Ketika PKP diumumkan, kebetulan kami sekeluarga berada di kampung. Kami bertolak dari Kuantan pada 15 mac.. Sabtu. Mengikut laluan Lebuh Raya Timur Barat.
|
Notis di bilik hotel yang menjadi hiburan kami pada malam tersebut. |
|
View dari tempat penginapan kami, Hotel Jeli Inn, depan MRSM Jeli. Selesa dan bersih. |
|
Lagi pemandangan indah dari hotel.
|
|
Sedap nasi kerabu Jeli |
|
Laluan Timur barat menyajikan kehijauan pokok dan langit membiru. |
|
Alhamdulillah, perjalanan berakhir di Restoran Hj Ramli Nasi Kandar, gulai perut ikan. |
|
Dan dessert di kedai kegemaran juga, ais kacang salji.
INSTAGRAM : aiskacangsalji_dinalang |
17hb Mac, PM mengumumkan PKP akan berlarutan selama 2 minggu.
Minggu 1 PKP
Terperangkap dalam rumah bersama anak-anak saudara Wafiy(8), Najmi (6) dan Zara(5) serta 3 anak saya Addina (18), Ikmal(14) dan Amani(10). Kami mereka dan mencuba berbagai permainan. Habis main dam ular, kami main teka haiwan. Jemu main, mereka bergaduh . Diberi makan, mereka berbaik dan berkongsi. Selepas makan boleh berebut basikal dan akhirnya minum susu dan tidur.
Kami mula mencongak-congak mengatur perjalanan kembali ke Kuantan. Kalau ikut perancangan awal, kami akan balik Kuantan pada 21 Mac. Melalui Timur barat juga dan mungkin singgah menghadiri kenduri kahwin rakan sekerja saya, Cikgu Hasif. Ini kerana saya percaya jika kami lambat bergerak, kemungkinan besar PKP diperketatkan amat tinggi (jika melihat kes SARS dulu, ambil masa dekat setahun untuk pulih).
Jika PKP diperketatkan, kami mungkin langsung tidak dapat balik ke Kuantan. Jeng....jeng... jeng....
No comments:
Post a Comment