12 JUN 2021
Sehari dua ni, dunia sosial media kecoh dengan pernyataan seorang tokoh akademik merangkap pakar motivasi, Prof Dr. Muhaya. Semuanya gara-gara ' wanita kena jadi bodoh-bodoh , untuk mudah mendapat jodoh'. Perkataan 'bodoh-bodoh' adalah bahasa pasar yang sering digunakan untuk menunjukkan seseorang itu 'buat-buat' tak tahu tentang sesuatu perkara, walaupun sebenarnya beliau tahu.
Ada 2 isu di sini:
1. samada netizen yang tidak berapa menguasai Bahasa Melayu, - bila dengar sahaja perkataan bodoh-bodoh, terus meloncat dan serang.
2. sensitiviti tentang kesamarataan jantina zaman sekarang, menyebabkan wanita dan masyarakat menghentam Prof Muhaya dengan teruk.
Saya bukan nak membela atau menghentam mana-mana pihak. Sebagai seorang guru, saya amat menggalakkan pelajar puteri untuk berdikari, jangan terlalu bergantung harap pada lelaki. Terbanglah setinggi yang boleh. Wanita takkan berubah jantinanya jika memanjat tiang pemancar komunikasi atau mencari rezeki di pelantar minyak. Takkan tercapai kudrat wanita seperti lelaki. Lelaki tetap lebih kuat.
Lelaki memang dilahirkan sebagai pemimpin. (Hadis Riwayat Muslim)
Dulu saya pernah mengajar seorang pelajar, Nadzif namanya. Pelajar pintar, geng surau, segak paras rupa dan berbudi bahasa. Nadzif selalu datang awal ke kelas, tidak seperti pelajar lelaki lain dalam kelasnya. Masa yang ada sebelum pelajar-pelajar lain tiba, biasanya digunakan beliau sebaik mungkin untuk berbual dan berkongsi apa saja maklumat ilmiah dengan saya.
Nadzif jarang sekali menyiapkan tugasan subjek saya. Namun, sangat aktif semasa di dalam kelas. Sentiasa terlibat dengan perbincangan dalm kelas dan selalu menjadi 'hero' kelasnya bila dapat menjawab soalan- soalan yang sukar. Seringkali mendapat markah tertinggi semasa ujian. Kata pelajar lain, dia selalu isi masa lapang dengan membaca Qur'an di wakaf tepi padang.
Berbalik semula cerita di kelas tadi. Kawan sekelasnya yang puteri beransur tiba. Saya pun mula bersuara,
"hari ni, kedudukan dalam kelas, first come first serve basis. Yang datang awal, boleh duduk depan."
Pelajar puteri berebut-rebut mengambil tempat di depan.
Nadzif terpinga-pinga, bila ada pelajar puteri mula mengambil tempat di meja panjang makmal yg didudukinya sejak tadi.
" cikgu......sejak zaman nabi, semasa belajar.. pelajar lelaki hendaklah berada di depan, pelajar perempuan di belakang. Itulah adab belajar sebenarnya. ".
" betul....saya setuju. Tetapi lelaki dilahirkan sebagai pemimpin. Kenapa lelaki dalam kelas ni, tiada ciri- ciri pemimpin? apa antara ciri pemimpin? Datang awal dan sentiasa berada di depan.....kan? Takkan datang kelas pun tewas kepada pelajar puteri?"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itulah senario sekarang, di sekolah mahu pun di institusi pengajian tinggi. Dari kita meminta wanita merendahkan tahap pengetahuan mereka atau buat 'bodoh-bodoh' semata-mata memberi peluang lelaki berasa hebat atau diperlukan, lebih baik kita 'polish' anak-anak lelaki kita supaya menjadi lelaki sebenar yang hebat. Lelaki yang lahir sebagai pemimpin, boleh memimpin serta menghargai dan menghormati wanita bijak serta menggalakkan anak-anak perempuan mereka menjadi bijak.
Catatan pkp semasa cuti sekolah.
Cikgu suka pelajar lelaki datang awal dan menawarkan diri untuk padam papan putih.
No comments:
Post a Comment