trip Hong Kong/ Macau : travel free in Macau


Day 2 - Macau

Hari kedua di HK, kami mengambil keputusan untuk travel ke tempat yang jauh dulu..Macau. Based on research dari blog-blog  traveller dan dari group fb traveller, ramai menyatakan boleh travel percuma je di Macau sebab kasino dah sediakan shuttle untuk kita bergerak ke tempat-tempat menarik di sana. Ok, kita try tengokk

So, awal pagi, kami sediakan bekal sebab makanan halal memang susah sgt kat sana. Tapau la lebih kurang , agak boleh makan dua kali. Dari Mongkok, naik tarin ke Tsim Tsa Tsui. Keluar ikut jalan nak ke ferry terminal...cari china ferry terminal...hhaaa benda ni dok dalam bangunan..memang tak nampak dari luar, takpe...jalan je sampai hujung butik-butik mahal tu...lepas traffic light , sebelah kiri...masuk situ....kami walk in je....banyak ferrynya...

Dalam sejam jugak ferrynya, melambung jugak la dok dalam ferry sebab ombak kuat....seramm...tapi ferrynya luas...kami naik star ferry turun Outer Harbour...OH ni dekat dengan area Senado Square.

Kami plan jalan-jalan Senado Square dulu pagi..tak ramai org sangat kot...Sampai je, pilih shuttle yg ada tulis Hotel Emperor/ Grand Lisbao...FOC..ni faktor utama kenapa saya nak sangat datang Macau. Bas ni tak berhenti sehinggalah sampai ke hotel berkenaan. Takpe , enjoy the view...bangunan kasino cantik-cantik....
                                           


Sampai sahaja di hotel berkenaan, turun bas , pusing kiri jalan je terus...dalam 600m gitu..sampaila Senado Square..dekat Macau ni nama jalan di mulai dengan Avenue (Portugese style).
Anda akan mudah cam Senado Square sebab semua orang akan ke situ.

Ingatkan tak ramai orang pagi...sekali..meremutttt....kedai halal memang tak dak sini...pastikan bawa bekal.
Antara yang menarik perhatian di Senado Square selain Ruin of St. Paul. Selesai di sini kami naik bas ke The Venetian...yg ada terusan macam kat Italy tu. Cara nak pergi detail boleh refer iti saya dlm pos terdahulu

Gambaran jalan raya di Macau..tak banyak kereta..Aplikasi Grab pun boleh digunakan. Ohh...suhu?..macau memang lebih sejuk dari HK. Ingatkan orang -orang HK/ Macau ni, overdressed masa winter..tetapi memang sejuk rupanya. Di ulangg....Macau lebih sejuk dari HK.

Gambaran dalam kasino, boleh la tengok life..kalau nak tengok kasino lebih clear, boleh naik/ turun guna  tangga tu...


Belakang gambar tu ialah terusan yang ala Venice tu..semuanya dalam building. 

Tak mampu pergi Paris..kita pergi The Paris Casino.

Masa nak balik, kami cari tempat solat...mencabar jugak nak cari tempat yang kurang orang lalu-lalang. Akhirnya kami decide solat kat Dataran depan Apple Store. Bersih. Banyak ruang. Air untuk solat kami bawa bekas spray body mist tu...isi air dalam tu dan ajar anak-anak ambil wuduk secara spray. Alhamdulillah semuanya selesai di situ. Usai solat kami di sapa warga Cina, peramah betul..sambil tersenyum dia menunjuk-nunjuk jari ke arah Amani. Kagum kot tengok budak kecik solat. Saya agak dia menyatakan sesuatu yang positif sebab di muka dia ada "senyum".

Macau juga ada tower mcm K.L tower dan satu lagi tempat tarikan ialah fisherman wharf. Kami tak pergi pun.

Puas hati..travel free...balik dari Macau kami cuba perkhidmatan ferry turbo jet.. naik dari Taipa. Cantik terminal Taipa yang baru siap, macam airport. Tiket boleh je beli guna duit HK. Selesai musafir day 2.

klik SINI untuk ITINERARY HK MACAU






















No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...