10 Ogos 2020
Sesi persekolahan selepas PKP agak kecoh sedikit dengan berita bahawa pelajar dibenarkan membuat pilihan samada menduduki IGCSE pada bulan Oktober, Mei atau menarik diri terus.
Mesyuarat berkaitan penilaian pelajar IG yang dijadualkan pada hujung bulan Mac, akan menjadi kenyataan setelah ditangguhkan banyak kali gara-gara COVID 19.
Bersama Cg Wahida dan Cg Hazilah semasa mesyuarat penilaian pelajar IGCSE |
Sesi rehat - mesyuarat. Sakit leher mengadap komputer dari pagi ke petang. Terkurung dalam bilik mesyuarat hotel denga SOP yang ketat. |
Saya secara peribadi menganggap hal ini sebagai berita baik. Wabak pandemik Covid 19 telah mengubah segala yang telah dirancang rapi untuk tahun 2020. Sangat berkuasa makhluk Allah yang satu ini. Saiz mereka lebih kecil dari bakteria. Ini yang selalu saya ingatkan pelajar semasa belajar mikroorganisma,
" mujurlah Allah jadikan semua microorganisma ni kecil dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Bayangkan jika mereka boleh dilihat. Pada tangan kita sahaja sudah berjuta-juta koloni...kita akan hidup dalam ketakutan.."
Persediaan yang biasa kami para guru buat menjelang peperiksaan besar Ig dan SPM tergendala pada tahun ini. Namun untuk SPM, memandangkan peperiksaan ditangguhkan maka, persiapan masih sempat dilakukan. Tidak untuk IG kerana penangguhan bukan dalan bidang kuasa Lembaga Peperiksaan.
Oleh kerana pelajar telah memilih slot peperiksaan masing-masing, kami hanya dapat menyiapkan pelajar yang akan menduduki IG pada tahun ini (Oktober) sahaja. Menjelang tahun hadapan, pelajar yang sama akan bersedia untuk peperiksaan SPM. Guru pula akan menerima pelajar kohort baru seperti biasa pada awal tahun. Sekiranya ada dikalangan mereka memutuskan untuk menduduki IG pada Mei, semua persiapan menghadapi peperiksaan adalah tanggungjawab sendiri (di putuskan oleh pihak MARA).
Semua pelajar telah membuat keputusan masing-masing. Yang terkilannya, ramai yang tidak merujuk kepada guru subjek masing-masing.
Guru yang tahu prestasi mereka dalam IGCSE.
Guru yang kenal sikap mereka di dalam kelas.
Guru yang boleh memberitahu dengan jujur peratusan peluang mereka dalam peperiksaan ini.
Ini pendapat saya secara peribadi: