SELAMAT HARI BAPA

Kisah petang semalam..

Dalam 5pm macam tu...usai solat asar, semangatla keluar nak pergi panjat Bukit Pelindung. Sekali hujan rintik-rintik. Memandangkan sejak malam sebelumnya dah rancang nak keluar bersenam, makanya saya keluar juga. Dalam hati, " kalau ada orang panjat, aku panjat lah..hujan pun tak pe"


Dengan berpayung, saya mulakan langkah. Teringat pula pokok cempaka putih kat atas bukit tu. Hari tu, beberapa hari sebelum puasa, adalah kali terakhir saya memanjat bukit ni, masa tu pokok cempaka tersebut baru belajar berbunga. Sempat saya petik sekuntum dua yang hampir gugur. Pokok-pokok ini di tanam oleh Jabatan Perhutanan Pahang. Sepatutnya selepas sebulan, dengan hujan yang asyik membasahi bumi semasa bulan puasa yang lepas, saya kira pokok tersebut pasti lebat bunganya.

                                                     cempaka yang masih dalam kudup
                                                   Image result for cempaka dalam daun pisang
                                                   gini lah rupa dia..warna kuning pun ada

Semangat saya mengatur langkah. Dah sebulan cuti bersenam. Lepas raya, kembali bekerja terus temankan kawan-kawan puasa ganti dalam Syawal. Sesi pertama ni letih sikit, tetapi seronok.





                                                   pemandangan lain sepanjang mendaki

Sampai saja di simpang tiga puncak bukit, saya kecewa melihat pokok-pokok cempaka putih telah dipangkas. Mungkin oleh pekerja Jabatan Hutan juga atau pihak kontraktor yang ditugas membersihkannya. Mesti mereka tidak kenal mana satu pokok bunga , mana satu belukar. Sedih pula melihatnya. Pokok cempaka masa hampir 5 tahun juga untuk mencapai setinggi 5 kaki. Kecewa! tak ada rezeki nampaknya. Kalau tidak , dapat lah refresh dengan cempaka...
Cempaka putih  (magnolia champaca) sejenis bunga purba. Kelopaknya ada 6, bukan 5 seperti kebanyakan bunga sekarang. Jarang sekali nak jumpa bunga yang ada 6 kelopak sekarang ni. Pokoknya pokok hutan yang mana diameter batangnya boleh mencapai sehingga sepemeluk orang dewasa. Tinggi pokok boleh tumbuh sehingga hampir 20 kaki. Cempaka mungkin bunyinya klasik di kalangan kita, tetapi magnolia kedengaran biasa...ada jenama aiskrim magnolia.



Cempaka ni  dejavu bagi saya. Kecil-kecil dulu, daddy saya(arwah) selalu belikan cempaka yang dibungkus dalam daun pisang.

Bila saya tanya, " buat apa beli?"
Katanya, " saja..bau wangi..."

Tempat warga India tu menjual bunga masih jelas dalam ingatan saya.

Bunga-bunga di pamer atas pangkin beroda. Cempaka dibalut dengan daun pisang untuk mengekalkan kesegarannya. Pangkin tersebut diparkir depan kedai emas warga India juga. Terdapat dua buah patung gajah pada kiri kanan pintu masuk kedai emas tersebut. Kedudukan kedai emas itu juga menjadi 'landmark' semasa saya kecil. Bila nampak sahaja patung gajah, yeahh...! Maknanya dah sampai ke Pekan Alor Setar. Itu......adalah suatu masa dahulu...

Daddy dah lama meninggal. Tahun 1994. Tahun petama saya di universiti. Kedai emas ada gajah masih ada di tempat yang sama. India jual bunga tiada di situ.


SELAMAT HARI BAPA, daddy...
Kasih daddy seharum cempaka. Terima kasih
Al- fatihah...



2 comments:

  1. Al Fatihah untuk arwah ayahanda Anis ...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh...
    Masih dok ternampak bayang wajah arwah masa dia pi melawat hang kat asrama Bahiyah...paling aku ingat masa dia jumpa hang kat area tennis court tu...

    ReplyDelete
  2. ya ju..susah payah depa ...kadang sedih sangat depa tak sempat nak merasa senang..

    ReplyDelete

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...