12 SEPTEMBER 2021
Cuti pertengahan semester yang dipenuhi dengan proses menanda kertas 'mock' igcse. Ujian yang dijalankan secara atas talian dan penandaan secara virtual di dalam komputer.
Saya bermula dengan skrip jawapan beberapa orang pelajar sederhana, kemudian beralih ke skrip seorang pelajar yang agak lemah di dalam kelas. Wah!! jawapan sempurna untuk hampir kesemua tujuh soalan struktur atau subjektif. Curiga mula bersarang dalam fikiran saya.
Saya mengajar pelajar ini sejak beliau di tingkatan 3. Semua rekod pencapaiannya dalam e-wallet saya. tinggal untuk di klik sahaja. Mustahil beliau dapat menjawab sebaik ini. Saya mula memasang jerat dalam kumpulan telegram kelas. Saya katakan jika ada yang menipu semasa ujian, boleh hubungi saya secara persendirian.
Dalam 15 minit, bukan seorang tetapi lima pelajar mengaku meniru dan seorang lagi tidak mengaku meniru. Katanya, " saya telah berusaha keras untuk ujian ini." Pelajar yang tidak mengaku meniru adalah pelajar yang paling banyak meniru!!. Jawapannya sama sekali tidak berbeza dengan jawapan pada skrip pemeriksa.
Malam tadi , saya tidur meracau angkara perangai pelajar.
cikgu anis- Rela mengajar pelajar bodoh daripada mengajar pelajar penipu dan tidak jujur. Mungkinkah pelajar saya telah berevolusi menjadi "cerdik" semasa pandemik???
No comments:
Post a Comment