PENYAKIT BAWAAN SEKOLAH MENENGAH

"Kakak satu group dgn sorang student ni. Teruknya perangai dia mama. 
Kakak terpaksa bagitahu lecturer. jika tidak, kami satu group akan terkesan."

Saya faham kegusarannya. Apabila bekerja dalam kumpulan, markah akan dikira rata untuk semua. 

Untuk pemegang biasiswa sepertinya, gred sangat penting kerana itu akan menggambarkan komitmennya dengan penaja. Mereka perlu mematuhi syarat akademik tinggi untuk mengekalkan penajaan sehingga tamat pengajian.


Oleh kerana pelajar yang dimaklumkan Addina adalah bekas pelajar di sekolah saya, maka saya cuba siasat pelajar ini, yang mana satu. Sekadar hendak menjejak record tracknya.

 Patutlah, pelajar bottom 10 dalam ranking satu batch semasa zamannya tingkatan lima dahulu. Pelajar ini tidak pernah mendapat kedudukan yang lebih bagus daripada kedudukan 140. Biasanya kedudukan beliau adalah di antara 140 hingga 150.

Memanglah kami di sekolah berasrama penuh ini, cuba membentuk pelajar menjadi pelajar yang holistik. Serba boleh. Paling kurang, above average untuk akademik supaya mereka mampu bersaing di luar nanti. 

 Itulah, seburuk-buruk ranking yang tidak mahu didedah dan dibincangkan. After all, akademik juga yang menjadi ukuran. Ranking sebenarnya suatu indicator kepada kemenjadian anak pelajar. 

 Jika mereka berada di kedudukan bottom 10 daripada 150 pelajar sentiasa, mereka ada penyakit. 

Penyakit sikap: tidak mahu berubah. Bayangkan tempat ke 140/150.

Ibu ayah, 
Tanyalah khabar anak, di mana kedudukannya di sekolah. Dia mungkin tidak bijak akademik, tetapi kita tidak mahu penyakit bawaan S. I. K. A. P terbawa-bawa ke uni dan kehidupan sebenar.


#cikguanismenulis

#menggilappermata
#gebangmakmak

No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...