Setelah kertas peperiksaan aku edarkan kembali untuk discussion dan pembetulan: ada pelajar yang berbisik sesama sendiri, ada yang tak sabar-sabar datang komplen nak tambah markah.
Semasa discussion pula, ada yang dok selak-selak kertas pada soalan yang aku belum bincang, ada yang jenguk kertas kawan mencari jawapan.
Semua perlakuan ini menunjukkan pelajar tidak fokus pada aku dan butir percakapan aku. Sibuk nak tahu markah sahaja. Bukan sibuk nak belajar dari kesilapan.
Aku katakan pada mereka,
"awak bersaing dengan diri awak 3 bulan lepas, bukan bersaing dengan orang rangking top"
"ujian lepas dapat 50,ujian kali ni dapat 55 atau 60 dah cukup baik"
"yang penting, improving"
Cg anis-menggilap permata senget
No comments:
Post a Comment