persediaan anak ke tingkatan 1

Hari ni dah masuk minggu kedua persekolahan..

Minggu lepas Ikmal balik sekolah, maklumkan yang dia nak masuk Taekwando....

Hari ni, bila tanya dah daftar ke?...katanya tukar fikiran..tak jadi. Dulu masa tahun 1, dia pernah cuba join taekwando..pergi sekali latihan..dah surrender...kali ni saya fikir mungkin masanya dah sampai, sebab memang ada pelajar yang lambat serba serbi.

Macam anak yang satu ni, tak pernah score A lurus sejak tahun 1. Tapi bila di tahun 6, nampak komitmen dia yang sangat besar untuk berjaya. Saya fikir, dia dah matang...
Semua benda aktiviti keluar peluh, tak minat katanya. Pernah saya suruh dia join rugby sebab susuk tubuh yang kira sesuai untuk permainan tersebut. Jawaban dia buat saya terdiam, " team rugby tu dah cukup orang mama...dah ramai orang nak main, abgcik tak minat"...betul juga ye..buat apa nak main game yang kita tak suka..main ni untuk seronok..
                                                       
 
Ikmal dgn Gibran, one of the click from sek. keb.(mcm tak pernah kenal je)

Masa tahun 6, saya dah ajar dia masak sikit-sikit..guna non stick pan..buat air...basuh baju dengan mesin dan gosok baju, manalah tahu kot rezeki nak ke sekolah berasrama. Anak zaman sekarang ni main tunggu je kalau tak disuruh..Jadi sekarang , walau tidak ke asrama, dia take over lah semua tugas-tugas ringan tu.

Hari ni pendaftaran pelajar baru di MRSM. Kebanyakannya tinggal sekitar Kuantan. harapnya tak adalah yang datang melawat anak setiap petang. Biarlah anak berdikari. Tadi semasa perjumpaan dengan parents, saya ingatkan jangan call anak setiap hari...biar mereka berdikari dan belajar selesaikan masalah sendiri. Sebab itu kita hantar mereka ke asrama. Pada anak-anak juga saya pesan, jangan sikit-sikit call..sikit- sikit call...belajar selesaikan masalah...jangan susahkan hati mak ayah...


No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...