Hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun.
Excited Ikmal cerita tentang ujian bertutur BM dia.
La, ujian bertutur je pun!
Ujian bertutur ni, kita sbg parent atau cikgu ingat ianya sesuatu yg mudah. Alah, setakat nak bercakap. Apa yg susah sangat.?
Tetapi..
Untuk anak-anak zaman sekarang yang kerjanya mengadap gajet 24jam, bertutur adalah sesuatu yang mendebarkan. Apatah lagi kena kupas sesuatu isu dengan cara yang 'pintar', bukan merapu, dalam tempoh masa tertentu.
Pressure.
Bila Ikmal balik bagitau point yang dia dapat beri kepada pemeriksa, aku sujud syukur. Point yang cukup bagus pada pendapat aku. Serius.
Paling buat mata aku berkaca ialah bila dia kata, dia rasa dia buat BETTER dari ujian-ujian yang lepas. Dalam ujian lepas, cikgu banyak komen mengenai dia.
Aku rasa komen cg,
1.Suara awak perlahan
2.Awak tak ada point/point mengarut
Aku suka proses "behavioural changes" yang sedang berlaku.
Dah nampak kematangan fikiran remaja 17 tahun, dah kurang mengarut dan berusaha memperbaiki diri. Tahu kelemahan, belajar dari kesilapan walaupun usaha dalam subjek subjek kritikal masih kurang.
Petang ni, dia minta singgit nak pegi gim. Duit tak cukup katanya. Aku belanja duit gim dia.
Rm10 aku bagi. 😀
#sembangmakmak
#menggilappermata
No comments:
Post a Comment