masuk gear...

Hari ni episod iron baju bermula...re-stock barang untuk bekal anak dan mak...esok masuk gear..mula mengajarr...bercinta jugak la nak speaking dalam kelas..berkarat dah lidah.

Semangat first day ngajar esok, saya dah siapkan sepasang baju baru, anak Homeroom yang hadiahkan tahun lepas.  HOMEROOM ni macam mentor mentee..kalau kat MRSM dipanggil HOMEROOM (HR) atau keluarga pelajar.

Anak HR saya form 5 tahun ni, sebaya anak sulung saya. Semasa saya melepaskan Addina memasuki Kolej Permata Pintar lima tahun lepas, pada masa yang sama, saya menerima anak Hr seramai 12 orang. 5 lelaki, 7 perempuan. Budak-budak ni ngam sesama dia, menjadikan setiap sesi HR kami dipenuhi dengan macam-macam cerita termasuk gossip di kalangan pelajar yang mereka kongsikan dengan saya.
                               Nasib baik pandai jahit...punya la susah nak adjust bunga dia...kalau nak beli memang takkk la kain gini...sakit jiwa nak potong.. Esok pakai baju baru, semangat oii sampai petang esok, ada assembly.
kain cotton, senang potong dan jahit.
Ya Allah permudahkanlah....

No comments:

Post a Comment

REZEKI 2025

Awal tahun 2025, kami masih bergelut dengan coaching pelajar SPM 2024. Paper Biologi dijadualkan pada 3/2. Pada masa yang sama, Ikmal akan m...