TRIP TO ANYWHERE : ADA APA DENGAN CUTI?

Semalam semasa nak clearkan segala macam gambar dalam hp, ternampak beberapa gambar kami ke Melaka cuti pertengahan semester yang lepas. Masbro Village, Paya Rumput, Melaka. Cantik tempat ni..kreatif betul pemiliknya. Dari jauh macam beach house di Melbourne. Ramai pelancong ke Melbourne wajib bergambar depan beach house. Kali ni bergambar dengan chalet Masbro pulak.
deretan chalet menarik dengan warna -warna cerah



Teringat semasa ke Perth 2 tahun lepas, beria-ia kami nak bergambar depan Blue Boat House. Selepas kami beredar, beratur pelancong Malaysia menunggu giliran  untuk bergambar di situ. Padahal BBH tu bukannya functional pun, dinding kotak semata-mata.

Saya agak bosan cuti Mac yang lepas kerana biasanya Mac adalah masa saya bercuti bersama kawan-kawan perempuan tanpa keluarga. Anak sulung akan menduduki SPM tahun ini, jadi saya perlu membantu dia dalam pelajarannya, mencari kelas tambahan, bahan rujukan dari internet dan sebagainya. Selain itu, saya buka facebook baca cerita orang upload  percutian mereka, Kemudian tonton travel channel...Terasa macam pergi bercuti juga :(
 Stresssssss.......

Apa yang menarik tentang bercuti?
1. Travel buddy - Travel buddy saya selain rakan sekerja dan  adalah rakan-rakan baru yang saya kenal dari facebook. Totally stranger. Sanggup? Dapat kawan baru tetapi bersedialah untuk macam-macam kerenah. Kalau dapat yang ok, maka bolehlah teruskan untuk trip yang akan datang. Biasanya yang sependapat tetapi mempunyai kemahiran berbeza akan made up a good team. Dapat jenis yang tak study pasal trip, asal sampai tempat tujuan je..." ada apa kat sini ek?...jom gerakk...."

travel buddies- India
Kita ni travel nak menikmati pemandangan, nak tengok budaya setempat...mungkin nak makan-makan, nak shopping sikit setakat yang mampu..
travel buddies- Autralia
travel buddies - HK


buddies - Osaka
2. Lokasi - Mana-mana pun ok bagi saya, kalau dapat ke luar negara lagi bagus. Tukar angin. Dapat la merasa angin musim sejuk...musim luruh dan sebagainya. Asal poket tembun, timing ok, on sahaja.

3. Pengalaman - Betul lah cakap orang , jauh berjalan luas pandangan. Kalau orang Siam kreatif macam Indon jugak lah. Ramai orang yang susah-susah. Macam-macam kerja mereka buat. Kekurangan sumber menjadikan mereka lebih kreatif mencari rezeki. Orang Singapore..hehe muka melayu, tapi semua cakap Inggeris. Jati diri? tepuk dada tanya minda. Aussie sangat menunjukkan appresiasi mereka , nak turun bas je, " thank you mr driver", dijeritnya sebelum turun ikut pintu belakang. Ada juga tempat di mana local tidak berapa mengalu-alukan pelancong, seperti yang kami alami di penginapan bnb di Hong Kong.

Paling seronok dapat tengok dan merasa cara Japanese duduk dalam train..tak membawang...tak cakap kuat sampai mengganggu orang lain ..gajet semua disambung ke ear phone...no food dalam train...tempatnya bersih..Masya Allah budaya bersih ni tak tau nak cakap.


Ini tempat menunggu bas di sebatang jalan raya utama di HK. Garisan dilukis bengkok untuk memudahkan kita beratur, tak adalah kes potong line..atau line panjang sampai menggangu kawasan pejalan kaki di belakang kita.

Ada juga saya cuba praktikkan apa yang Aussie buat. Selepas check out di pasaraya, saya cakap.."selamat bekerja ya.." kepada cashier bertugas. Seronok rupanya. Malah ketika bermalam di apartment kecil yang memuatkan kami 5 beranak di HK, anak saya kata...syukurnya duduk di Malaysia...haha...baru kau tahu wahai anak!...

Ruang kecil itu telah mendekatkan kami sekeluarga.  Ke mana kita seterusnya?

TIPS PELAJAR CEMERLANG 2 : pukulan K.O enam kosong



" Don Wildman seorang narrator dan host Mysteries At The Museum melawat sebuah penjara  abad ke 17 atau 18 di sebuah Pulau. Pulau tersebut dipisahkan oleh arus yang deras, air yang sejuk dan jarak berbatu-batu dari tanah besar. Pesalah yang ditempatkan di penjara pulau adalah dari kalangan yang sangat merbahaya. Kehidupan di penjara sangat perit, seksaan paling berat sehinggakan pesalah tidak bertenaga dan kurus. Ada banduan yang cuba meloloskan diri dengan berenang, tetapi gagal. Ada yang mencipta sampan..juga gagal. Untuk membuktikan bahawa kaedah meloloskan diri dari situ tidak akan berjaya, Don dan beberapa pemuda yang sihat cuma mendayung sampan melawan arus dari penjara pulau ke tanah besar- GAGAL- arus terlalu kuat. Don dan beberapa perenang cuba kaedah berenang dari pulau -GAGAL- air terlalu sejuk dan mereka kehabisan tenaga. Namun begitu ada sekumpulan banduan berjaya melawan arus deras dan sejuk pada suatu malam, dan berjaya sampai ke tanah besar. Free man"

Ini kisah pagi tadi selepas pelajar saya langsung tidak dapat menjawab soalan bernilai 6 markah secara open book (boleh refer buku text). Sambil berseloroh, saya cakap, " awal pagi awak semua dah kena K.O...enam kosong..."

