Jun 2022, musim sukan dan olahraga di sekolah
"Mama.... Boleh abang cik beli kasut kawad?"
Saya terdiam, dan mengambil masa untuk menjawab. Bukan berkira tentang pembaziran kerana kegunaan kasut tersebut yang mungkin sesekali sahaja akan digunakan. Bukan juga kerana tidak mampu. Tetapi, kerana permintaan yang terbit dari mulut anak lelaki yang seorang ini.
Anak lelaki yang akan cepat-cepat masuk bilik, bila saya tawarkan untuk mendaftarkan beliau dalam kelas tuisyen. Anak lelaki yang sengaja memilih Badan Berunifom yang tidak berapa aktif, semata-mata kerana tidak suka bersosial. Anak lelaki yang memilih sukan bukan berpasukan kerana tak suka "ramai-ramai" katanya.
Dulu semasa tingkatan satu dan dua, kalau musim latihan sukan dia akan pesan,
"mama, ambil on time tau.. Tak nak stay back untuk kawad kaki".
Malam itu, suami saya bawa beliau keluar beli kasut kawad. Besoknya raptai. Katanya lebih selesa dan sedap dengar orang kawad pakai kasut kawad. Lusa hari sukan.
Balik berkawad hari sukan, dia cerita,
"ketua platun kami demam teruk tetapi datang jugak untuk perbarisan. Habis sahaja perbarisan terus balik" . Ada bunga - bunga rasa hormat dalam ayat tersebut.
"itulah tanggungjawab namanya. Kita memang kena jadi macam tu..", sambung saya.
Penyertaan dalam kawad kaki ini pun, saya percaya ianya berlandaskan rasa tanggungjawab. Tanggungjawab itu sukar diajar. Mesti dialami sendiri untuk belajar.
Ini lah universiti kehidupan!!
Cg anis-sedang mendalami ikhlas.
No comments:
Post a Comment