Selesai perbincangan kertas 2, soalan aneka pilihan, mock IGCSE. Memandangkan saya belum merekodkan markah pelajar, saya tanyakan mereka,
Boleh share tak markah? Boleh cakap kuat-kuat, saya nak rekod..
Sama banyak jawaban pelajar, boleh dan tak boleh.
Kita share lah.. Jangan risau, apa saja markah awak dapat hari ini, bukanlah menentukan siapa awak dalam tempoh 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun akan datang...betul tak?
Akhirnya semua pelajar bersetuju untuk menyatakan markah mereka secara terang-terangan.
Sebaik selesai merekod markah, tiba-tiba Irfan bersuara,
Cikgu, kursus apa paling senang kat uni?
Kursus paling senang? sengaja saya 'pause' lama sedikit selepas saya bertanya semula sambil otak ligat berfikir untuk menjawab.
Kursus paling senang adalah kursus yang awak MINAT, sebab awak akan habiskan kebanyakan masa untuk kursus tersebut.
Awak nanti masuk uni, nak belajar kursus apa? Soal saya kepada Irfan.
Tengok tesult SPM dulu teacher..Kemudian saya decide. Ikut flow..
Saya teringat kisah seorang pelajar saya. Arif.
Kad daripada beliau. Terjumpa semasa mengemas work station sebelum sekolah ditutup kali ke dua sebab pandemik. |
Arif adalah salah seorang pelajar terbaik dalam subjek Biologi dalam kelasnya. Seingat saya, beliau selalu mendapat markah tinggi. Tapi katanya, " saya tak nak buat kursus Biologi cikgu...". Inilah sikap pelajar yang saya suka. Tidak minat, tetapi belajar untuk ilmu dan pengetahuan.
Arif adalah pelajar jenis auditori. Tempatnya di meja paling depan dalam makmal supaya dia dapat mendengar butir-butir penjelasan saya ketika mengajar. Pernah sekali, Arif protes kerana tidak mahu mengambil bahagian dalam eksperimen. Bila saya tegur, jawabnya
Arif diterima masuk ke UNITEN. Kali terakhir saya bertemu Arif adalah selepas beliau menghadiri interview untuk biasiswa TENAGA NASIONAL.
Arif adalah pelajar jenis auditori. Tempatnya di meja paling depan dalam makmal supaya dia dapat mendengar butir-butir penjelasan saya ketika mengajar. Pernah sekali, Arif protes kerana tidak mahu mengambil bahagian dalam eksperimen. Bila saya tegur, jawabnya
" Saya boleh faham apa yang cikgu ajar, saya tak rasa eksperimen boleh membantu saya. Saya boleh je dengar cikgu bercakap 2 jam".
Arif hanya menjadi penonton dan tukang hulur barang sahaja dalam kumpulan eksperimennya.
Tapi, awak tak ambil akaun kan?
Itulah cikgu, tapi saya dipanggil interview.
So, macamana awak rasa? ada harapan tak?
Tak pasti cikgu, tapi teruk saya kena. Tapi yang saya ingat saya cakap pada interviewer, walaupun saya tak ambil akaun masa SPM tapi saya berani mohon kursus perakaunan dengan biasiswa. Tuan bayangkan apa yang saya boleh buat kalau saya dapat biasiswa ni..?
Wow!!...confidentnya awak. Saya suka.
Terpaksa la cikgu...
Arif adalah contoh pelajar yang tidak ikut flow. Beliau ikut kata hati. Ramai pelajar termasuk ibu ayah yang tidak berani mengikut kata hati. Pelajar harus mencipta flow mereka sendiri, bukan flow bayangan ibu ayah atau flow yang terjadi sendiri. Ini yang selalu saya kongsikan dengan pelajar:
"awak sepatutnya dah boleh nampak diri awak dalam 5 tahun atau 10 tahun akan datang.."
Teringat kata-kata Arif pada saya, " cikgu..nanti bila saya dah betul-betul kaya, saya datang jumpa cikgu." 👍.
Saya percaya sikap Arif telah membawa kejayaan dalam kehidupannya. Cuma mungkin belum betul-betul kaya sebab Arif belum datang berjumpa saya😉. Pelajar macam Arif adalah antara pelajar yang sentiasa memberi inspirasi kepada saya.
No comments:
Post a Comment