YANG MANA SATU PILIHAN KITA : ANAK GEMBIRA ATAU DAPAT A SEMATA-MATA?

 30 November 2021

Saya mengajar Syu sejak beliau di tingkatan 2. Syu pelajar yang sopan, hormat guru dan baik tingkah laku. Pencapaian akademik Syu sederhana tetapi pendiamnya tidak boleh dibawa berbincang. 

Dulu Syu 'takut-takut' dalam kelas saya(saya tak garang pun😄). Mungkin kerana selalu disoal, Syu jadi  kurang keyakinan diri. Takut sangat tersilap butiran yang keluar dari mulut kacukan Melayu-Cinanya itu.

Tahun ini, tahun ke 4 saya mengajar Syu. Beliau tingkatan 5 sekarang. Syu sudah berani bertanya secara langsung kepada saya. Walaupun 'content' subjek masih kurang, tapi Syu nampak lebih 'enjoy' dalam kelas saya sekarang. Tiada lagi muka ''ketat' masa kelas. 

Bahagian hujung meja kanan itu , tempat kegemaran Syu. Saya bangga bila Syu tidak lagi tertarik memandang keluar tingkap semasa kelas.

Setelah 20 tahun mengajar, saya menyaksikan kebanyakan pelajar nampak tertekan semasa belajar. Ada kemungkinan saya yang tidak cukup bagus untuk  menarik minat mereka. Mungkin juga jadual yang terlalu padat, subjek yang terlalu banyak, peperiksaan yang semakin hampir atau tekanan dari ibu bapa yang mengharapkan pencapaian cemerlang anak-anak mereka. Terus terang, saya rasa tiada pelajar yang gembira ke sekolah.

Kita juga pernah menjadi pelajar. Seingat saya, satu-satunya kelas yang saya 'enjoy' dahulu adalah kelas Bahasa Melayu sebab cikgu saya, Pn Rodziah (arwah) akan membawa majalah Dewan Siswa ke kelas sebagai bahan mengajar. Kami bebas membaca mana- mana bahagian dalam majalah tersebut. Namun kelas Bahasa Melayu juga berakhir dengan tekanan bila kami diminta menulis karangan. Namun tekanan itu kadang-kadang berkesan untuk sesetengah orang kerana ia akan memaksa mereka memberikan yang terbaik. Hasilnya karangan saya dan beberapa pelajar lain pernah terpilih dan disiarkan dalam majalah Dewan Siswa. Semuanya hasil usaha cikgu saya yang nampak potensi kami dalam bidang penulisan.

Sebagai cikgu, saya nampak Syuk ada potensi untuk berjaya. Kalau bukan semasa SPM, mungkin pada peringkat yang lebih tinggi. 

Cikgu Anis,
Suka tengok perubahan sikap pelajar. Suka tengok pelajar gembira semasa belajar.






HOW DO YOU STAY CONNECTED WITH YOUR BEST FRIEND?

31 OCTOBER 2021

NOVEMBER 1, 2021

Minggu lepas, Amani ada tanya... "How do you stay connected with your best friend ?"

Saya terdiam sekejap. Bukan saya tiada jawapan, cuma saya terfikir..siapa best friend saya ? Suami adalah jawapan paling tepat. Tapi kata Amani, " daddy selalu hang out dengan kawan lelaki..not you.."

Kawan baik mungkin orang paling memahami 'peel' kita. Paling banyak meminjamkan telinga untuk mendengar cerita kita walaupun tidak pernah faham hujung pangkal cerita. Kawan baik mungkin 'acah-acah' macam kaunselor. Mengiakan sahaja masalah kita, lantas memberi nasihat tanpa cuba menyelesaikannya. 

Zaman 'hang out' saya dengan kawan-kawan  berakhir selepas saya berkahwin. Kalau ada pun, sekali-sekala bila ada rakan lama 'muncul' di daerah kediaman saya atau ketika saya menghadirkan diri di luar daerah untuk urusan rasmi. Kami cuba luangkan masa untuk berjumpa dan berkongsi cerita.

Ketiga- tiga anak saya meniti alam remaja. Sekarang kami boleh berkongsi tajuk perbualan orang dewasa. Kami boleh 'hang out' bersama.


