Minggu Aktiviti MRSM dan Si Pipi Merah

5 ogos - 10 ogos 2019
Minggu Aktiviti MRSM

Assalamualaikum..

Minggu aktiviti.

Setiap semester memang satu minggu akan digazetkan sebagai minggu aktiviti bagi MRSM. Memang tiada kelas formal dalam minggu ini. Namun ada saja ibu bapa yang memohon untuk membawa anak balik, sebab katanya tiada kelas formal...kan?

Tiada kelas formal bukan bermakna pelajar tidak belajar. Waktu inilah pelajar akan didedahkan dengan berbagai aktiviti bukan akademik atau berbentuk amali. Sekurang-kurangnya dapat melupakan sekejap pdp dalam kelas dan segala tugasan. Minggu mengurangkan tekanan.

Sebentar tadi selepas mengadili SEM Type 3,saya berselisih dengan Si Pipi Merah. Teringat semasa saya menghulurkan kertas ujian kepadanya Jumaat lepas. Tersenyum Si Pipi Merah melihat markahnya. 61%. Satu pencapaian yang amat bagus untuk beliau.

Saya mengajar subjek biologi dan sains teras Si Pipi Merah sejak tingkatan 1 sehinggalah sekarang beliau tingkatan 4. Semasa tingkatan 1 hingga tingkatan 3, beliau bersahabat baik dengan 2 lagi pelajar..Mereka bertiga kategori pelajar yang bukan tidak pandai, tetapi agak malas dan banyak alasan. Markah mereka pun lebih kurang, antara 30an hingga 40an. Kalau lebih 40 pun, tak lebih dari 45.

Tahun 2019 menyaksikan trio ini berpecah kerana pilihan jurusan yang berbeza menyebabkan mereka berada dalam kelas yang berbeza, Si Pipi Merah nampak lebih berdikari. Tidak pernah gagal menghadiri kelas tambahan saya dan sentiasa cuba menyiapkan tugasan yang diberi. Beliau antara  pelajar terawal sampai ke kelas tambahan saya.

Markah paling tinggi dalam kelas Si Pipi Merah ialah 74%, diikuti dengan 66%. Untuk Si Pipi Merah mendapat 61%, bagi saya sangat hebat.

Ketika ada pelajar sekelasnya yang merayu-rayu saya untuk menambah markah ujian mereka, Si Pipi Merah terus tersenyum menampakkan kedua-dua lesung pipitnya. "Cikgu, saya dapat 61%..."Tahniah Si Pipi Merah..proud of you! 61 % bukan gred A pun.. gred B pun bukan. Tapi, yang penting di sini usaha untuk berubah, dan merasai manisnya kejayaan atas usaha kita.

Benarlah firman Allah SWT.."Siapa yang berusaha , dia yang berjaya.."

No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...