3 hari saya kepergian selasa hingga jumaat, meninggalkan kelas. Menghadiri kursus extension biology igcse. Medan untuk bertukar-tukar pendapat, bertanya khabar dan kemaskini segala macam maklumat.
Kebetulan bila bermula kelas hari isnin, minggu alpha yang agak padat kelasnya. Alhamdulillah dipermudahkan Allah dengan idea untuk aktiviti kelas tingkatan 4. Hari isnin, 3 kelas tingkatan 4..back to back.
Memandangkan silibus pun dah habis.. Saya cuba aktiviti berikut:
1. Sediakan kertas mahjung (6keping utk 6 kumpulan)
2. Tulis perkataan (keyword) tentang tajuk yg perlu dibincangkan.
3. Bahagikan pelajar kepada kumpulan kecil - 4 orang
4. Setiap kumpulan dapat satu kertas
5. Setiap pelajar mesti guna pen berbeza warna dari ahli kumpulan.
. Pusingan 1-
Arahan kpd pelajar: Tulis apa-apa perkataan yg berkaitan dengan tajuk yang diberi. No discussion. No books. Buat sendiri sendiri. Set timer 7 minit. Stop. (warna/perkataan yang banyak menggambarkan idea/content pelajar yang banyak). Di sini guru dah boleh mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam bab tersebut)
Pusingan 2
Arahan kepada pelajar : Boleh berbincang sahaja.. Tambah perkataan hasil perbincangan atas kertas guna pen merah. Set timer 5 minit.
Pusingan 3
Tampal hasil kerja dalam kelas pada sudut yang boleh di lawati. Setiap kumpulan akan melawat dan menilai hasil kerja kumpulan lain. Pelajar guna pen merah untuk bulatkan mana-mana perkataan yang dirasakan tiada kena-mengena dengan tajuk perbincangan. Set timer 20 minit.
Pusingan 4
Arahan kepada pelajar: kembali ke tempat hasil kerja anda. Semak perkataan yg dibulatkan.(Pada ketika ini, sudah ada pelajar yang mula mempersoalkan kenapa perkataan mereka dibulatkan)
Pusingan penentuan:
Berikan giliran kepada setiap kumpulan untuk mempertahankan perkataan yg dibulatkan oleh kawan mereka.
Cth: pelajar saya tulis Thanos (watak penjahat dlm filem Infinity War dan End Game) dan beliau mendapat circle dari kawan-kawannya. Namun saya terima penjelasannya.. Memang ada kisah overpopulation di situ.
Kebaikan :
1. Pelajar akan nampak pentingnya berbincang-aktiviti yang membuka peluang untuk idea yg lebih banyak
2. Pesan pada pelajar.. Jangan conteng hasil kawan-kawan.. Bulatkan sahaja-jangan buat vandalism. Ada nilai murni di situ.
3. Belajar mendengar pendapat dan memberi pendapat. Ada yang sampai nak bergaduh..bila mempertahankan perkataan masing-masing. Sehinggakan cikgu tak sempat nak ambil gambar sebab kena pastikan kelas terkawal.
Nota kaki:
- saya benarkan pelajar berbahas/ berbincang dalam bahasa Melayu supaya pelajar seronok dan tiada batasan untuk menyuarakan pendapat.
- rakan guru boleh menyesuaikan aktiviti di atas mengikut saiz kelas serta topik.
- rakan guru boleh mengubah suai aktiviti di atas mengikut kekreativitian masing-masing.
- boleh juga berikan markah atau 'star' untuk mana-mana kumpulan.
- semasa pelajar berbincang dalam pusingan ke 2, guru memantau dan boleh memberi 'clue' sekiranya ada pelajar yang 'sangkut'
- guru sebagai fasi
I really like the way of this Teaching and Learning, generate student previous knowledge and developed idea by discussion. I will follow this method for my next class.. thank you for a great sharing
ReplyDeleteTk intan.. Modify ikut keperluan kelas msg2
Delete