Awal September 2019
" Exam fever" di semua sekolah. Musim peperiksaan percubaan PT3 dan SPM. UPSR sedang berlangsung.
Di MRSM igcse , kami mempunyai 2 lagi peperiksaan penting iaitu Checkpoint(CP) dan IGCSE(IG). Maka, pelajar yang terlibat dengan peperiksaan 'besar' adalah :
tingkatan 2- CP,
tingkatan 3- PT3,
tingkatan 4- IG dan
tingkatan 5-SPM.
Ini bermakna, setiap tahun pelajar akan menduduki peperiksaan kecuali tingkatan 1 sahaja.
Di MRSM igcse , kami mempunyai 2 lagi peperiksaan penting iaitu Checkpoint(CP) dan IGCSE(IG). Maka, pelajar yang terlibat dengan peperiksaan 'besar' adalah :
tingkatan 2- CP,
tingkatan 3- PT3,
tingkatan 4- IG dan
tingkatan 5-SPM.
Ini bermakna, setiap tahun pelajar akan menduduki peperiksaan kecuali tingkatan 1 sahaja.
Checkpoint adalah untuk pelajar tingkatan 2. Sebagai diagnosis atau ujian pengesanan untuk pelajar sebelum memulakan program IG. Walaubagaimanapun, di MRSM IG semua pelajar yang mendaftar akan diwajibkan mengambil peperiksaan IG tidak kira apa jua keputusan Checkpoint mereka. Untuk makluman, ibu bapa mesti membayar sejumlah yuran untuk peperiksaan CP dan juga IG. Subjek untuk CP adalah Sains, Matematik dan English. Grednya pula adalah dalam band. 1 hingga 4. Band paling baik adalah band 4.
Silibus sains untuk tingkatan 1,2 dan 3 aliran perdana akan di 'merge' kan bersekali dengan silibus CP. Ini bermakna semasa tingkatan 2, pelajar di maktab IG sudah menghabiskan silibus sains tingkatan 1,2 dan 3 serta silibus CP. Proses pengajaran menjadi agak padat dalam tempoh 2 tahun.
Bermula tingkatan 3, silibus IG akan bermula di samping pelajar akan meneruskan silibus subjek-subjek lain seperti sekolah biasa. Dalam erti kata lain, pelajar tingkatan 3 IG ada 4 subjek lebih dari pelajar sekolah biasa iaitu Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan. Semua subjek IG adalah Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Matematik dan Bahasa Inggeris. Semua sekali 6 subjek. Jadi, pelajar tingkatan 3 akan mengikuti 9 kelas subjek aliran perdana seperti rbt, bm, pai dan sebagainya berserta tambahan subjek IG.
Saya hanya nak bincangkan tentang subjek saya sahaja iaitu Biologi. Silibus Biologi adalah Core dan Supplement . Supplement lebih mendalam cakupannya. Ada iras-iras silibus tingkatan 4 aliran perdana. Terdapat 3 kertas iaitu paper 2- objektif 40 soalan, paper 4 - struktur dan paper 6- alternative to experiment. Kertas peperiksaan adalah dari Cambridge. Pemarkahan setiap kertas adalah tidak sama pemberatnya. Kertas 2 dan kertas kertas 6 menyumbang lebih markah. Tidak seperti kertas SPM di mana jumlah keseluruhan adalah 200 markah. Markah akhir dikira dengan membahagi sahaja jumlah markah diperoleh dengan 2.
Berdasarkan pengalaman, pelajar tingkatan 3 kebanyakannya masih tidak cukup matang untuk menerima dan "menghadam" subjek IG ini. Jika dibandingkan dengan sains PT3, ia jauh berbeza. Pelajar tingkatan 3 di MRSM IG adalah kumpulan yang paling tertekan. Ini kerana mereka tetap kena bersedia untuk PT3 (8 subjek) dan pada masa yang sama berusaha mendalami silibus IG. Namun, bukan bermakna tiada pelajar yang 'perform'. Ada..cuma bilangannya tidak ramai.
IGCSE merupakan 'added value' untuk pelajar MRSM IG. Ia merupakan program dwisijil, pelajar menduduki peperiksaan IG dan SPM. Bermakna pelajar akan mempunyai sijil IG dan sijil SPM. Tetapi, apalah maknanya 'added value' jika nilai yang ditambah itu hanyalah gred D, E, F dan UG(ungraded). Semua pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan IG serta SPM di MRSM IG.
Cabarannya besar!
Catatan ini adalah pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman sendiri.
Catatan ini adalah pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman sendiri.
Terkini 2023: memandangkan checkpoint adalah ujian diagnostik, kebanyakan mrsm IGCSE tidak lagi mengambil CHECKPOINT sebagai peperiksaan tingkatan 2.
Assalamualaikum puan.. sekiranya anak saya tak dpt mengikuti sulibus igcse dgn jayanya.. adakah boleh memohon pertukaran ke mrsm premiere atau akan diberhentikan
ReplyDeleteMaaf puan. Lambat reply. Pertukaran dari mrsm ig TIDAK BOLEH ke mrsm premiere kerana program berbeza. Nelum ada pelajar yg diberhentikan jika tidak dpt mengikuti program
ReplyDelete