kurangkan berat badan? realiti atau mitos

sejak november tahun lepas, kecoh dalam group whatsapp kawan-kawan lama sekolah menengah saya tentang semuanya pakat nak turunkan berat badan...tajuk berat badan ni memang tajuk favourite kot dalam group kami...sebab ramai yang akan respon dan perbualan menjadi berjela-jela..

Saya juga sibuk nak join...langkah pertama..beli penimbang..sebulan saya dapati bacaan tak berkurang...sampai saya fikir.."penimbang ni tak reti-reti nak kurang ke bacaan dia?..sebabnya saya memang suka aktiviti fizikal..tapi bab makan ..tak boleh tahan..

Ketika kawan-kawan target untuk hilang 10kg sekurang-kurangnya..saya hanya target 2.5 kg sahaja. Siap kena maki hamun dalam group..."setakat 2.5kg, hang dok diam-diam.." respon kawan-kawan dalam group.

Sebaik pulang bercuti dari Hong Kong, kebetulan cuti sekolah..anak-anak tak layan breakfast awal-awal pagi...kami breakfast lewat. Kemudian saya discover mengenai IF, antara teknik mengurangkan berat badan. So, saya cuba lah..jumlah makanan juga saya kurangkan...

Selepas sebulan..jeng...jeng..reti turun rupanya penimbang aku ni!...dapatlah turun 1,5kg..alhamdulillah...untuk kesihatan yang lebih baik, mudah-mudahan...bila umur dah masuk 40an ni, penyakit mudah hinggap. Badan sihat mudah sikit beribadat.

Untuk golongan mak-mak...boleh dah mencergaskan diri diusia 40an. Tinggalkan keluarga sekejap di hujung minggu untuk join senamrobik, jogging atau apa saja jenis riadah di kawasan kejiranan anda.

ni geng uncle dgn aunty..pusing pokok...fokus...ambil tenaga dari pokok besar kot

ni pulak...kelab herbalife...

yang ni..kelab jugak...baju serupa..kalau tak jadi member pun boleh join..tapi buat kat belakang je


KUATKAN AZAM..BULATKAN TEKAD..JOM SIHAT.
MAN JADDA WA JADDA


No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...