelajar mengukur tinggi



2.pelajar mengukur jisim badan masing-masing

3.Seterusnya mereka mengira BMI masing-masing.
 Kemudian setiap pelajar menentukan status BMI berdasarkan jadual berikut.


4. Pelajar akan berkumpul dalam kumpulan berdasarkan status BMI masing-masing
5. Pelajar berbincang sesama ahli kumpulan, untuk merangka diet dan langkah yang perlu diambil untuk menambahbaik BMI mereka supaya mencapai status NORMAL
6. Sesi perkongsian. 

LESSON 1
LESSON 2







ACTIVE LEARNING 3 - NUTRITION F2- lesson 2


Keperluan makanan seimbang
Nilai kalori makanan


Selepas mengenali kelas-kelas makanan , saya minta pelajar bawa bungkusan makanan yang selalu mereka makan.


Saya ajar pelajar tentang maklumat pemakanan atau 'nutritional fact' yang ada pada setiap pembungkus makanan.


Pelajar diminta menilai makanan mereka:

       1) Menyenaraikan kelas makanan yang terdapat pada pembungkus makanan.
                      Soalan : Berapakah kelas makanan yang terkandung dalam makanan awak?
    Soalan : Adakah ia seimbang?

             2) berapakah nilai kalori yang terdapat dalam makanan awak untuk setiap hidangan?
                                Soalan : Adakah ia membantu memenuhi keperluan kalori awak untuk sehari?
                                Soalan : Adakah nilai kalori tersebut melebihi keperluan kalori awak?
                                (keperluan kalori remaja lelaki=2000kcal, perempuan 1800kcal)

                3) Minta beberapa orang pelajar berkongsi dapatan mereka dan pelajar lain boleh                                      memberi komen
             
                                                               
Saya selitkan juga tentang bahaya lemak tepu, pewarna tiruan serta perasa tambahan. Malah ada pelajar bertanya tentang fibre dalam biskut, vitamin dan sebagainya. Guru boleh bersedia untuk berbincang tentang isu tersebut. Ada juga pelajar bertanya protein tambahan seperti yang diambil oleh "kaki gim" dan juga tentang makanan tambahan yang dijual oleh syarikat kosmetik.

Guru juga perlu mengingatkan pelajar tentang bahaya pengiklanan. Bahawa bukan semua yang diwar-warkan dalam iklan itu benar.

                                                                ACTIVE LEARNING 1
                                                                ACTIVE LEARNING 2 - NUTRITION













































ACTIVE LEARNING 2 : NUTRITION F2 :lesson 1

15 Januari 2020

Kelas 2F 1.00ptg-2.00ptg.

Kelas tengahari ni memang 'jiwa kacau' . Tajuk Nutrition.
Objektif pembelajaran : 1. kenal pasti kelas makanan dan contoh makanan setiap kelas.
                                       2. Funsi setiap kelas makanan dan elemen dalam kelas makanan.
 Oleh kerana semua pelajar tinggal di asrama, saya dapat idea ini. Saya akan bawa pelajar ke Dewan Selera, depan makanan.

Perkara pertama saya lakukan ialah telefon Penyelia Asrama, Puan Ina. Saya minta kebenaran untuk satu kelas pelajar saya seramai 25 orang, untuk makan awal sedikit dari pelajar-pelajar lain.

30 minit pertama di makmal:
Guru minta pelajar membina jadual  untuk kelas makanan, elemen serta fungsi setiap kelas makanan.

30 minit berikutnya di Dewan Selera:
1.Pelajar mengambil makanan masing-masing.

2. Pelajar menilai dan mencatat menu mereka

3. Guru menyoal :
a) berapa kelas makanan yang ada dalam menu anda?
b) kenal pasti makanan dan kelas makanan yang terlibat?

4. Perbincangan seterusnya : dalam kelas berikutnya
- makanan seimbang

Kelas yang ringkas tapi menyeronokkan dan berkesan.


ITINERARY : SINGAPORE family trip

Kenapa Singapura?

Jiran paling dekat di selatan semenanjung. Sebuah negara berbilang bangsa (lebih berbilang bangsa berbanding Malaysia), antara termoden dan termaju di dunia. Negara kecil yang kaya dengan sejarah, padat dengan bangunan moden dan indah. Tetapi masih menyimpan diversiti hidupan di sudut Botanic Garden mereka. Sehinggakan anak-anak tidak percaya bila saya katakan Singapura pernah menjadi sebahagian dari Tanah Melayu suatu ketika dulu.

