" Don Wildman seorang narrator dan host Mysteries At The Museum melawat sebuah penjara abad ke 17 atau 18 di sebuah Pulau. Pulau tersebut dipisahkan oleh arus yang deras, air yang sejuk dan jarak berbatu-batu dari tanah besar. Pesalah yang ditempatkan di penjara pulau adalah dari kalangan yang sangat merbahaya. Kehidupan di penjara sangat perit, seksaan paling berat sehinggakan pesalah tidak bertenaga dan kurus. Ada banduan yang cuba meloloskan diri dengan berenang, tetapi gagal. Ada yang mencipta sampan..juga gagal. Untuk membuktikan bahawa kaedah meloloskan diri dari situ tidak akan berjaya, Don dan beberapa pemuda yang sihat cuma mendayung sampan melawan arus dari penjara pulau ke tanah besar- GAGAL- arus terlalu kuat. Don dan beberapa perenang cuba kaedah berenang dari pulau -GAGAL- air terlalu sejuk dan mereka kehabisan tenaga. Namun begitu ada sekumpulan banduan berjaya melawan arus deras dan sejuk pada suatu malam, dan berjaya sampai ke tanah besar. Free man"
Ini kisah pagi tadi selepas pelajar saya langsung tidak dapat menjawab soalan bernilai 6 markah secara open book (boleh refer buku text). Sambil berseloroh, saya cakap, " awal pagi awak semua dah kena K.O...enam kosong..."
Saya tanyakan soalan pada kelas : kenapa ada banduan yang boleh lolos? terkebil-kebil semuanya pelajar ....agaknya pelik ..apa la kena mengena banduan ni dengan stem cell yang baru belajar pagi ni? .....
Jawapan: sebab those prisoners yang success tu sebab mereka ada KEINGINAN untuk free. not like Don who is already free man. AND youuuu here cannot answer the question because you don't have the inner WILL(KEINGINAN) to answer...
No comments:
Post a Comment