CIKGU DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Minggu 1
Kami memandu sejauh 662km dari Alor Setar  ke Kuantan pada 21 Mac, selama 6 jam tanpa henti walaupun ke tandas. 5 hari selepas PM mengumumkan PKP. Sesuatu yang tidak pernah kami lakukan. Biasanya perjalanan lebih santai sambil berhenti di banyak tempat untuk makan dan solat.

Matahari baru terbit semasa kami melepasi plaza tol Pendang
Minggu pertama banyak dihabiskan dengan kerja- kerja menanda kertas ujian selaras dan memuat naik markah para pelajar ke dalam UPPM. Mujurlah saya telah habiskan menanda 6 kelas sebelum bercuti. Baki satu kelas sahaja. Wabak semakin merebak. Data mendatar.. menunjukkan sekurang-kurangnya ada satu  kematian setiap hari, namun jumlah jangkitan dan kes terus bertambah. Setiap malam kerja kami  menunggu carta wabak yang diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Wabak seumpamanya pernah melanda dunia, seperti SARS, H1N1 dan INFLUENZA. Namun Malaysia tidak terkesan sehingga sebegini.

Nampaknya banyak isu berkaitan guru timbul semasa tempoh PKP ini. Ada yang minta gaji guru dipotong,wang tersebut boleh digunakan untuk membantu barisan hadapan membeli PPE(personal protection equipment). Kata mereka, guru diberi gaji semasa PKP tetapi tidak perlu hadir ke sekolah. 

Pendapat saya pula, ini merupakan minggu pertama ibu bapa berada 24 jam di rumah bersama anak-anak. Baru nampak semua "true colours". Selama ini, ibu bapa bekerja tidak bersua muka dengan anak-anak selama lebih kurang 10jam (7 pagi hingga 5 petang). Keadaan menjadi sebaliknya sekarang. Pernah suatu ketika dahulu, saya dan suami berbual tentang perkara ini. Kami berdua setuju bahawa kami lebih rela bekerja dari menjaga anak di rumah. Kerja rumah yang tidak pernah selesai, anak bergaduh dan memastikan mereka tidak leka dengan gajet, memang menuntut kesabaran tinggi.
     
                                                             

Ini kaedah yang saya gunakan untuk memastikan anak saya (Amani, 10 tahun) belajar Bahasa Melayu di rumah tanpa penglibatan guru. >READING CHALLENGE<

1. Pilih sebuah buku novel kanak-kanak
2.  Cabarannya: beliau perlu menghabiskan novel setebal 247ms diatas dalam tempoh 3hari
3. Sediakan sedikit ganjaran atau janji manis(mungkin ditunaikan selepas PKP). Ganjaran untuk Amani ialah RM 20 jika beliau menghabiskan buku tersebut dalam tempoh 2 hari atau RM 10 jika buku dihabiskan dalam tempoh 3 hari. Jika gagal dihabiskan dalam tempoh 3 hari, beliau tidak mendapat apa-apa. (Kebetulan Amani sedang mengumpul duit untuk membeli patung Barbie baru. Bila cuti PKP, tak ada income duit belanja) 

   
 Sebagai penilaian, luangkan sedikit masa untuk minta anak bercerita bagi setiap bab. Amani ada bertanya maksud perkataan (semasa kita memberi penerangan, mungkin akan melibatkan sekali perkataan berlawan, perkataan seerti dan contoh ayat), maksud peribahasa dan sebagainya. Saya rasa amat berbaloi dengan rm 20 yang saya laburkan untuk seorang budak 10 tahun yang obses dengan You Tube. Dan selepas selesai, saya tanyakan pendapat beliau serta perasaan beliau. Namun, penerangan Amani berakhir dengan..."Amani tak minat sangat membaca". Tidak mengapa, asal ada sedikit ilmu yang dia belajar setiap kali membaca.

Penghujung minggu pertama, arahan masuk 'non stop' melalui telefon bimbit. Guru diminta menyediakan tugasan/kuiz, bahan pembelajaran serta bersedia untuk kelas atas talian. Mana-mana guru pun tidak pernah bersedia untuk semua ini. Dalam keadaan sebegini. Saya ada 3 hari untuk bersedia. 

ROAD TRIP - LEBUHRAYA TIMUR BARAT - KUANTAN KE ALOQ STAQ



Ketika PKP diumumkan, kebetulan kami sekeluarga berada di kampung. Kami bertolak dari Kuantan pada 15 mac.. Sabtu. Mengikut laluan Lebuh Raya Timur Barat. 




Notis di bilik hotel yang menjadi hiburan kami pada malam tersebut.
View dari tempat penginapan kami, Hotel Jeli Inn, depan MRSM Jeli. Selesa dan bersih. 

Lagi pemandangan indah dari hotel.


Sedap nasi kerabu Jeli

Laluan Timur barat menyajikan kehijauan pokok dan langit membiru.

Alhamdulillah, perjalanan berakhir di Restoran Hj Ramli Nasi Kandar, gulai perut ikan.

