August 2020
KARNIVAL JOM MASUK UNIVERSITI YANG SAYA HADIR BERSAMA ANAK.( Terdapat wakil kolej/universiti yang tidak dapat memberi penjelasan dengan tepat tentang program yang ditawarkan. Jadi, pastikan ada bersedia dengan soalan dan sebarang pertanyaan supaya semua maklumat jelas, : yuran/ persemester? asrama? serta semak status akreditasi pusat pengajian)
BANYAK MAKLUMAT DARI PROGRAM SEBEGINI, YANG PENTING PELAJAR KENA TAHU MINAT DAN KECENDERUNGAN DIRI.
Kumpulan whatsapp bersama anak HR 2019 saya dibanjiri dengan gambar-gambar mereka mendaftar di Pusat Matrikulasi dan Pusat Asasi seluruh negara. Ada antara mereka yang mendaftar sebulan yang lalu untuk program persediaan ke luar negara dan sebagainya. Malah anak saya sendiri telah sebulan juga memulakan pengajian secara atas talian, dan mula sibuk dengan kuiz dan tugasan.
Di celah-celah keseronokan pelajar yang mendapat tempat di kolej dan kursus idaman mereka, terselit juga kisah yang tidak berapa menyenangkan.
Antaranya, pelajar saya yang disenangi ramai, Anne. Mendapat keputusan SPM yang sederhana baik 6A. Cuma Matematik Tambahan sahaja agak teruk, tetapi bukanlah D. Anne tidak mendapat tempat di mana-mana Pusat Asasi dan Kolej Matrikulasi. Hanya setelah rayuan dibuat, beliau ditawarkan kursus diploma kejuruteraan di sebuah universiti di Malaysia Timur. Kursus yang paling tidak diminatinya. Anne berhajat melanjutkan pelajaran dalam bidang pentadbiran awam dan seterusnya dalam bidang guaman. Anne mempunyai CV yang sangat bagus. Menjadi salah seorang AJK tertinggi Badan Wakil Pelajar. Menunjukkan sifat kepimpinan yang sangat bagus. Pernah mewakili maktab dalam Global Excellent Leadership dan petah berhujah.
Kisah kedua ialah Han. Juga mendapat 6A, 3B. Antara B itu ialah Matematik tambahan. Han tidak mendapat tempat di Pusat Asasi (yang pada pendapat saya, menerima pelajar 8A dan 9A sahaja). Han akhirnya ditawarkan tempat ke Kolej Matrikulasi.
Kisah ketiga ialah Ili, pelajar cemerlang. 8A+ dengan 1B (Biologi) dan Bibi 9A . Mereka berdua layak untuk hampir kesemua program dalam dan luar negara, serta disenarai pendek untuk banyak penajaan yang dipohon. Malah kata mereka, semua temuduga biasiswa ynag dihadiri, langsung tidak bertanya tentang keputusan IGCSE.
Jadi:
1. Untuk mendapat tempat di kolej dan kursus pilihan - mesti keputusan yang cemerlang, lebih 'selamat' sekiranya mendapat sekurang-kurangnya A- matematik tambahan. Malah sahabat saya, guru Matematik Tambahan berpendapat, pelajar yang mendapat C dalam SPM, mungkin markahnya hanya 30%-40% sahaja dalam SPM.
2. Untuk disenarai pendekkan dalam temuduga biasiswa - mesti mendapat keputusan yang cemerlang, Lebih 'selamat' sekiranya mendapat sekurang-kurangnya A- matematik tambahan (kelebihan untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, kurang 5k)
3. Perlukah keputusan peperiksaan lain selain SPM (seperti IGCSE dan High School Diploma) untuk membantu dalam proses 1 dan 2? TIDAK
4. Perlukah sijil aktiviti ko kurikulum yang hebat untuk membantu proses 1 dan 2? TIDAK semestinya.
Apa yang saya senaraikan adalah berdasarkan pemerhatian terkini terhadap pelajar saya.
Selamat Berjaya! Cikgu doakan yang terbaik.
No comments:
Post a Comment