TIPS PELAJAR CEMERLANG 3: KOMITMEN UNTUK BERJAYA

Dah lebih 2 minggu dari kelas tambahan saya yang terakhir.

Saya bekalkan tugasan untuk menjawab soalan graf bernilai 3 markah untuk setiap pelajar. Jumlah pelajar kelas tambahan saya ialah 15 orang. Hanya 3 orang sahaja yang menghantar tugasan tersebut. Yang lain-lain entah ke mana.

Dan pada tengahari tadi saya mengingatkan pelajar kelas saya supaya memberi komitmen terhadap tugasan yang saya beri dalam kelas. Siapkan atau sekurang-kurangnya cuba menjawab soalan tersebut kerana saya ada (waktu kelas) untuk membantu.

Susah betul mereka nak beri komitmen.

Tahun lepas saya melihat seorang anak memberikan komitmen 200% terhadap pelajarannya. Memang Allah menghantar guru kecil ini untuk saya memahami apa itu 'KOMITMEN'. Komitmen beliau hanyalah semata-mata untuk mendapat 6A, UPSR sahaja. Semuanya kerana satu matlamat,  untuk dikenali oleh warga sekolah dengan kebolehannya. Malah beliau pernah bertanya pada saya,

"macamana nak dikenali oleh guru dan pelajar lain di sekolah?"

Semuanya gara-gara melihat kawan-kawannya dijemput ke pentas untuk menerima medal atas pencapaian dalam sukan dan aktiviti luar kelas.

" awak bersukan?"
" tak...."
" ada wakil sekolah untuk apa-apa tak?
" tak...."
" ok, apa yang awak boleh buat?"
" belajar.."
" then you should focus on that.., itu kekuatan awak.. belajar betul-betul", jawab saya mengakhiri perbualan kami .

Tidak pernah mendapat 6A semasa di tahun 4, 5 dan 6. Kelas tambahan di sekolah isnin hingga khamis sehingga 3.30 petang (wajib), kelas tambahan malam (pilihan) isnin hingga rabu,.(Kelas tambahan malam ni, memang beliau dengan rela hati nak join, untuk semua subjek). Tanpa merungut. Balik sekolah 3.30pm , sampai di rumah hampir 4.00pm. Mandi dan rehat,  Mula meyiapkan kerja -kerja sekolah, 8.00pm bersiap sedia untuk kelas tambahan malam. 10.00pm sampai di rumah, solat dan bersiap sedia untuk sekolah esoknya. Respect!. Semuanya kerana beliau mempunyai matlamat yang jelas.

Seorang anak yang berlari memasuki bilik bila saya memulakan bicara tentang kelas tambahan ketika beliau di tahun 4 dan 5. Semuanya kerana saya melihat pencapaian subjek-subjek tertentu beliau tidak begitu memberangsangkan. Hanya di tahap 60/100 sahaja. Seorang anak yang gila bermain 'game' online setiap hari. Beliau sanggup berkorban dengan tidak memegang handphone atau membuka desktop untuk bermain 'game'. Sampai satu peringkat, beliau beritahu saya,

" i can survive without the game"


Inilah KOMITMEN.
Punya matlamat, dan bekerja keras untuk memastikan matlamat dicapai.
Klik SINI untuk tips berikutnya. SEMOGA BERJAYA

No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...