Untuk semua sahabat muka buku yang bergelar ibu.
.
.
Apabila berkeluarga, kita banyak menumpukan masa dan tenaga kepada rumah tangga. Kesibukan menguruskan keluarga dan kerjaya memang tidak pernah habis.
Masa untuk diri sendiri? Entah jatuh tempat yang ke berapa!
Kita perlu merancang dan mengaturkan kembali masa supaya dapat bersenam. Sekurang-kurangnya dapat menjarakkan sedikit penyakit yang kian menghampiri. Kita mesti cari jalan untuk menidakkan alasan.
Betul! Penyakit itu ujian. Tetapi, kita mesti meraikan masa sihat sebelum tibanya sakit. Apabila penyakit hinggap, sukar pula hendak beribadat.
Saya luangkan masa mendaki bukit berdekatan. Kerap kali saya berselisih dengan beberapa kumpulan warga emas.
'Masya-Allah! Bertenaga betul pak cik-pak cik berbangsa Cina ni.' Melihat kepada rupa dan fizikal, umur mereka dalam lingkungan 70-an.
Saya tidak boleh mengalah. Hello? Saya baru 40an!
.
.
Namun, ada hari-harinya semangat itu pudar warnanya. Seribu alasan bersarang di dalam minda. Banyak sangat 'tapi' dan 'kalau'. Sudahnya badan pun menjadi lemau.
Kata orang hendak seribu daya, mahu seribu cara. Alhamdulillah, halangan itu tidak melibatkan orang lain. Hanya diri sendiri dan boleh diatasi.
Jom kita bersenam, kekal bersemangat. Insya-Allah, kita hendak sihat sehingga ke hujung usia.
#cikguanis - mak cik yang joging dengan outfit yang outdated😎. .
#jurnalcikguanis
No comments:
Post a Comment