Merekalah kawan baik saya.


Cikgu Anis, 
Anda.. Ya, anda.. di sekeliling saya adalah kawan yang terbaik. 


SEKOLAH KEMBALI BEROPERASI. APA YANG ANDA HARAPKAN?.....

 6 OKTOBER 2021

Sekolah telah dibuka secara berperingkat. Saya juga telah kembali ke sekolah menyantuni pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa IGCSE yang bermula minggu ini.

Saya mengajar di sekolah yang bagus. Rata-rata pelajarnya juga bagus. Baik dari segi akademik maupun sahsiah. Namun berada lama di rumah menyaksikan anak lelaki saya yang bersekolah harian, semakin merosot kemahiran komunikasinya dan sedikit sebanyak sahsiahnya. 

Dibesarkan sebagai anak lelaki tunggal bersama dua saudara perempuan, satu-satunya model lelaki yang diperhatikan adalah bapanya. Kebanyakan masa beliau dihabiskan atas talian untuk kelas dari pagi sehingga tengahari, dan bermain di atas talian sebelah petang.  Masa yang amat terhad agak membataskan komunikasi antara beliau dan bapanya kerana masa suami saya berada di rumah hanyalah antara jam 6.30 petang sehingga lah 10.00 malam sebelum anak lelaki saya masuk tidur. Komunikasi beliau bersama saya dan adik beradik perempuan berlaku hanya jika perlu sahaja. 

Jika ramai ibu bapa berharap anak kembali ke sekolah supaya dapat belajar bersemuka, kerana bimbang keciciran dalam akademik, saya juga tidak ketinggalan. Namun itu perkara nombor 2 bagi saya. Saya amat berharap sekolah, guru, pelajar dan persekitaran sekolah dapat membantu anak saya untuk meningkatkan kemahiran bersosialnya. Belajar cara bercakap dengan orang dewasa, monghormati guru, mengaku salah serta memohon maaf. Malah, paling penting beliau belajar mengendalikan emosi dan menangani masalah dengan bijak.

Jika anda mempunyai anak  remaja, perhatikan tingkahlaku mereka sepanjang mereka berada di rumah. Banyak masa dihabiskan scara atas talian, komunikasi...bermain. Malah bahasa mereka juga adalah bahasa 'online'. Satu bahaya tentang komunikasi atas talian adalah semua sebutan atau perkataan adalah TIADA NADA/ TIADA INTONASI. Ini memungkinkan anak-anak kita menjadi orang yang tidak ada EMPATI.

Kongsi komen anda sebagai cadangan. survival in school

Cikgu Anis- cuba hobi baru semasa pkp . Follow ig : mycactusinwhite. https://wa.link/137wa4








PELAJAR "EVOLVE" SEMASA PANDEMIK??

 12 SEPTEMBER 2021

Cuti pertengahan semester yang dipenuhi dengan proses menanda kertas 'mock' igcse. Ujian yang dijalankan secara atas talian dan penandaan secara virtual di dalam komputer.


Saya bermula dengan skrip jawapan beberapa orang  pelajar sederhana, kemudian beralih ke skrip seorang pelajar yang agak lemah di dalam kelas. Wah!! jawapan sempurna untuk hampir kesemua tujuh soalan struktur atau subjektif. Curiga mula bersarang dalam fikiran saya.

Saya mengajar pelajar ini sejak beliau di tingkatan 3. Semua rekod pencapaiannya dalam e-wallet saya. tinggal untuk di klik sahaja. Mustahil beliau dapat menjawab sebaik ini. Saya mula memasang jerat dalam kumpulan telegram kelas. Saya katakan jika ada yang menipu semasa ujian, boleh hubungi saya secara persendirian.

Dalam 15 minit, bukan seorang tetapi lima pelajar mengaku meniru dan seorang lagi tidak mengaku meniru. Katanya, " saya telah berusaha keras untuk ujian ini." Pelajar yang tidak mengaku meniru adalah pelajar yang paling banyak meniru!!. Jawapannya sama sekali tidak berbeza dengan jawapan pada skrip pemeriksa.

