ADA APA DENGAN 9A?

Disember 2023


Minggu lepas sekolah anak Cg Anis ada buat majlis penghargaan untuk pelajar-pelajar yang dapat minimum 5a dalam peperiksaan percubaan SPM. 


Anak Cg Anis tidak termasuk. Dia dapat 4a. Mungkin dia kecewa sikit sebab tidak tersenarai. Best friend dia best student kot. Harap-harap kenalah tempias 'best' tu.

Pada hari yang sama, diadakan juga hari pelaporan akademik. Parents akan berjumpa guru untuk melihat prestasi anak. Walaupun cuma mendapat 4a, keputusan subjek lain agak bagus. Satu subjek sahaja gagal, matematik tambahan! Cikgu cakap, ada harapan dapat semua a. Kalau dilihat dari sikap, Amir ni bagus. Rajin buat latihan. Begitu ulasan cikgu dia. 

Semasa jemput dia petang tu, Cg Anis tanya la kalau dapat banyak a tu nak buat apa nanti?


(9A dalam SPM sebenarnya tidak menjamin pelajar akan mendapat jurusan yang diingini semasa peringkat ijazah pertama.) 


Boleh la pergi oversea, masuk uni mana yg nak, katanya. 


Nak buat kursus apa? Pergi oversea bukan melancong. 

Krik krik.

Cg Anis pun bagitahu dia. 

Sekarang ni, pastikan kursus apa nak belajar lepas spm. Itu yang lebih penting. 

Bilangan a tu, sebenarnya menunjukkan kesungguhan. The more a you get, maknanya you have put more effort on that subject. A tu reward untuk your effort. 


Form 5 ni, kita melatih pelajar untuk kerja keras. Push your self to the limit. 

Nanti masuk kolej, tak ada orang nak monitor, nak bagitahu kena study. Bagitahu work hard. Bagitahu strategi belajar. Everything will be on your own. Tapi, masa tu, you dah tahu. Owh, i have done this masa SPM. 

Sebenarnya, Lagi cepat pelajar tahu apa nak belajar selepas SPM, lagi cepat mereka akan menjadi yang terbaik. Tidak terbazir masa. 

Pelajar kena ada Matlamat.

Kena ada perancangan.

#cganismenulis 

No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...