2018 Dalam Kenangan

2018 yang epik

salam sejahtera
3 Januari 2019..

Alhamdulillah ...2018 berakhir sudah...bagi saya 2018 sangat epik. Watak utama, pastinya saya sendiri. Pencapaian (dengan izin Allah) yang saya kira amat bermakna. Samada dari segi kehidupan, kesihatan dan kerjaya. Malah saya mengakhiri 2018 dengan melakukan full medical check up. Sesuatu yang tidak pernah saya buat walaupun  suami saya saban tahun melakukannya.

Cuak jugalah menunggu  keputusan check up tu. Alhamdulillah semuanya ok! hilang gementar tau! Cuma kena improve haemoglobin count. Maknanya, makan la apa-apa makanan yang banyak zat besi macam bayam merah, hati ayam...daging merah...

Disember lalu juga, kami sekeluarga juga berjaya bermusafir ke bumi Hong Kong dan Macau. Semuanya sendiri dengan bajet rakyat marhein....rm 1700/pax. Satu pencapaian hebat, kami lima beranak. Cerita travel Hong Kong Macau, nanti saya share dalam posting lain. Bulan Mac 2018 juga sangat bermakna bila saya dan rakan travel (kenal dalam fb je), bermusafir ke Osaka, pun backpack sahaja. Cerita travel Osaka pun nanti saya share lain kali.

2018 juga menyaksikan saya pertama kali mengajar pelajar yang menduduki IGCSE. Rasa macam nak pengsan dengan kelas back to back. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan
 




No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...