OCTNOV/ MAYJUNE/ WITHDRAW

 10 Ogos 2020

Sesi persekolahan selepas PKP agak kecoh sedikit dengan berita bahawa pelajar dibenarkan membuat pilihan samada menduduki IGCSE pada bulan Oktober, Mei atau menarik diri terus.

Mesyuarat berkaitan penilaian pelajar IG  yang dijadualkan pada hujung bulan Mac, akan menjadi kenyataan setelah ditangguhkan banyak kali gara-gara COVID 19.

     

Bersama Cg Wahida dan Cg  Hazilah semasa mesyuarat penilaian pelajar IGCSE 
  
Sesi rehat - mesyuarat. Sakit leher mengadap komputer dari pagi ke petang. Terkurung dalam bilik mesyuarat hotel denga SOP yang ketat. 

Saya secara peribadi menganggap hal ini sebagai berita baik. Wabak pandemik Covid 19 telah mengubah segala yang telah dirancang rapi untuk tahun 2020. Sangat berkuasa makhluk Allah yang satu ini. Saiz mereka lebih kecil dari bakteria. Ini yang selalu saya ingatkan pelajar semasa belajar mikroorganisma, 

" mujurlah Allah jadikan semua microorganisma ni kecil dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Bayangkan jika mereka boleh dilihat. Pada tangan kita sahaja sudah berjuta-juta koloni...kita akan hidup dalam ketakutan.."

 Persediaan yang biasa kami para guru buat menjelang peperiksaan besar Ig dan SPM tergendala pada tahun ini. Namun untuk SPM, memandangkan peperiksaan ditangguhkan maka, persiapan masih sempat dilakukan. Tidak untuk IG kerana penangguhan bukan dalan bidang kuasa Lembaga Peperiksaan. 

Oleh kerana pelajar telah memilih slot peperiksaan masing-masing, kami hanya dapat menyiapkan pelajar yang akan menduduki IG pada tahun ini (Oktober) sahaja. Menjelang tahun hadapan, pelajar yang sama akan bersedia untuk peperiksaan SPM. Guru pula akan menerima pelajar kohort baru seperti biasa pada awal tahun. Sekiranya ada dikalangan mereka memutuskan untuk menduduki IG pada Mei, semua persiapan menghadapi peperiksaan adalah tanggungjawab sendiri (di putuskan oleh pihak MARA).

Semua pelajar telah membuat keputusan masing-masing. Yang terkilannya, ramai yang tidak merujuk kepada guru subjek masing-masing. 

Guru yang mengajar mereka. 
Guru yang tahu prestasi mereka dalam IGCSE. 
Guru yang kenal sikap mereka di dalam kelas. 
Guru yang boleh memberitahu dengan jujur peratusan peluang mereka dalam peperiksaan ini. 

Ini pendapat saya secara peribadi:

1. Dudukilah IGCSE sekiranya:
- Anda mampu, tidak kisah untuk membayar RM 2k ++ dan tidak kisah apa jua keputusannya. Anda tetap mahu mencuba.
- Anda bercadang untuk melanjutkan  pelajaran di mana-mana kolej swasta yang menerima pelajar lepasan IG ( tanggungan sendiri). Minimum kelayakan adalah C untuk semua mata pelajaran. Bermakna anda bersedia untuk keluar dari sistem MRSM selepas tingkatan 4. 
- Anda yakin dengan prestasi anda dalam subjek-subjek IG berdasarkan keputusan ujian yang telah lepas. 

2. Oleh kerana anda diberi pilihan, pilihlah untuk TIDAK sekiranya :
-Anda tiada sebab yang disenaraikan di atas.

Sekian. 
Hanya anda yang kenal diri anda. 
SELAMAT BERJAYA!





 


No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...