Atan, Atin dan Mak Cun 5

Assalamualaikum..

Ini  pengakuan..saya peminat tegar Mak Cun!!

Saya memang mengikuti Siri Mak Cun sejak musim 1 lagi. Dari seorang ibu tunggal yang memulakan perniagaan bedak sejuk sehinggalah menjadi tokoh usahawan kampung yang telah memasarkan produk pakaian lebelnya sendiri di London Fashion Week, dan musim ke 5 menyaksikan Mak Cun menembusi pasaran gergasi China.



Kenapa saya follow Mak Cun?

Siri Mak Cun lebih realistik. Tidak seperti drama-drama Melayu lain yang memaparkan kisah cinta sedalam Lautan Pasifik...Cinta sampai mati...Sudahnya terlanjur...Cinta dua darjat...kadang-kadang, langsung tiada nilai...tidak memaparkan norma-norma Melayu yang sepatutnya.


Mak Cun sangat positif. Ibu tunggal dengan dua orang anak gadis. Gigih berusaha untuk mengubah kehidupan. Pencapaian Mak Cun sangat besar. Dari siri TV ke realiti. Mak Cun Mart memang betul-betul wujud di Taman Ukay Bistari, Ampang Jaya. Mak Cun juga pernah muncul dalam satu majlis meraikan usahawan kecil yang dianjurkan oleh MARA. Ini adalah rangkuman Mak Cun 1 hingga Mak Cun 4.



Mak Cun 5 lebih menarik. 

Mengutarakan isu kanak-kanak. Persahabatan. Setiakawan. Tolong-menolong. Yang paling menarik perhatian saya ialah scene dari episod 17. Dalam kereta ketika membawa Atan, Atin, Fitri dan kawan-kawan mereka ke bandar untuk membeli barang-barang sekolah Hamidah. Mak Cun menasihati cucu-cucunya tentang penggunaan gajet. Kemudian mereka menyanyi. Lagu WARISAN!!!.. Lagu yg liriknya bermula dengan, "anak kecil main api.." .Bukan sebarang lagu.. Bukan lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman tu.. BUKAN.. 
...Saya terkesima sekejap semasa menonton. Rasanya tiada siapa yang perasan tentang lagu tersebut. Kalau perasan pun, tiada yang dapat menangkap bait-bait lirik lagu WARISAN, kecuali mereka yang pernah menyanyikannya.


Lagu yang sangat bermakna. Kena pula dengan bulan kemerdekaan.



Siri Mak Cun telah membawa makna besar dalam kehidupan. Sesuatu yang patut dipaparkan dalam karya setiap penggiat seni. Sesuatu yang memberi kesan, memberi pendidikan, memberi motivasi, memberi idea, memberi nasihat dan menghiburkan.



Syabas Eirma Fatima.


No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...