Dan dessert di kedai kegemaran juga, ais kacang salji.
INSTAGRAM : aiskacangsalji_dinalang

17hb Mac, PM mengumumkan PKP akan berlarutan selama 2 minggu.
Minggu 1 PKP
Terperangkap dalam rumah bersama anak-anak saudara Wafiy(8), Najmi (6) dan Zara(5) serta 3 anak saya Addina (18), Ikmal(14) dan Amani(10). Kami mereka dan mencuba berbagai permainan. Habis main dam ular, kami main teka haiwan. Jemu main, mereka bergaduh . Diberi makan, mereka berbaik dan berkongsi. Selepas makan boleh berebut basikal dan akhirnya minum susu dan tidur.

Kami mula mencongak-congak mengatur perjalanan kembali ke Kuantan. Kalau ikut perancangan awal, kami akan balik Kuantan pada 21 Mac. Melalui Timur barat juga dan mungkin singgah menghadiri kenduri kahwin rakan sekerja saya, Cikgu Hasif. Ini kerana saya percaya jika kami lambat bergerak, kemungkinan besar PKP diperketatkan amat tinggi (jika melihat kes SARS dulu, ambil masa dekat setahun untuk pulih). Jika PKP diperketatkan, kami mungkin langsung tidak dapat balik ke Kuantan. Jeng....jeng... jeng....




SPM 2019 DI KOLEJ GENIUS PINTAR (kolej permata pintar)

Kisah keputusan SPM dah tenggelam dalam timbunan COVID19. Lega rasanya. Saya sebenarnya agak rimas bila diajukan soalan tentang keputusan SPM anak saya yang merupakan pelajar KGP 2019.

Sejak awal, ramai berpendapat pelajar di KGP tiada masalah untuk menduduki SPM memandangkan mereka pelajar terpilih. KGP sendiri sebenarnya menjadi buah mulut awam kerana terpalit dengan isu politik Bekas Penaungnya. Betul...para pelajar dipilih melalui beberapa ujian saringan atas talian. Tetapi program pendidikan KGP berbeza. Mereka buat High School Diploma. Silibus pelajar T4 dan T5 menyamai silibus tingkatan 6 di Malaysia. Sukar, tetapi para pelajar berjaya mengharunginya. Saya membandingkan keadaan pelajar KGP dengan pelajar saya yang mengikuti IGCSE.

IGCSE di MRSM bermula semasa T3 dan peperiksaan IGCSE semasa T4. Sebaik sahaja menjejak T5, para pelajar akan diasuh untuk menduduki SPM. Kebanyakan masa digunakan untuk ulangkaji kerana silibus T5 telah dihabiskan semasa T4(overlaping dengan silibus IG). Jika ada pembelajaran pun hanyalah untuk " cover" topik SPM yang tiada dalam silibus IG. Teknik 'drill' dan  'spoon feed'  adalah biasa di sekolah-sekolah seperti MRSM atau SBP.  Biasanya pelajar yang tidak 'perform' semasa peperiksaan IG, tetapi mempunyai potensi, ,masih berpeluang untuk 'score' dalam SPM. Jadi, sekiranya ibu bapa meletakkan sebilangan A sebagai  target untuk anak-anak dalam SPM, hantarlah ke MRSM atau SBP. Semua guru  adalah terlatih dengan silibus semasa iaitu SPM. Malah, terdapat guru yang berpengalaman sebagai penanda  kertas SPM.

Di KGP, saya melihat anak saya masih meneruskan silibus 'high school diploma' semasa semester pertama T5. Kesuntukan masa. Guru pula bukanlah di kalangan mereka yang terlatih dengan silibus SPM. Bukan mereka tidak bagus, cuma tidak terlatih. Kelas tambahan subjek SPM terpaksa diadakan dengan menggunakan khidmat guru dari luar. Dan saya sama sekali tidak menyalahkan KGP. Saya percaya banyak perkara  bukan akademik yang anak saya belajar sepanjang 5 tahun di KGP. Saya sendiri tidak pernah meletakkan sekian target untuk beliau. Cuma memberi galakan dan memberi nasihat jika perlu.

Walaubagaimanapun, SPM bukan seperti peperiksaan biasa. Ada teknik untuk menjawap. Ada skema pemarkahan yang perlu difahami guru dan pelajar. Di sinilah peranan guru terlatih itu penting. Skema pemarkahan SPM  'rigid', tidak seperti IG yang lebih rubrik dan ' student friendly'.

Apa yang ketara di sini, saya secara peribadi berpendapat simbiosis pelajar berpotensi dan guru yang  terlatih perlu wujud. Sebijak mana pun pelajar, mereka perlu guru untuk membimbing dan menunjukkan jalan.

5 Mac 2020. Nada kekecewaan jelas kedengaran di telefon. Berjurai air mata pelajar KGP yang tidak  mendapat 9A. Bukan rezeki mereka barangkali.

Bertabahlah anak-anak, Allah dah sediakan sesuatu yang LEBIH BAIK dari 9A.










DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...