Ramai parent yang trigger dengan 2 orang anak selebriti Malaysia yang dapat ke Oxford. S
Melambung pujian..bertuah mak ayah, dapat anak bijak lagi segak. Dapat pergi Oxford!
Saya tak nak ulas tentang parenting. Saya juga taknak ulas tentang intelligent. Semua tu subjektif.
Saya cuma nak share tentang IGCSE.
1. Program pelajar ke Oxford tu, adalah dari sekolah antarabangsa. Mereka bukan dihantar atau ditaja oleh sekolah. Program terbuka. Ada duit, boleh pergi. Sebab itu, kita tengok mereka yang mengikuti program tersebut, hmm... agak-agak la dari keluarga yang macamana.
2. Sekolah antarabangsa mengguna pakai IGCSE sebagai peperiksaan utama. Kalau diteliti silibus IGCSE ni, ada macam-macam pilihan subjek, bergantung kepada sekolah atau minat pelajar. Kalau ambil BM dalam exam IGCSE, level macam sekolah rendah. Kalau untuk aliran sains ada CORE dan EXTENDED.
3. Selain sekolah antarabangsa, kat mana nak ambil IGCSE?
MRSM. Program DWISIJIL bersama SPM.
Percuma? TIDAK.
Pelajar kena bayar yuran IG ketika tingkatan 4. Lebih kurang rm2k ++ , bergantung kepada currency. Kalau tak mampu, JANGAN.
3. Silibus sains IG ada 2. Core dan extended. CORE adalah basic sains. EXTENDED lebih advance, sama seperti level SPM Malaysia. MRSM menggunakan silibus EXTENDED. Maknanya tahap kesukaran lebih kurang sama seperti SPM.
4. Haluan selepas IG. Boleh terus ke luar negarakah? Tanpa SPM?
Boleh teruskan dengan ALevel atau foundation. Min average gred C untuk program tersebut. Again, duit sendiri.
Kalau lepasan MRSM pun boleh. Tanpa mengambil SPM. Tapi, belanjawan sendiri. Tiada penajaan.
**IG bagus untuk pelajar yang sudah pasti akan ditaja parent. Yang sudah tahu hala tuju program yang diminati semasa di kolej.
#cganis- tempat belajar sepatutnya memberi nilai tambah kepada pelajar.
No comments:
Post a Comment