10 Januari 2022
Dah 10 hari di tahun 2022.
Sempat juga kami menghabiskan cuti 2 minggu di rumah kecil kami di Kedah. Meninggalkan bumi Kuantan yang ketika itu dilanda hujan lebat dan banjir. Mohon maaf sangat terhadap kawan-kawan yang dilanda musibah banjir kerana kami tidak dapat bersama membantu.
Minggu lepas saya berbual dengan seorang sahabat yang duduk semeja semasa makan. Masing-masing bertanya khabar tentang anak masing-masing. Saya tahu anaknya cemerlang dalam SPM yang lepas. Sedang mengikuti program untuk ke luar negara.
Katanya lagi, "berdebar juga nak sign agreement pinjaman pelajaran, kos belajar di UK mencecah setengah juta ringgit".
Untuk pinjaman boleh ubah, biasanya pelajar akan membayar balik 5% hingga 10% jumlah pinjaman. Katakan jumlah pembiayaan adalah RM500 000. 5% adalah RM25 000. RM25 000 adalah satu jumlah yang amat besar untuk graduan baru. Namun itulah harga yang perlu dibayar untuk menimba pengalaman belajar dan merantau di luar negara.
Persoalannya sekarang, berbaloikah mengikuti kursus-kursus bukan professional seperti sains tulin di luar negara? Malah dengan kos purata RM50 000 pelajar dapat mengikuti kursus ijazah pertama di universiti swasta di Malaysia. Kos bayaran balik pinjaman untuk 5% adalah bersamaan dengan RM2500 sahaja.
Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa pengalaman belajar di luar dan dalam negara amat berbeza. Pembinaan peribadi dan jati diri pelajar juga mungkin dapat ditingkatkan semasa di luar negara.
Cikgu Anis- cemburu juga tengok kawan-kawan hantar anak ke KLIA 😉. Kita hantar anak ke Cyber Jaya je. Semoga tamat belajar dengan CGPA 3.75 ke atas.
Baca juga Warkah untuk anak gadis
bilik Addina di MMU |
It is okay Cikgu. Ramai juga pelajar2 cemerlang SPM, yang belajar di universiti2 tempatan.
ReplyDeleteBagi saya, lebih berbaloi hantar pelajar2 ke luar negara pada peringkat Master, PhD ataupun untuk kursus2 professional jangka pendek, bukan untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Juga jika bidang tersebut langsung tidak ditawarkan di Malaysia, maka okay sambung ke luar negara.
Personally, pengalaman pelajar2 kita yang belajar di luar negara pada peringkat first degree lebih kepada individu, dan tidak merubah cara pemikiran.
Maksudnya, pelajar2 ini hanya akan tambah dari segi tahu dan lihat, tetapi tidak akan mengubah mentaliti tempatan yang sudah lama dibaja sejak kecil. Jadi, attitude bagus tal bagus pada peringkat ini bila balik nanti, banyak bergantung kepada cara mereka dibesarkan, bukannya waktu di luar negara itu.
Namun, kesannya berbeza bagi yang menyambung Master dan terutamanya PhD, kerana mereka telah lebih matang membuat penilaian.
Tetapi sayang.. ada masa tidak juga kekal lama.
Dari segi pekerjaan dalam bidang ilmu, mungkin ada peningkatan. Tetapi dari segi merubah ideals kehidupan, mungkin agak susah.
Namun, paling untungnya pergi pada peringkat PhD, adalah bagi yang ada anak2. Seperti, sambil kita menyelam, minum air.
Sebenarnya, yang akan mendapat keuntungan paling besar dan kekal worldviewnya dan upaya untuk berfikir secara kritis, adalah anak2 kecil ini yang berpeluang mendapat pendidikan awal (tadika, sek rendah) di negara2 maju tersebut.
Betul.. Org muda mungkin mendapat pengalaman baru sahaja (tahu dan lihat) dan Saya setuju sgt tentang anak kecil berpeluang utk pergi pre school di oversea.
Delete