PENCAPAIAN HIDUP

APA PENCAPAIAN TERBESAR DALAM HIDUP ANDA?

Tiga hari lepas, saya berjumpa seorang kawan lama, dah dekat lima tahun juga kami tidak bersua. Banyak yang kami bualkan, malah beliau meluahkan rasa terkilan terpaksa menangguhkan niat untuk menyambung pelajaran ke peringkat doktor falsafah. Sambil memberitahu salah seorang kawan kami baru sahaja menamatkan pengajian doktor falsafahnya.

"nampaknya setakat ini sahajalah pencapaian saya dalam hidup", katanya dalam nada sedikit kecewa.

Dan sehingga ke malam, perkara tersebut berlegar dalam fikiran saya dan berlarutan ke perbincangan semasa makan malam kami sekeluarga.

Bagaimana kita mengukur pencapaian kita dalam hidup?
Kawan saya mungkin melihat taraf pengajian sebagai ukuran pencapaian. Beliau mempunyai ijazah sarjana, saya hanya mempunyai ijazah pertama. Jika itulah ukurannya, saya berada jauh di belakang.

Seorang kawan saya Profesor Madya Dr. Shaufique Fahmi (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan) pernah berkata betapa beruntungnya saya kerana dapat menjalani kehidupan yang seimbang. Maksudnya, saya masih sempat melakukan hobi yang saya gemari di masa lapang dan masih sempat beriadah 3 atau 4 kali seminggu sebagai rutin. Malah sempat melayan kehendak menu anak-anak bila berkesempatan.

Walaupun tanpa 'title' dan  tanpa gaji lumayan, kehidupan biasa yang saya jalani  masih dicemburui.

Kawan saya yang lain pula pernah berkongsi, katanya :
"cukuplah dengan gaji sekarang.. Umrah dah pergi, haji dah pergi.. rumah pun dah beli.. Rumah kampung pun ada.. Anak-anak dah berkeluarga.. Dapat bercuti setahun sekali.. Dapat beli sedikit barang yang dihajati.."

Serba ada dan serba sedikit. 

Bagaimana anda mengukur pencapaian anda dalam kehidupan?


No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...