RM10

 Hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun.


Excited Ikmal cerita tentang ujian bertutur BM dia. 


La, ujian bertutur je pun! 


Ujian bertutur ni, kita sbg parent atau cikgu ingat ianya sesuatu yg mudah. Alah, setakat nak bercakap. Apa yg susah sangat.?


Tetapi..


Untuk anak-anak zaman sekarang yang kerjanya mengadap gajet 24jam, bertutur adalah sesuatu yang mendebarkan. Apatah lagi kena kupas sesuatu isu dengan cara yang 'pintar', bukan merapu, dalam tempoh masa tertentu. 


Pressure. 


Bila Ikmal balik bagitau point yang dia dapat beri kepada pemeriksa, aku sujud syukur. Point yang cukup bagus pada pendapat aku. Serius. 


Paling buat mata aku berkaca ialah bila dia kata, dia rasa dia buat BETTER dari ujian-ujian yang lepas. Dalam ujian lepas, cikgu banyak komen mengenai dia. 


Aku rasa komen cg, 

1.Suara awak perlahan

2.Awak tak ada point/point mengarut


Aku suka proses "behavioural changes" yang sedang berlaku. 


Dah nampak kematangan fikiran remaja 17 tahun, dah kurang mengarut dan berusaha memperbaiki diri. Tahu kelemahan, belajar dari kesilapan walaupun usaha dalam subjek subjek kritikal masih kurang. 


Petang ni, dia minta singgit nak pegi gim. Duit tak cukup katanya. Aku belanja duit gim dia.


Rm10 aku bagi. 😀


#sembangmakmak

#menggilappermata

PEMBANGUNAN SIKAP ANAK

 Kisah pagi semalam.

Peperiksaan pertengahan tahun bermula.


"Awat yang pakai smart sangat hari ni? Dengan tie bagai. Kan masih boleh pakai baju senaman?"


"Ambik mood mama, nak environment exam tu. Baru rasa serius, tak main-main."


Ini yang aku nantikan selama ini. Rasa yang terbit dari hati. Kesedaran tentang 'apa yang penting dalam hidup aku sekarang?' peranan seorang anak. Seorang remaja. 


Hati makdia tersentuh. Kita tidak pernah tahu apa yang anak-anak ni fikir.


Peperiksaan dan keputusan cerita lain. 

Pembangunan sikap☑️

BIASISWA LEPASAN MATRIKULASI /ASASI/ DIPLOMA/STPM

Pasca matrikulasi, asasi, diploma, stpm.

Kolej /uni bukan scammer, walaupun kita perlu bayar banyak. 

Okey mommy. Kan anak-anak kita baru mendaftar matrik/kolej/uni. Belanja banyakkan? Kalau ada simpanan atau income kepuk kepuk memang tak ada masalah nak bayarkan yuran. 

Jangan terlalu bergantung dengan pinjaman kalau ada jalan lain. Tengokkan anak kita mana yg sejenis gigih belajar tu, galakkan dia cari biasiswa untuk pengajian peringkat seterusnya. Tak perlu result SPM dah. Guna result matrik/diploma. 

Biasiswa ni, kita tak perlu bayar semula. Long story short, penaja beri duit, bukan pinjamkan duit. Syaratnya, result 3.50 ke atas, pendapatan isi rumah dalam range yang penaja tetapkan dan lulus interview penaja dengan cemerlang. Ada biasiswa yang bayarkan yuran pengajian sahaja. Ada yang bayarkan yuran pengajian dan elaun sara hidup(yang ni syok). 

Mommy dan anak boleh refer 👇👇
https://www.biasiswamalaysia.com/senarai-penuh-tawaran-biasiswa-lepasan-spm-stpm-dan-diploma/ 

Bayangkan macam ni mommy, orang hulur duit, "nah rm 30k, hantar anak masuk uni." Takkan nak tolak? 

Kira macam anak kita dapat reward la.. 💛 Gittew.. 

 Nanti kita cerita pinjaman boleh ubah pula. #cganismenulis #sembangmakmak #perihalanak #biasiswa #matrikulasi #asasi #diploma #stpm

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...