Anak kesayangan mama, selamat ulangtahun ke 20.
Mama doakan semua yang kakak hajati dan minta dari Allah akan dimakbulkan. Selama ini pun, rezeki kakak murah. Semua dipermudahkan. Alhamdulillah.
Allah beri kita nikmat kesenangan dan kejayaan adalah supaya kita sentiasa bersyukur. Sentiasalah memperbaiki diri serta mendekatkan diri padaNya.
Anak mama,
Terpelajar dan matang itu, bukan bermakna kita pandai ilmu dunia saja. Tidak bermakna cemerlang akademik tetapi ambil mudah tentang hukum.
Mama suka tengok kakak berfesyen, bergaya. Tetapi dalam bergaya, jangan jadi mangsa fesyen. Fesyen bukan medium untuk kita menidakkan hukum. Jangan fesyen yang kita gayakan menampakkan kejahilan kita.
Jaga batas pergaulan. Hormati dan sayangi diri sendiri. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Rasional lah ketika membuat keputusan. Gadis bijak tidak berpaksikan emosi semata.
Kakak,
Tidak mengapa jika semua yang kakak rancang, tidak menjadi. Redha sahaja. Allah telah sediakan sesuatu yang lebih baik dari itu. Belajarlah melepaskan, sekiranya perlu.
Pada masa yang sama, berusahalah. Terbang tinggi untuk mengejar impian. Lain orang lain perjalanan hidupnya. Tak perlu cemburu. Allah is the best planner. Mintalah pada Allah.
Akhir sekali,
Bersederhanalah dalam apa jua. Kakak membawa nama bapa bersama. Bapa, "man with few words." Susah dia nak melepaskan kakak pada dunia luar. Jaga tingkah laku, solat awal waktu, selalulah merendah diri.
SELAMAT ULANG TAHUN KAKAK.
KASIH SAYANG YANG TIADA BERTEPI
-MAMA-