Saya tanyakan soalan pada kelas : kenapa ada banduan yang boleh lolos? terkebil-kebil semuanya pelajar ....agaknya pelik ..apa la kena mengena banduan ni dengan stem cell yang baru belajar pagi ni? .....

Jawapan: sebab those  prisoners yang success tu sebab mereka ada KEINGINAN untuk free. not like Don who is already free man. AND youuuu here cannot answer the question because you don't have the inner WILL(KEINGINAN) to answer...

trip Hong Kong/ Macau : travel free in Macau


Day 2 - Macau

Hari kedua di HK, kami mengambil keputusan untuk travel ke tempat yang jauh dulu..Macau. Based on research dari blog-blog  traveller dan dari group fb traveller, ramai menyatakan boleh travel percuma je di Macau sebab kasino dah sediakan shuttle untuk kita bergerak ke tempat-tempat menarik di sana. Ok, kita try tengokk

So, awal pagi, kami sediakan bekal sebab makanan halal memang susah sgt kat sana. Tapau la lebih kurang , agak boleh makan dua kali. Dari Mongkok, naik tarin ke Tsim Tsa Tsui. Keluar ikut jalan nak ke ferry terminal...cari china ferry terminal...hhaaa benda ni dok dalam bangunan..memang tak nampak dari luar, takpe...jalan je sampai hujung butik-butik mahal tu...lepas traffic light , sebelah kiri...masuk situ....kami walk in je....banyak ferrynya...

Dalam sejam jugak ferrynya, melambung jugak la dok dalam ferry sebab ombak kuat....seramm...tapi ferrynya luas...kami naik star ferry turun Outer Harbour...OH ni dekat dengan area Senado Square.

Kami plan jalan-jalan Senado Square dulu pagi..tak ramai org sangat kot...Sampai je, pilih shuttle yg ada tulis Hotel Emperor/ Grand Lisbao...FOC..ni faktor utama kenapa saya nak sangat datang Macau. Bas ni tak berhenti sehinggalah sampai ke hotel berkenaan. Takpe , enjoy the view...bangunan kasino cantik-cantik....
                                           


Sampai sahaja di hotel berkenaan, turun bas , pusing kiri jalan je terus...dalam 600m gitu..sampaila Senado Square..dekat Macau ni nama jalan di mulai dengan Avenue (Portugese style).
Anda akan mudah cam Senado Square sebab semua orang akan ke situ.

Ingatkan tak ramai orang pagi...sekali..meremutttt....kedai halal memang tak dak sini...pastikan bawa bekal.
Antara yang menarik perhatian di Senado Square selain Ruin of St. Paul. Selesai di sini kami naik bas ke The Venetian...yg ada terusan macam kat Italy tu. Cara nak pergi detail boleh refer iti saya dlm pos terdahulu

Gambaran jalan raya di Macau..tak banyak kereta..Aplikasi Grab pun boleh digunakan. Ohh...suhu?..macau memang lebih sejuk dari HK. Ingatkan orang -orang HK/ Macau ni, overdressed masa winter..tetapi memang sejuk rupanya. Di ulangg....Macau lebih sejuk dari HK.

Gambaran dalam kasino, boleh la tengok life..kalau nak tengok kasino lebih clear, boleh naik/ turun guna  tangga tu...


Belakang gambar tu ialah terusan yang ala Venice tu..semuanya dalam building. 

Tak mampu pergi Paris..kita pergi The Paris Casino.

Masa nak balik, kami cari tempat solat...mencabar jugak nak cari tempat yang kurang orang lalu-lalang. Akhirnya kami decide solat kat Dataran depan Apple Store. Bersih. Banyak ruang. Air untuk solat kami bawa bekas spray body mist tu...isi air dalam tu dan ajar anak-anak ambil wuduk secara spray. Alhamdulillah semuanya selesai di situ. Usai solat kami di sapa warga Cina, peramah betul..sambil tersenyum dia menunjuk-nunjuk jari ke arah Amani. Kagum kot tengok budak kecik solat. Saya agak dia menyatakan sesuatu yang positif sebab di muka dia ada "senyum".

Macau juga ada tower mcm K.L tower dan satu lagi tempat tarikan ialah fisherman wharf. Kami tak pergi pun.

Puas hati..travel free...balik dari Macau kami cuba perkhidmatan ferry turbo jet.. naik dari Taipa. Cantik terminal Taipa yang baru siap, macam airport. Tiket boleh je beli guna duit HK. Selesai musafir day 2.

klik SINI untuk ITINERARY HK MACAU






















DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...