SEKOLAH KEMBALI BEROPERASI. APA YANG ANDA HARAPKAN?.....

 6 OKTOBER 2021

Sekolah telah dibuka secara berperingkat. Saya juga telah kembali ke sekolah menyantuni pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa IGCSE yang bermula minggu ini.

Saya mengajar di sekolah yang bagus. Rata-rata pelajarnya juga bagus. Baik dari segi akademik maupun sahsiah. Namun berada lama di rumah menyaksikan anak lelaki saya yang bersekolah harian, semakin merosot kemahiran komunikasinya dan sedikit sebanyak sahsiahnya. 

Dibesarkan sebagai anak lelaki tunggal bersama dua saudara perempuan, satu-satunya model lelaki yang diperhatikan adalah bapanya. Kebanyakan masa beliau dihabiskan atas talian untuk kelas dari pagi sehingga tengahari, dan bermain di atas talian sebelah petang.  Masa yang amat terhad agak membataskan komunikasi antara beliau dan bapanya kerana masa suami saya berada di rumah hanyalah antara jam 6.30 petang sehingga lah 10.00 malam sebelum anak lelaki saya masuk tidur. Komunikasi beliau bersama saya dan adik beradik perempuan berlaku hanya jika perlu sahaja. 

Jika ramai ibu bapa berharap anak kembali ke sekolah supaya dapat belajar bersemuka, kerana bimbang keciciran dalam akademik, saya juga tidak ketinggalan. Namun itu perkara nombor 2 bagi saya. Saya amat berharap sekolah, guru, pelajar dan persekitaran sekolah dapat membantu anak saya untuk meningkatkan kemahiran bersosialnya. Belajar cara bercakap dengan orang dewasa, monghormati guru, mengaku salah serta memohon maaf. Malah, paling penting beliau belajar mengendalikan emosi dan menangani masalah dengan bijak.

Jika anda mempunyai anak  remaja, perhatikan tingkahlaku mereka sepanjang mereka berada di rumah. Banyak masa dihabiskan scara atas talian, komunikasi...bermain. Malah bahasa mereka juga adalah bahasa 'online'. Satu bahaya tentang komunikasi atas talian adalah semua sebutan atau perkataan adalah TIADA NADA/ TIADA INTONASI. Ini memungkinkan anak-anak kita menjadi orang yang tidak ada EMPATI.

Kongsi komen anda sebagai cadangan. survival in school

Cikgu Anis- cuba hobi baru semasa pkp . Follow ig : mycactusinwhite. https://wa.link/137wa4








No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...