ANAK DI ASRAMA, BILA NAK PANDAI UTUS DIRI?

Mac 2023. Semester baru bermula. Rancak. 

Kelas tingkatan empat, Aku panggil seorang pelajar lelaki ke depan untuk ambil buku dia yang aku dah tanda.

Aku buka kerja dia, terangkan apa kesilapan graf dia. Dia menumpukan perhatian ke atas buku yg aku tunjuk. 

Aku tengok muka dia. Haishh, budak  ni berhingus. Tak reti nak pergi tandas  ke apa? 

Lepas aku explain panjang lebar, dia kembali ke tempat duduk dia. Sambil berjalan, aku nampak pelan-pelan dia lap hingus dengan belakang tangan

 Masya-Allah , umur  16 tahun kot. 

Begitulah. Anak di asrama, mak-bapak kena cakna. Ajar. Pesan. 

Ada juga yang aku tengok, jerawat batu penuh menggunung atas kulit remaja. Bila anak balik, bawa la pergi cari ubat. Stress budak tu. Demotivated jadinya. 

Anak remaja ni, jerawat banyak pun, boleh jadi isu universe tau. Emosi dia terganggu. 

Bila anak ada di rumah, tengok sikit, ada panau ke? .. Kurap ke? .. Berkudiskah? Belek2 sikit anak kita tu. 

Jangan ingat, dia tak komplen, semua settle. 


Cg anis-ingatkan diri sendiri jugak. 



No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...