Malam tadi , saya tidur meracau angkara perangai pelajar.

cikgu anis- Rela mengajar pelajar bodoh daripada mengajar pelajar penipu dan tidak jujur. Mungkinkah pelajar saya telah berevolusi menjadi "cerdik" semasa pandemik???

MUJURLAH VIRUS DAN BAKTERIA YANG TIDAK BOLEH DILIHAT DENGAN MATA KASAR

6 Julai 2021

Sejak pkp 3.0 ni, setiap malam saya tercari-cari tajuk untuk dibualkan dengan anak-anak ketika melayani makan malam. Jika dulu, tajuk perbualan  berkisar tentang sekolah, ujian, kerja sekolah serta aktiviti harian mereka. Sekarang, cuma berkisar tentang kes harian covid yang tidak menunjukkan pengurangan.

Namun malam tadi, Amani keluar dengan satu soalan,

"mama pernah dengar tentang spanish flu?" 

Dan belum sempat saya menjawab, dia sibuk menceritakan dapatannya tentang spanish flu dari internet. 

"black death lagi teruk Amani.." 

Sampuk Ikmal. Sambung pulak episod black death oleh Ikmal. 

Sudahnya makan malam kami menjadi sangat interaktif. Kagum juga mendengar anak-anak ni belajar begitu banyak tentang peristiwa berkaitan dengan situasi semasa. 

Segala pandemik, epidemik. Perbezaan antara keduanya. Influenza, bird flu, SARS....

virus influenza A (imej dari google)

Pengajaran yang jelas: 

Hikmah Allah jadikan segala virus dan bakteria sangat halus, seni dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Kumpulan mikroorganisma ini sangat mudah membiak dan tersebar, dalam satu titik air sahaja boleh mengandungi berjuta-juta koloni. Teringat ketika di universiti dulu, saya mengambil kertas mikroorganisma. Seronok masuk makmal mikrob, berhawa dingin, tangan dan tempat kerja mesti dicuci sebersih-bersihnya dengan sanitizer sebelum dan selepas kerja. Ada sejenis bau di makmal mikrob...bau hospital!. 

Mikroorganisma tidak dapat dilihat dengan mata kasar. bayangkan jika kita dapat melihat mereka. Pasti kita hidup dalam ketakutan. Mereka ada di mana-mana, termasuk dalam udara yang kita sedut. Malah pada tangan yang telah di cuci dengan sanitizer selama 10 saat! ( Memang saya uji sendiri di makmal mikrob). Saya hilang selera makan dalam semester tersebut, gara-gara mengambil kertas mikroorganisma. Tak selera nak makan makanan di cafe yang terdedah di rak. 

Catatan oleh : Mama yang positive di kala pandemik.


FEMINISME ATAU TIDAK?

 12 JUN 2021

Sehari dua ni, dunia sosial media kecoh dengan pernyataan seorang tokoh akademik merangkap pakar motivasi, Prof Dr. Muhaya. Semuanya gara-gara ' wanita kena jadi bodoh-bodoh , untuk mudah mendapat jodoh'. Perkataan 'bodoh-bodoh' adalah bahasa pasar yang sering digunakan untuk menunjukkan seseorang itu 'buat-buat' tak tahu tentang sesuatu perkara, walaupun sebenarnya beliau tahu. 



Ada 2 isu di sini:

1. samada netizen yang tidak berapa menguasai Bahasa Melayu, - bila dengar sahaja perkataan bodoh-bodoh, terus meloncat dan serang. 

2. sensitiviti tentang kesamarataan jantina zaman sekarang, menyebabkan   wanita dan masyarakat  menghentam Prof Muhaya dengan teruk. 

Saya bukan nak membela atau menghentam mana-mana pihak. Sebagai seorang guru, saya amat menggalakkan pelajar puteri untuk berdikari, jangan terlalu bergantung harap pada lelaki. Terbanglah setinggi yang boleh. Wanita takkan berubah jantinanya jika memanjat tiang pemancar komunikasi atau mencari rezeki di pelantar minyak. Takkan tercapai kudrat wanita seperti lelaki. Lelaki tetap lebih kuat.

