BIASISWA LEPASAN MATRIKULASI /ASASI/ DIPLOMA/STPM

Pasca matrikulasi, asasi, diploma, stpm.

Kolej /uni bukan scammer, walaupun kita perlu bayar banyak. 

Okey mommy. Kan anak-anak kita baru mendaftar matrik/kolej/uni. Belanja banyakkan? Kalau ada simpanan atau income kepuk kepuk memang tak ada masalah nak bayarkan yuran. 

Jangan terlalu bergantung dengan pinjaman kalau ada jalan lain. Tengokkan anak kita mana yg sejenis gigih belajar tu, galakkan dia cari biasiswa untuk pengajian peringkat seterusnya. Tak perlu result SPM dah. Guna result matrik/diploma. 

Biasiswa ni, kita tak perlu bayar semula. Long story short, penaja beri duit, bukan pinjamkan duit. Syaratnya, result 3.50 ke atas, pendapatan isi rumah dalam range yang penaja tetapkan dan lulus interview penaja dengan cemerlang. Ada biasiswa yang bayarkan yuran pengajian sahaja. Ada yang bayarkan yuran pengajian dan elaun sara hidup(yang ni syok). 

Mommy dan anak boleh refer 👇👇
https://www.biasiswamalaysia.com/senarai-penuh-tawaran-biasiswa-lepasan-spm-stpm-dan-diploma/ 

Bayangkan macam ni mommy, orang hulur duit, "nah rm 30k, hantar anak masuk uni." Takkan nak tolak? 

Kira macam anak kita dapat reward la.. 💛 Gittew.. 

 Nanti kita cerita pinjaman boleh ubah pula. #cganismenulis #sembangmakmak #perihalanak #biasiswa #matrikulasi #asasi #diploma #stpm

No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...