Dan seringkali jawapan mereka adalah kombinasi biasiswa dan belajar luar negara. Tapi,kalau pinjaman dan belajar luar negara pun ok, kata mereka. Asalkan dapat ke luar negara. Kursus macamana pula? Kursus apa-apa pun boleh cikgu. Saya melihat anak-anak ini sama seperti saya dahulu. Tiada arah. Yang ada hanya impian dan angan-angan. Itu pun jika mendapat keputusan yang cemerlang. Selebihnya, mengharapkan diterima masuk matrikulasi atau asasi.
1. KEPUTUSAN SPM
Untuk melayakkan pelajar disenaraikan sebagai calon penerima biasiswa, mereka mestilah mempunyai kelayakan akademik 9A atau sekurang-kurangnya 8A. Kemudian menghadiri beberapa sesi interview untuk disenarai pendekkan. Kebanyakkan penaja akan menyatakan secara khusus kursus yang akan mereka taja. Jika pelajar layak secara akademik dan tidak kisah tentang kursus , mereka boleh memohon.
Adakah nama sekolah yang pelajar 'bawa' menjamin biasiswa untuk mereka. Tidak! Tetapi sekolah-sekolah yang berprestasi tinggi selalunya menghantar banyak penyertaan pelajar untuk aktiviti peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Jika pelajar terbabit mengambil bahagian, maka mereka punya kelebihan.
2. PENGLIBATAN DALAM KO KURIKULUM
Jika pelajar aktif dan mewakili sekolah dalam berbagai aktiviti (peringkat kebangsaan atau antarabangsa), peluang mereka tetap cerah. Pelajar sebegini biasanya berani, berkeyakinan tinggi dan matang. Ini akan membantu mereka dalam sesi interview.
3. KENAPA BIASISWA?
Sekurang-kurangnya penaja akan membayar untuk yuran pengajian yang mencecah belasan ribu ringgit untuk setahun di universiti swasta (biasanya penaja akan berkolaborasi dengan universiti swasta seperti UTP, MMU, UNITEN, SUNWAY, UNIKL dan sebagainya). Kalau pelajar bernasib baik mereka turut menerima elaun serta tajaan asrama kediaman. Banyak syarat ditetapkan untuk permohonan.
banyak betul senarai biasiswa!!!
Entry akan datang saya akan kongsikan kisah anak HomeRoom dan anak saya sendiri. Mereka menamatkan tingkatan 5 di MRSM dan Kolej Permata Pintar (Kolej Genius@Pintar). Masing-masing mempunyai nilai tambah tersendiri iaitu Sijil IGCSE dan High School Diploma. Sesetengah mereka sangat aktif di peringkat kebangsaan. Adakah mereka punya 'privilege' dengan tiket ini?
No comments:
Post a Comment