Lelaki memang dilahirkan sebagai pemimpin. (Hadis Riwayat Muslim)

Dulu saya pernah mengajar seorang pelajar, Nadzif namanya. Pelajar pintar, geng surau, segak paras rupa dan berbudi bahasa. Nadzif selalu datang awal ke kelas, tidak seperti pelajar lelaki lain dalam kelasnya. Masa yang ada sebelum pelajar-pelajar lain tiba, biasanya digunakan beliau sebaik mungkin untuk berbual dan berkongsi apa saja maklumat ilmiah dengan saya.

Nadzif jarang sekali menyiapkan tugasan subjek saya. Namun, sangat aktif semasa di dalam kelas. Sentiasa terlibat dengan perbincangan dalm kelas dan selalu menjadi 'hero' kelasnya bila dapat menjawab soalan- soalan yang sukar. Seringkali mendapat markah tertinggi semasa ujian. Kata pelajar lain, dia selalu isi masa lapang dengan membaca Qur'an di wakaf tepi padang.

Berbalik semula cerita di kelas tadi. Kawan sekelasnya yang puteri beransur tiba. Saya pun mula bersuara,

"hari ni, kedudukan dalam kelas, first come first serve basis. Yang datang awal, boleh duduk depan."

Pelajar puteri berebut-rebut mengambil tempat di depan.

Nadzif terpinga-pinga, bila ada pelajar puteri mula mengambil tempat di meja panjang makmal yg didudukinya sejak tadi. 

" cikgu......sejak zaman nabi, semasa belajar.. pelajar lelaki hendaklah berada di depan, pelajar perempuan di belakang. Itulah adab belajar sebenarnya. ". 

" betul....saya setuju. Tetapi lelaki dilahirkan sebagai pemimpin. Kenapa lelaki dalam kelas ni, tiada ciri- ciri pemimpin? apa antara ciri pemimpin? Datang awal dan sentiasa berada di depan.....kan? Takkan datang kelas pun tewas kepada pelajar puteri?"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah senario sekarang, di sekolah mahu pun di institusi pengajian tinggi. Dari kita meminta wanita merendahkan tahap pengetahuan mereka atau buat 'bodoh-bodoh' semata-mata memberi peluang lelaki berasa hebat atau diperlukan, lebih baik kita 'polish' anak-anak lelaki kita supaya menjadi lelaki sebenar yang hebat. Lelaki yang lahir sebagai pemimpin, boleh memimpin serta menghargai dan menghormati wanita bijak serta menggalakkan anak-anak perempuan mereka menjadi bijak. 

Catatan pkp semasa cuti sekolah.

Cikgu suka pelajar lelaki datang awal dan menawarkan diri untuk padam papan putih.


APA YANG ANDA BELAJAR DARI KUMPULAN SOSIAL MUKABUKU?

29 Mac 2021

 Setahun kita menjalani kehidupan dalam era pandemik. Banyak yang kita sama-sama belajar. Dari tidak berapa pandai dalam selok belok penggunaan gajet serta internet, sehinggalah cekap mengendalikan kelas atas talian, menyediakan soalan peperiksaan , menanda kertas exam, eksport data dari satu aplikasi ke aplikasi lain. Banyak juga belajar mengenai gajet terkini dan penggunaannya, membeli barang secara atas talian dan paling banyak ialah masa yang dihabiskan untuk bersosial dalam talian.



Banyak rupanya kumpulan sosial di facebook terutamanya, kita boleh pilih untuk menyertai kumpulan berdasarkan minat dan kecenderungan kita. Macam saya memilih untuk menyertai kumpulan MASAK APA TAK JADI HARI NI- memang kelakar kumpulan ni...tengok pada namanya pun dah boleh agak kan?

Saya sertai juga kumpulan KAMI SUKA DEKO DEKO- seronok tengok dekorasi cantik rumah orang, boleh dapat inspirasi juga untuk rumah kita. Selain itu dapat juga ilmu terkini tentang perhiasan atau  inovasi orang persendirian.

Paling saya suka kumpulan, KAKI DIY- kekreatifan mereka memang 'next level' bagi saya. 