Banyak perkara yang kami sekeluarga pelajari. Warga Singapura sangat berdisiplin, dari sekecil-kecil perkara seperti gula-gula getah sehinggalah perkara-perkara serius seperti integriti dan rasuah. Singapura menduduki tempat ke 6 dalam Indeks Tanggapan Rasuah dengan 84 mata pada tahun 2018, di belakang N. Zealand, Denmark, Finland. Norway dan Switzerland. Berada di Singapura bagai berada di sebuah negeri yang sangat jauh dari Malaysia, lantaran persekitaran dan pemandangan yang sangat berbeza. Mengangkat Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan kerana kepelbagaian bangsa yang ada. Malah sukar untuk mengenalpasti orang Melayu di sini.

Dengan keluasan yang hanya 721.5km persegi dan  jalinan pengangkutan awam yang sangat efisien, sangat mudah untuk sampai ke tempat-tempat tarikan utama. Saya kongsikan iti saya di sini.


SINGAPORE TRIP
7 DECEMBER - 11 DECEMBER 2019

7-Dec SABTU DAY 1

9.05AM    DEPARTURE FROM KLIA2 (JETSTAR)
10.15AM    ARRIVAL AT TERMINAL 1
10.30AM    HEADING TO NORTH ENTRANCE  ON LEVEL 1 (FR T1)
           VISIT CHANGI JEWEL- CANOPY BRIDGE AND CANOPY PARK
2.00PM    HEADING TO Changi MRT AT BASEMENT TERMINAL 2
           BUY EZI LINK CARD
           NAIK MRT EAST WEST LINE TOWARDS TANAH MERAH- TURUN
           NAIK MRT EAST WEST LINE 2 TOWARDS TUAS LINK- TURUN AT PAYA LEBAR EXIT D
           JALAN 7 MINIT KE HAIG ROAD FOOD CENTER- LUNCH, BELI PUTU PIRING HAIG
 
3.15PM   CHECK IN BNB 39, LORONG 27 GEYLANG.
          REFRESH, SOLAT
6.00PM     MAKAN KAT MANA?
          NAIK MRT WEST LINE 2 TOWARDS TUAS LINK, TURUN BUGIS EXIT MASJID SULTAN
          ZAM ZAM RESTAURANT- BUGIS MRT - MURTABAK
         JALAN KAKI TO RESTAURANT- DINNER
         PUSING2 ARAB STREET, MASJID SULTAN
         PEGI SMIGGLE STORE @BUGIS JUNCTION
                    PEGI LIBRARY @BUGIS
         BALIK- NAIK MRT AT BUGIS EAST WEST LINE 1 TOWARDS PASIR RIS, TURUN ALJUNIED

8-Dec AHAD DAY 2

COMIC CON @ MARINA BAY SANDS

8.30AM   NAIK MRT EAST WEST LINE 2- TURUN BUGIS MRT STATION
          SARAPAN @ ZAM ZAM RESTAURANT
9.30AM   NAIK MRT DOWNTOWN - TURUN PROMENADE STATION
          BELAKANG LV BUILDING -INSTAGRAM SPOT
          JALAN KAKI KE SAND EXPO & CONVENTION CENTER (HELIX BRIDGE)
3.00PM   CARI SIGN BOARD KE GARDEN BY THE BAY, JALAN KAKI
5.00PM   KUDAPAN @ MC DONALD/TEXAS CHICKEN
          SOLAT KAT MUSSOLAH SEBELAH TEXAS CHICKEN
          JALAN KAKI KE BAYFRONT MRT STATION
6.00PM   NAIK TRAIN  LINE 6 TOWARDS MARINA BAY, TURUN
          TUKAR TRAIN LINE 4, TURUN RAFFLES PLACE
          JALAN KAKI KE MERLION PARK- lepak tengok orang je
          BALIK-JALAN  KE RAFFLES PLACE MRT, NAIK TRAIN EAST WEST LINE 1, TURUN ALJUNIED

