Petang tadi ada mesyuarat KARISMA. Kelab Kakitangan MRSM Kuantan. Agendanya untuk membincangkan tugasan sempena Hari Keluarga pada 14-15 September nanti.
Kali pertama saya terlibat sebagai AJK. Dalam hati terdetik...teringin nak jadi AJK Pendaftaran. Mula saja mesyuarat, Pengerusi pun nak umumkan tugasan AJK...Jeng...jeng...Ajk pendaftaran, cikgu Hanisah katanya. Surprise kan?
Betapa Allah Maha Mendengar kan? Sekecil-kecil permintaan pun didengarNya. Saya rasa sangat istimewa. Itu baru sesuatu yang terlintas di hati atau fikiran kita..bukan doa yang proper pun. Apatah lagi doa yang kita panjatkan dengan proper, bersungguh-sungguh dan berulang-kali. Insha Allah akan dimakbulkan Allah.
Pernah juga saya teringin sangat nak makan ubi kayu rebus. Dalam seminggu tu, dua kali ke pasar malam berbeza...tak ada rezeki. Hujung minggu tu, merayap pula kat pasar tani semata-mata mencari ubi kayu rebus. Pun..tak ada rezeki. Isnin berikutnya, seperti permulaan minggu yang lain, saya menghantar anak ke rumah pengasuh. Sebaik meletakkan barang-barang anak, muncul pengasuh yang saya panggil makcik....
Tanyanya, " anis makan ubi kayu?"
...............Allahuakhbar.........
Dihulurnya seplastik ubi kayu. Ada warna kuning...ada putih...Ni la yang orang cakap : effortless!!
Dan saya percaya ramai antara pembaca blog ini pernah mengalaminya.
Betapa Allah itu sangat mengasihi kita, Rasa sangat- sangat istimewa. Betapa Allah memberi perhatian kepada kita yang kerdil dan banyak dosa ni.
Ada suatu ketika, saya dan suami mencongak-congak hujung minggu yang lapang untuk menjenguk anak di asrama. Dua tiga minggu juga tiada kesempatan. Tiba-tiba dalam kebuntuan kami suami isteri, kami menerima panggilan telefon dari anak menyatakan beliau demam campak dan telah dapat kebenaran untuk pulang secepat mungkin. Time tu rasa macam menangis...Ya Allah !! Betapa Engkau Maha Mendengar.
Selalu saya pesan dengan anak-anak, solat awal waktu...jadi anak soleh..solehah..selalu doakan mama dan daddy...Saya pesan juga kepada pelajar: jadi anak yang baik...jangan lupa solat...selalulah minta dengan Allah...bila balik ke rumah, jadi abang dan kakak yang baik, jangan sombong dengan adik-adik di rumah....
Yea lahh...pesan yang baik-baik ...Semoga dengan asbab kita mendidik anak-anak dengan baik, Allah akan sentiasa mendengar dan memberi perhatian kepada kita. InshaAllah.
......dalam hati teringin juga nak dapat mini cooper sebiji..Mana lah tahu kot dapat secara EFFORTLESS. SURPRISE kann? :)Aminnnnn.
No comments:
Post a Comment