deretan chalet menarik dengan warna -warna cerah |
Teringat semasa ke Perth 2 tahun lepas, beria-ia kami nak bergambar depan Blue Boat House. Selepas kami beredar, beratur pelancong Malaysia menunggu giliran untuk bergambar di situ. Padahal BBH tu bukannya functional pun, dinding kotak semata-mata.
Saya agak bosan cuti Mac yang lepas kerana biasanya Mac adalah masa saya bercuti bersama kawan-kawan perempuan tanpa keluarga. Anak sulung akan menduduki SPM tahun ini, jadi saya perlu membantu dia dalam pelajarannya, mencari kelas tambahan, bahan rujukan dari internet dan sebagainya. Selain itu, saya buka facebook baca cerita orang upload percutian mereka, Kemudian tonton travel channel...Terasa macam pergi bercuti juga :(
Stresssssss.......
Apa yang menarik tentang bercuti?
1. Travel buddy - Travel buddy saya selain rakan sekerja dan adalah rakan-rakan baru yang saya kenal dari facebook. Totally stranger. Sanggup? Dapat kawan baru tetapi bersedialah untuk macam-macam kerenah. Kalau dapat yang ok, maka bolehlah teruskan untuk trip yang akan datang. Biasanya yang sependapat tetapi mempunyai kemahiran berbeza akan made up a good team. Dapat jenis yang tak study pasal trip, asal sampai tempat tujuan je..." ada apa kat sini ek?...jom gerakk...."
travel buddies- India |
travel buddies- Autralia |
travel buddies - HK |
buddies - Osaka |
3. Pengalaman - Betul lah cakap orang , jauh berjalan luas pandangan. Kalau orang Siam kreatif macam Indon jugak lah. Ramai orang yang susah-susah. Macam-macam kerja mereka buat. Kekurangan sumber menjadikan mereka lebih kreatif mencari rezeki. Orang Singapore..hehe muka melayu, tapi semua cakap Inggeris. Jati diri? tepuk dada tanya minda. Aussie sangat menunjukkan appresiasi mereka , nak turun bas je, " thank you mr driver", dijeritnya sebelum turun ikut pintu belakang. Ada juga tempat di mana local tidak berapa mengalu-alukan pelancong, seperti yang kami alami di penginapan bnb di Hong Kong.
Paling seronok dapat tengok dan merasa cara Japanese duduk dalam train..tak membawang...tak cakap kuat sampai mengganggu orang lain ..gajet semua disambung ke ear phone...no food dalam train...tempatnya bersih..Masya Allah budaya bersih ni tak tau nak cakap.
Ada juga saya cuba praktikkan apa yang Aussie buat. Selepas check out di pasaraya, saya cakap.."selamat bekerja ya.." kepada cashier bertugas. Seronok rupanya. Malah ketika bermalam di apartment kecil yang memuatkan kami 5 beranak di HK, anak saya kata...syukurnya duduk di Malaysia...haha...baru kau tahu wahai anak!...
Ruang kecil itu telah mendekatkan kami sekeluarga. Ke mana kita seterusnya?
No comments:
Post a Comment