Kisah keputusan SPM dah tenggelam dalam timbunan COVID19. Lega rasanya. Saya sebenarnya agak rimas bila diajukan soalan tentang keputusan SPM anak saya yang merupakan pelajar KGP 2019.
Sejak awal, ramai berpendapat pelajar di KGP tiada masalah untuk menduduki SPM memandangkan mereka pelajar terpilih. KGP sendiri sebenarnya menjadi buah mulut awam kerana terpalit dengan isu politik Bekas Penaungnya. Betul...para pelajar dipilih melalui beberapa ujian saringan atas talian. Tetapi program pendidikan KGP berbeza. Mereka buat High School Diploma. Silibus pelajar T4 dan T5 menyamai silibus tingkatan 6 di Malaysia. Sukar, tetapi para pelajar berjaya mengharunginya. Saya membandingkan keadaan pelajar KGP dengan pelajar saya yang mengikuti IGCSE.
IGCSE di MRSM bermula semasa T3 dan peperiksaan IGCSE semasa T4. Sebaik sahaja menjejak T5, para pelajar akan diasuh untuk menduduki SPM. Kebanyakan masa digunakan untuk ulangkaji kerana silibus T5 telah dihabiskan semasa T4(overlaping dengan silibus IG). Jika ada pembelajaran pun hanyalah untuk " cover" topik SPM yang tiada dalam silibus IG. Teknik 'drill' dan 'spoon feed' adalah biasa di sekolah-sekolah seperti MRSM atau SBP. Biasanya pelajar yang tidak 'perform' semasa peperiksaan IG, tetapi mempunyai potensi, ,masih berpeluang untuk 'score' dalam SPM. Jadi, sekiranya ibu bapa meletakkan sebilangan A sebagai target untuk anak-anak dalam SPM, hantarlah ke MRSM atau SBP. Semua guru adalah terlatih dengan silibus semasa iaitu SPM. Malah, terdapat guru yang berpengalaman sebagai penanda kertas SPM.
Di KGP, saya melihat anak saya masih meneruskan silibus 'high school diploma' semasa semester pertama T5. Kesuntukan masa. Guru pula bukanlah di kalangan mereka yang terlatih dengan silibus SPM. Bukan mereka tidak bagus, cuma tidak terlatih. Kelas tambahan subjek SPM terpaksa diadakan dengan menggunakan khidmat guru dari luar. Dan saya sama sekali tidak menyalahkan KGP. Saya percaya banyak perkara bukan akademik yang anak saya belajar sepanjang 5 tahun di KGP. Saya sendiri tidak pernah meletakkan sekian target untuk beliau. Cuma memberi galakan dan memberi nasihat jika perlu.
Walaubagaimanapun, SPM bukan seperti peperiksaan biasa. Ada teknik untuk menjawap. Ada skema pemarkahan yang perlu difahami guru dan pelajar. Di sinilah peranan guru terlatih itu penting. Skema pemarkahan SPM 'rigid', tidak seperti IG yang lebih rubrik dan ' student friendly'.
Apa yang ketara di sini, saya secara peribadi berpendapat simbiosis pelajar berpotensi dan guru yang terlatih perlu wujud. Sebijak mana pun pelajar, mereka perlu guru untuk membimbing dan menunjukkan jalan.
5 Mac 2020. Nada kekecewaan jelas kedengaran di telefon. Berjurai air mata pelajar KGP yang tidak mendapat 9A. Bukan rezeki mereka barangkali.
Bertabahlah anak-anak, Allah dah sediakan sesuatu yang LEBIH BAIK dari 9A.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2
Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...
-
Kisah keputusan SPM dah tenggelam dalam timbunan COVID19. Lega rasanya. Saya sebenarnya agak rimas bila diajukan soalan tentang keputusan SP...
-
Awal September 2019 " Exam fever" di semua sekolah. Musim peperiksaan percubaan PT3 dan SPM. UPSR sedang berlangsung. Di MR...
Nak tanya, budak2 KGP ramai dapat straight A+ tak dalam SPM?🤔
ReplyDeletedah lama dah takde straight A+
DeleteSaya tolong jawabkan.
ReplyDeletePembelajaran di KGP tidak sama dengan SBP dan MRSM.
Di KGP murid belajar "explore" beyond buku teks..jadi, walaupun daya pemikiran mereka menjadi lebih matang dan luas... daya pemikiran mereka tidak meng"kotak" kepada jawapan sebijik2 yang diperlukan oleh penanda2 kertas SPM, yang perlu menurut skema jawapan.
Oleh itu, tidak, tidak ramai dapat straight A+ SPM. Meskipun begitu, kesan pembelajaran di KGP, di mana pun pelajarnya menyambung pengajian, kematangannya akan terserlah di peringkat selepas SPM, kerana di KGP, mereka sudah dibiasakan belajar secara berdikari dan berfikir secara kritikal.. bukan telan sebiji2 jawapan mengikut skema SPM.
Terima kasih tolong jawab. Saya juga sependapat. Kalau kejar bilangan A.. Bukan kgp tempatnya.
DeleteSalam Puan, saya dr KB merupakan ibu kpd anak yg mungkin akan ke KGPN 2022. Anak saya dah lulus UKM1, UKM2, UKM3 2021 namun saya sendiri masih ragu2 untuk hantar ank ke sana mostly atas faktor silibus + jarak. Saya sendiri adalah bekas pelajar MRSM sbnrnya hanya bercita2 utk anak ke MRSM IGCSE sahaja. Saya ingin tahu pendapat Puan. Bolehkah Puan dapat bg phone no utk sy contact Puan personally.Sekian terima kasih.
ReplyDeletePuan boleh contact saya kat fb chehanisah.. Request friend, kemudian messenger pd saya
DeleteFb Che Hanisah Ismail
Deleteorait Tqvm
DeletePuan FB sy Wan Ezumi, kot puan confuse plak sapa yg request friend hihi
ReplyDeleteSaya dah accept, boleh text sy kat messenger
DeleteAssalam Puan, sy juga ingin bertanya pendapat Puan di messenger Fb. Jika x keberatan ya. Saya request friend ya Puan
ReplyDeleteBoleh2.. InshaAllah.. Boleh text sy kat messenger
Delete