Kami sekeluarga menghadiri graduasi Addina di Kolej Genius@PERMATA(KGP), UKM... walaupun lima tahun lepas, kami mendaftarkannya di Kolej Permata Pintar, UKM. Nama kolej bertukar setelah pemimpin negara bertukar.
Di KGP, pelajar dianugerahkan dengan High School Diploma (HSD) selepas menamatkan tahap 2 (tingkatan 4 dan 5). Pelajar boleh menggunakan HSD untuk memohon melanjutkan pengajian ke luar negara seperti AS dan AUSTRALIA dengan syarat mereka melepasi ujian SAT atau yang seumpamanya. Boleh rujuk maklumat pengajian di sini.
Bouquet yang dalam bakul tu, untuk graduan.
Carnation tu untuk mama, katanya.
Graduan kami, "semua kena datang sebab Dina dapat anugerah Pengarah.."
Menunggu majlis bermula dalam auditorium KGP
Pentas serba ringkas dan sangat formal.
"Merasai pengalaman berjaya".
Antara yang menarik semasa ucaptama Perasmi majlis, Dato' Kamel Mohamad, TKSU Perancangan Strategik, Kementerian Pengajian Tinggi adalah:
-your future is not been written yet-
-the world is to be explore-
-it doesn't matter where you start, it's the end that is important-
-good is not enough, better is expected,best is possible-
-attitude is important-
-able to contribute-
-antara kaya, berjaya whatsoever..hemah paling utama-
Majlis penyampaian anugerah diselangseli dengan persembahan kugiran kolej. Walaupun kebiasaan majlis graduasi adalah suatu majlis yang 'solemn', tetapi di KGP, jemputan bagai ditarik tarik tangan mereka untuk bertepuk semasa kugiran kolej memainkan lagu 'rasa sayang eh' secara instrumental. Sungguh 'catchy'.
Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Pelajar Terbaik Keseluruhan, Saudara Faiz Rahmani sebagai wakil pelajar. Hebat pelajar ini. Saya tersentuh mendengar ucapannya. Tahniah untuk semua pelajar.
selamat berjaya SPM 2019
Asssalamualaikum. nak tanya apa program yang ditawarkan ya? sama mcm spm ke? subjek semua dlm english ke? anak saya baru selesai ukm3 jadi nak tahu serba sedikit. terima kasih banyak
ReplyDeleteWsalam... Advance dari sekolah biasa. Form 1-3 dah mula silibus tingkatan 4.pdp dalam English
ReplyDelete