BELAJAR DI MRSM? APA PROGRAM YANG DITAWARKAN?

Salam sejahtera..
14 September 2019

UPSR baru sahaja selesai. Ramai yang berminat hendak memohon ke MRSM. Tidak kira ibu bapa atau pelajar. Rasanya keinginan ibu bapa yang lebih kuat jika dibanding dengan keinginan sang anak.

Saya nak kongsikan beberapa TIPS sebelum sahabat pembaca memilih MRSM untuk anak masing-masing.

1. Jangan pilih MRSM hanya kerana dekat dengan rumah
 
2. Cari maklumat tentang program yang ditawarkan. Antaranya adalah ;
    - Dwisijil yang menawarkan IGCSE dan SPM (IGCSE di MRSM Kuantan)
    - Ulul albab
    - Teknikal
    - Premier
 
3. Bincanglah dengan anak tentang realiti kehidupan di asrama. Ceritakan kepadanya bahawa tinggal di asrama itu mesti berkongsi. Tiada mama yang nak ingatkan semua perkara. Makan tidak boleh memilih, makan saja apa yang dihidang. Ada peraturan yang perlu dipatuhi, tak boleh buat sesuka hati. Mesti belajar selesaikan masalah. Mama bukanlah "genie" yang muncul sekelip mata bila diseru. Mesti pandai bergaul, tapi jaga batasan.

4. Buatlah pilihan MRSM yang menepati kehendak anda dan anak anda.
Image result for mrsm kuantan
Satu perkara yang perlu diingatkan di sini, sekiranya pelajar telah memulakan pengajian di MRSM Ulul albab, pertukaran pelajar hanya di bolehkan ke MRSM Ulul albab sahaja, tidak boleh ke MRSM dwisijil.Sebab itu ibu bapa perlu tahu tentang program-program yang ditawarkan di setiap MRSM.

Buat pilihan bijak..
                               .

2 comments:

  1. Salam Puan, Nak tanya kalau form 1 anak dalam program premier, masa form 4 jika prestasi baaik boleh teruskan program sama atau MRSM akan buat penawaran kursus?

    ReplyDelete

  2. Boleh teruskan di mrsm sama atau jika cemerlang, akan ditawarkan ke mrsm program khas

    ReplyDelete

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...