Rasa macam banyak masa dibazirkan dengan telefon pintar dengan kumpulan sosial ni, TETAPI paling berharga saya belajar tentang adab sopan dalam kumpulan sosial.. 

KONGSI, kalau rasa 'posting' bermanfaat. Cakap TERIMA KASIH.

Jika tidak, KEEP SILENT.

Beri PENDAPAT  MEMBINA, jangan yang sarcastic atau sinis.

Jawab PERTANYAAN dengan niat membantu, jangan beri jawapan yang menjatuh/memperlekehkan tuan tanah.

JANGAN TAMBAH 'kuah' pada komen yang tidak elok.

INGAT!!!! lagi banyak kita cakap, lebih nampak ke**d*han kita. Jika tiada yang baik untuk dikatakan, KEEP SILENT.


-mama yang suka cari inspirasi dari group fb

 Bersosiallah dengan positiviti, jom kita tengok kumpulan MASAK APA HARI NI?



APA KISAH "KALI PERTAMA" ANDA?

 FEB 2021

Banyak betul kisah "kali pertama" yang muncul sejak kebelakangan ini. Kali pertama guru ke udara dalam siaran TV Pendidikan, ramai yang menegur tetapi kedengaran seperti menghentam. Hari Isnin depan, pelajar tahun satu akan ke sekolah sendirian untuk kali pertama. Dengarnya, ramai juga mak-mak yang kecewa kerana tidak dapat mengintai anak di sebalik tingkap kelas . 

Saya selalu menggalakkan pelajar saya menjadi orang pertama menjawab soalan di dalam kelas. Bukan masa yang menjadi taruhan. Jawapan yang baik bukanlah jawapan yang diberi sebaik soalan habis, tetapi beberapa ketika selepas soalan habis. Ini kerana otak memerlukan masa untuk menterjemah, menganalisa dan memberi jawapan.

Soalan pertama juga biasanya adalah soalan yang mudah. Jika pelajar dapat mengatasi soalan pertama, secara psikologinya mereka lebih yakin untuk menerima pengajaran dalam kelas untuk hari tersebut.

Perkara yang sama, saya pesan pada anak-anak pelajar yang memulakan pengajian kolej. Semester pertama, paling mudah. Pastikan awak dapat 4.0 jika boleh. Ini akan menjadi 'pendorong' terhebat awak untuk terus cemerlang pada semester seterusnya.

Berita pertama saya terima dari Addina yang mendapat 4.0 dalam semester 1 Diploma Teknologi Maklumat. Kemudian Iman juga berkongsi berita gembira mendapat 4.0 untuk semester 1, Program Asasi Perubatan. Seterusnya Balqis juga berjaya mendapat 4,0 untuk semester 1 Program Asasi UM. Semoga kejayaan mereka dalam semester pertama ini akan terus mendorong mereka dan rakan -rakan lain untuk terus mencipta kecemerlangan dalam bidang masing-masing.


Mungkin ramai berpendapat memang mudah untuk mendapat 4.0 semester 1 kerana subjek lebih mudah. Betul!! Ini namanya peluang dan peluang bukan selalu datang. Pengajian dalam semester-semester seterusnya pasti lebih sukar, tetapi bila mengetahui yang mereka boleh melakukan dengan baik pada semester 1, secara tidak langsung, semuanya menjadi lebih mudah dan lancar.

Saya teringat kali pertama mengajar menggunakan Bahasa Inggeris. Pelajar terkebil-kebil. Bukan kerana mereka  tidak memahami kandungan silibus, tetapi mungkin cuba meneka apa yang saya 'pronounce'. Mungkin mereka gelihati. Selalunya saya akan tanya pelajar yang paling bijak Bahasa Inggeris dalam kelas tersebut. Minta tolong beliau betulkan 'pronounciation' saya. 

UPDATE: Selepas pertemuan kami secara google meet pada malam 19/2, Khairul juga berkongsi berita gembira tentang kejayaan semester pertamanya 3.82. Kami semua bersorak bangga. Katanya, kehidupan kampus telah mengubahnya menjadi lebih baik. 

Apa kisah menarik "kali pertama' anda?



  


APA YANG MENDORONG ANDA DI TAHUN 2021?

