BACAAN MENYENTUH JIWA

 31 Mei 2023. Cuti sekolah.

Hari ni, aku bawa Amani dan Ikmal ke Petrosains di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Ramainya budak-budak. Aku temankan Amani, Ikmal dah hilang. Aku rasa dia dah naik ke tingkat atas, tempat bahan bacaan. Petrosains ni, seolah terlalu jauh dengan jiwa remaja dia.

Petrosains Kuantan, masuk percuma. 


Aku suka sahaja jika dia meluangkan masa untuk membaca di atas sana, tingkat 1. 

Malah, aku sedang menunggu respon dia terhadap buku karya Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Ver Wijck. 

Buku ni, direkemen oleh Tok Mat, seorang munsyi DBP. Apabila Ikmal bersuara untuk membacanya, terus aku cari di kedai dalam talian.

Aku bukan kaki novel. Kebanyakan bahan bacaan aku adalah genre motivasi kewangan, hartanah, biografi dan keagamaan. Pendek kata, bahan yang memberi ilmu pengetahuan. Kategori bukan fiksyen.

Namun, kebelakangan ini, aku mula membaca novel-novel yang berkualiti dan memberi makna. Antaranya, Laskar Pelangi karya Andrea Hirata. 

Untuk anak-anak, aku cari novel-novel yang menyentuh jiwa dan berkesan di hati mereka. 

Antara novel untuk bacaan anak


Harapan aku, karya Hamka akan sedikit sebanyak membentuk jati diri seorang pemimpin, seorang pemuda dan seorang pendukung agama di dalam diri Ikmal. 


Buku fiksyen pertama pilihan aku. 


No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...