9-Dec ISNIN DAY 3

8.30AM   UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE 
       
          NAIK MRT WEST LINE 2 TOWARDS TUAS LINK, TURUN OUTRAM PARK
          NAIK MRT North East Line 6 towards Harbour Front( TURUN HARBOUR FRONT)
          JALAN KAKI KE VIVO STATION ( BELI TIX SENTOSA EXPRESS)
         NAIK Sentosa Express towards IMBIAH STATION, BERGAMBAR KAT MERLION
9.30AM  NAIK SENTOSA EXPress towards BEACH STATION
         MASUK USS
         LUNCH KAT USS- byk halal restaurant
6.00PM  BALIK,NAIK SENTOSA EXPRESS FROM BEACH STATION TO VIVO STATION(3RD FLOOR)
         JALAN KAKI KE MRT HARBOUR FRONT
7.00PM  NAIK MRT North East Line 7 towards Punggol, TURUN CHINATOWN MRT STATION
        TUKAR TRAIN, NAIK DOWNTOWN LINE 11 TOWARDS PASIR PNJG
        TURUN PROMENADE EXIT C
        JALAN KE FOUNTAIN OF WEALTH- INSTAGRAM SPOT
        MASUK TOWER 3 SUNTEC CITY NAIK 3RD FLOOR, 
                        WUDHUK KAT TOILET SEBELAH BURGER KING,
        SOLAT KAT SURAU KAT LORONG SEBELAH SINGAPORE POST
        MASUK  LA TENDO 3RD FLOOR JUGAK
        BALIK- NAIK MRT DOWNTOWN KE BUGIS
        BALIK- TUKAR MRT  EAST WEST LINE 1 TOWARDS PASIR RIS, TURUN ALJUNIED

10-Dec SELASA DAY 4

8.30 AM    NAIK MRT EAST WEST LINE 1 TOWARDS PASIR RIS, TURUN PAYA LEBAR
           TUKAR TRAIN, NAIK CIRCLE Line , TURUN MRT BOTANIC GARDEN

ORCHARD ROAD

10.00AM    NAIK TRAIN DOWNTOWN LINE TO EXPO, TURUN NEWTON, JALAN KE NEWTON STATION
           TUKAR TRAIN, NAIK North South Line TO Marina South Pier TURUN ORCHARD
           JALAN -JALAN ORCHARD
           LUNCH @ AYAM BAKAR OJALALI, 3RD FLOOR LUCKY PLAZA
           SOLAT ZOHOR @ MASJID AL FALAH
2.00PM    NAIK TRAIN NORTH SOUTH LINE TO MARINA, TURUN DHOBY GHAUT
           TUKAR TRAIN TO NORTH EAST LINE 6 TO HARBOUR FRONT TURUN CLARKE QUAY
           JALAN KE OLD HILL POLICE STATION- INSTAGRAM SPOT
          JALAN KE FORT CANNING - INSTAGRAM SPOT
          JALAN KE MRT FORT CANNING, NAIK Downtown Line 11 towards Bukit Panjang
          JALAN KE OPP TREASURY, NAIK BAS 124 TOWARDS HARBOUR FRONT
          TURUN BEF TELOK BLANGAH HTS.,12 STOPS
          JALAN DEPAN, NAIK TANGGA KIRI TO HENDERSON WAVE BRIDGE
6.00PM     NAIK BAS BEF TELOK BLANGAH HTS  TADI, NAIK BAS 145 TOWARDS TOA PAYOH,
         TURUN HARBOUR FRONT  MRT STATION EXIT A
         MAKAN KAT SEAH IM FOOD CENTRE
         NAIK MRT NORTH EAST LINE 7 TOWARDS PUNGGOL COAST TURUN OUTRAM PARK
         TUKAR TRAIN TO EAST WEST LINE 1 TOWARDS PASIR RIS TURUN AL JUNIED

11-Dec RABU DAY 5
BALIK

9.00AM         NAIK MRT EAST WEST LINE 1 TOWARDS PASIR RIS, TURUN TANAH MERAH
                TUKAR TRAIN East West Line 3 towards Changi Airport

12,05AM  DEPARTURE

Ada satu lagi tempat yang kami selitkan LIBRARY @ ORCHARD -turun di Stesen Sommerset. Boleh ubahsuai iti kami mengikut kesesuaian anda. Selamat bermusafir
 Hari pertama kami di Singapura

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...