GP 3 TANGGUNGJAWAB

Alasan 3 : tanggungjawab


"Mama....?"

Saya menunggu butir-butir perkataan yang bakal terbit dari bibir pendiam itu.


Anak yang  seorang ini, kalau dah mula berbicara, kita yang mendengar kena banyak bersabar. Saya setia menunggu bicara yang bakal dilontar. 


Satu-satu kosa kata terbit. Tersusun. Teratur ayatnya, tetapi ya ampun. Lambat! 


"Boleh abang cik beli.. kasut kawad?"


Saya terdiam dan 'loading' sekejap. Bukan berkira tentang pembaziran kerana kegunaan kasut tersebut yang mungkin sesekali sahaja akan digunakan.


Bukan juga kerana tidak mampu. Cuma, terpaku dengan permintaan yang satu. Namun, malam itu juga kami keluar cari sepasang kasut kawad. 


Balik berkawad hari sukan, dia cerita, 


"Ketua platun kami demam teruk tetapi datang juga untuk perbarisan. Habis sahaja perbarisan terus balik." 


"Itulah tanggungjawab namanya." Sambung saya.


Tanggungjawab itu sukar diajar. Mesti dialami sendiri untuk belajar. 


Inilah universiti kehidupan!!


#cganis - sedang mendalami ikhlas.

#jurnalcikguanis

No comments:

Post a Comment

REZEKI 2025

Awal tahun 2025, kami masih bergelut dengan coaching pelajar SPM 2024. Paper Biologi dijadualkan pada 3/2. Pada masa yang sama, Ikmal akan m...