 19 Januari 2021

Saya ibu berkerjaya. Tinggi 152cm. Berat purata 52kg. BMI 22.5. 2 tahun lepas, saya buat full medical check up, Alhamdulillah semua cun. 

Zaman sekolah rendah sampai sekolah menengah, saya aktif bersukan. Bukanlah hebat sangat, tetapi saya jenis budak yang tidak kisah berpeluh, berbau dan comot sedikit. Seingat saya semasa di universiti, saya mendaftar kursus ko kurikulum sukan sejak matrik sehingga tahun 3. 

Rasionalnya?

1. Tiada kerja kursus yang perlu dibuat/ tiada ujian. 

2. Hadir untuk bermain. Lulus dan mengeluarkan peluh.

Namun segalanya berubah bila berkahwin dan mempunyai anak. Dipendekkan cerita, sama seperti orang lain, sibuk menguruskan anak dan kerjaya sehingga lifestyle saya berubah. Bersukan atau bersenam tanpa saya sedar hilang dari jadual hidup saya. 

Anak bongsu saya berusia 4 tahun ketika saya berumur 40tahun. Anak sudah boleh ditinggalkan sesama mereka. Kerjaya juga berada di tahap yang selesa walaupun tekanan kerja yang memuncak. Saya perlu keluar dari zon sedia ada. LEMAS dan RIMAS. Saya perlu satu suntikan untuk menyegarkan kehidupan saya. Saya perlu keluar dari rumah. Saya cuba dapatkan "ME TIME" yang saya suka, tetapi ia bukan semudah yang saya sangka. 


Saya nekad. Tanpa banyak berfikir dan membuang perkataan "tapi"dan "kalau" dalam perancangan saya, saya aturkan masa supaya  dapat bersenam kembali. Berjoging. Yang seronok bila berjoging , saya selalu dapat 'thumbs up" dari warga taman yang tegar berjoging setiap hari. Saya bersenamrobik, suatu aktiviti yang sangat saya gemari sejak zaman universiti. Saya panjat bukit sementara menunggu anak balik sekolah petang.

Masa berlalu, jadual kerja berubah bila waktu persekolahan dilanjutkan ke petang sehingga 4.30. Anak bongsu pula perlu ke KAFA petang. Saya terpaksa mengurangkan aktiviti. Terhad kepada senamrobik sahaja di hujung minggu, itupun jika tidak perlu bertugas d hujung minggu. Jadual anak-anak berubah menyebabkan jadual saya juga berubah. Dan semangat bersenam itu semakin pudar. Muncul seribu alasan yang menghalang saya untuk  bersenam.

Rasanya sejak beranak-pinak, banyak masa dan tumpuan saya bertumpu pada anak, suami dan keluarga. Diri sendiri jatuh ke tempat yang ke berapa entah!! Bila difikirkan, apa hadiah hebat yang saya berikan pada tubuh badan saya? wang simpanan? rantai tangan pandora? Baju cantik? hand bag mahal? rumah besar? kereta idaman? Kalau adapun tidak bermakna jika badan sakit sana- sini, cepat letih dan mula dihinggap penyakit. Saya kembali meletakkan kepentingan diri saya nombor SATU. 

Saya mesti cari jalan untuk menidakkan alasan, dan saya mendapati HALANGAN TERBESAR  adalah PEMIKIRAN saya. Ditambah pula dengan perkataan "TAPI" dan "KALAU". Kata orang hendak seribu daya mahu seribu cara. Alhamdulillah, halangan itu tidak melibatkan orang lain. Hanya DIRI sendiri. Sekarang ni, kalau tak bersenam rasa macam ada yang kurang.

Saya masih enjoy makanan sedap tapi berpada-pada. Saya cuba amalkan makanan sihat sedapat yang boleh dan ajar anak-anak untuk makan sihat dan kekal aktif dengan cara mereka. 

Taman Gelora, Kuantan. Satu pusingan besar taman ni bersamaan dengan 1.25km. Kalau joging 4 round, dah dapat 5km.

- cikgu anis- makcik yang joging dengan outfit yang outdated😎. Letih joging, jalan jer! PKP ni jalan dalam rumah dengan Leslie kat youtube.





DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...