Betul. Memang kami kejar pelajar supaya mereka dapat sebanyak A yang mungkin.
Masalahnya, masih ramai yang hanya dapat 2 atau 3 ketul sahaja atau langsung tak ada A.
Benar, jumlah A, BUKAN pengukur kemenjadian pelajar.
Tetapi, jika tiada A, pelajar sebenarnya ada masalah sikap, bukan sebab dia tak pandai. Mereka ini, setiap kali ujian akan berada di ranking paling bawah.
Minta maaf cakap, sikap pelajar selalunya berpunca dari rumah, walaupun pelajar menghuni asrama selama 5 tahun. Asrama dan sekolah tetap tidak mampu merubah pelajar jika mereka sendiri tidak berusaha untuk berubah.
Semasa mesyuarat post mortem, kami guru-guru disajikan dengan angka2, ranking pelajar dlm gp, ranking sekolah.. Ranking mata pelajaran, ranking kelas.
Walaupun Kementeria Pendidikan Malaysia melarang sekolah mengeluarkan ranking, secara dalaman, setiap mrsm atau sbp menyediakan segala macam ranking.
Kenapa?
Untuk membaiki ranking tahun hadapan.
Berbolak balik dgn, siapa di atas siapa di bawah juga akhirnya. Siapa cemerlang dan siapa tidak?
.
.
.
Mama, amani dapat no 7 dalam kelas, 58 dalam 150..bagitahu anak form 1, yang baru balik dari sekolah. Sebuah sekolah kluster kecemerlangan. Saya rasa ini permulaan yang sangat baik kerana semasa di sekolah rendah, pencapaian Amani hanya diukur dengan tahap penguasaan bilik darjah(pbd). Tiada peperiksaan. Ini peperiksaan pertama untuknya.
Ranking mungkin tidak dikongsi dengan org luar, tetapi kita sebagai ibu bapa wajar mengambil tahu.
Ranking adalah cara terbaik untuk mengukur tahap pencapaian murid. Untuk membuat perbandingan. Noktah.
#cganismenulis
#menggilappermata
#gebangmakmak
No comments:
Post a Comment