SELAMAT HARI GURU


Sambutan Hari Guru
Jangan syok sendiri..


         Beberapa tahun kebelakangan ini, 16 Mei jatuh pada  bulan Ramadhan. Mungkin ada sambutan, tapi tiada makan -makan. Apa pentingnya hari ini disambut? Siapa yang menyambutnya? Dulu saya  "tak ambil port" sangat tentang hari guru...sekarang pun tak juga😊. Paling pening jika ada tema, ohh tidak!! saya bukan tidak sporting..cuma secara peribadinya saya rasa tidak perlu guru menyambutnya sendiri, plan segala bagai sendiri...malah  kami pernah bertukar-tukar hadiah sesama sendiri. Ini dah kira macam "syok sendiri". Ramai yang cakap, Hari Guru untuk meraikan guru-guru...tapi kalau dah semua guru buat sendiri...kat mana yang rasa dihargai?

Saya tertarik dengan sekolah anak kawan saya, sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Balakong. Sambutan Hari Guru di anjurkan oleh PIBG. Saya melihat kawan saya dan ramai ibu bapa yang bertungkus lumus menyiapkan dewan dan perhiasan untuk sambutan (fb Jumiee ju). Tiada guru yang terlibat secara langsung. Ini menarik!! Malah Ibu bapa turut hadir semasa sambutan. Betul-betul rasa dihargai. Dan saya rasa inilah cara sambutan yang paling baik.

Dah macam DIVA la pulak kan? 👸👸

Guru kata Hari Guru mesti disambut 16hb, hari lain tak syok ...dah basi...malah sekolah saya akan menyambutnya bersekali  dengan sambutan Aidil Fitri nanti, 14 Jun. Saya ok jer

Lima enam tahun pertama menjadi guru, saya rasa sangat penting kepada pelajar. Demi untuk memastikan mereka score A untuk subjek saya dan itu akan mencerminkan kredibiliti saya sebagai guru yang mengajar mereka. Namun persepsi saya berubah bila saya memberi peluang dan memaafkan diri saya sekiranya pencapaian mereka tidak seperti yang saya harapkan. Saya menggalakkan mereka melakukan yang terbaik dalam apa saya yang mereka buat atau subjek yang mereka gemari.

Malah ada bekas seorang pelajar yang sangat bagus dalam Fizik tetapi tidak bagus dalam subjek Biologi telah berjaya dengan cemerlang dalam pengajian pasca siswazahnya. Beliau pernah datang berjumpa saya dan katanya, " terima kasih cikgu sebab selalu beri galakan pada kami untuk buat yang terbaik , tidak kisah la dalam bidang apa pun..." .Itu merupakan 'turning point' untuk saya dalam kerjaya sebagai seorang guru. Sejak itu saya sentiasa menggalakkan pelajar berusaha dalam subjek yang mereka gemari. Langsung tidak cemburu.

Dan saya rasa, ungkapan-ungkapan spontan dari pelajar seperti:
' cikgu, terima kasih cikgu..saya melihat sesuatu yang berbeza hari ni, cg telah beri saya inspirasi..'
' cikgu, terima kasih sebab sedarkan saya...'
' teacher, you sound just like my mother...'

adalah hadiah hari guru yang terbaik. Itulah penghargaan sebenar untuk saya.

Malah papan tanda besar di sekolah saya inilah yang sentiasa melonjakkan rasa untuk datang ke sekolah keesokkan harinya. ( strategik betul kedudukannya)










2 comments:

  1. Kami pihak PIBG SMK Puchong Jaya B telah dengan sukarelanya menguruskan sambutan Hari Guru 2019 yang lalu. Bila pengetua sek tersebut sampaikan amanat PPD untuk minta PIBG uruskan hari Guru..kami PIBG seronok ja nak bantu nak meraikan serta nak bagi cikgu-cikgu relax dan seronok untuk hari istimewa setahun sekali tu....semuanya dilakukan secara “teamwork” dan saya satu-satunya AJK PIBG Melayu ditugaskan untuk lead projek hari guru tersebut...cikgu-cikgu memang happy sangat-sangat sebab diaorang hanya fikir apa yang diaorang akan pakai ikut tema dan apa pertandingan/ permainan yang kami susun untuk cikgu-cikgu dan murid-murid....Alhamdulillah A-Z PIBG yang buat tapi ada juga selit-selit cikgu (terpaksa bantu sikit yang perlukan kuasa besar cikgu-cikgu) contoh arah murid untuk bantu PIBG dsb...Harap selepas ini, semua sekolah seluruh negara boleh sarankan PIBG yang organise sambutan Hari Guru tiap-tiap tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ju..patut di contohi oleh PIBG sekolah-sekolah lain

      Delete

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...