Anakku dan kes disiplin- realiti kehidupan di asrama


        Separuh semester kedua hampir habis. Peperiksaan penting menghampiri, samada SPM atau IGCSE. Tekanan di mana-mana. Kes disiplin juga menjengah. Tidak kira kes ringan, sederhana atau berat. Malah di MRSM, kami mempunyai JDM ( jemaah disiplin maktab) dan  JDRM (jemaah disiplin rayuan maktab) yang akan membicarakan kes-kes salah laku pelajar mengikut kategori.      
        Ada juga ibubapa yang menyalahkan pihak sekolah bila anak mereka terbabit dengan kes disiplin. Tidak perlu menuding jari kepada sesiapa sebenarnya.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan peraturan asrama dapat membentuk peribadi remaja. Menyerlahkan bakat mereka dari segenap segi.  Di sinilah mereka belajar berdikari, memimpin, membentuk jatidiri anak bangsa, mengalunkan azan, menepati masa dan bergaul mesra malah mengenali si teruna dan dara. Ada pelajar saling mendorong  pasangannya untuk berjaya tetapi ramai yang hanyut dalam gelora jiwa remaja. Remaja yang nipis iman terdorong mengikut nafsu. Akibatnya akademik hancur, dalam kelas mengelamun dan akhirnya jauh tertinggal di balakang rakan-rakan lain.
Kehidupan di asrama juga mengajar sesuatu yang lebih dari yang boleh didapati di kelas formal. Anak- anak juga dapat membentuk sikap toleransi terhadap kawan-kawan, rakan senior dan peraturan asrama. Pengalaman bergaul sesama pelajar dapat mempertingkatkan kemahiran “inter personal “ anak-anak. Pengalaman ini yang akan banyak membantu anak-anak selepas menamatkan alam persekolahan.
Ramai ibubapa tidak dapat menerima hakikat bahawa anak  mereka menimbulkan masalah di sekolah. Kalaupun boleh menerima, keadaan pasti sangat sukar untuk si ibu , ayah dan anak berkenaan. Selalunya pihak sekolah  yang akan dituduh tidak menjaga si anak sehingga mereka terlibat dalam kes disiplin. Sungguh tidak adil!  Guru menjaga 700 anak. Semuanya bukan di bin dan di bintikan dengan nama mereka. Mereka dipersalahkan!  Hakikat sebenar: guru, warden asrama dan pihak sekolah memang tidak dapat memastikan pelajar tersebut akan berubah. Mungkin pelajar tersebut patut mendapat sepenuh perhatian di rumah, daripada orang yang sepatutnya. Malah jika keadaan semakin buruk di rumah, pihak sekolah tetap akan dipersalahkan. Sekolah tetap dikatakan tempat di mana anak mula belajar berperangai tidak senonoh. Sekolah lagi!
Sebagai ibu bapa, saya rasa kita patut berhenti menuding jari kepada pihak sekolah. Mempertikaikan setiap tindakan sekolah adalah amat tidak patut. Kita harus melihat sisi positif setiap tindakan sekolah. Paling wajar  kita mengucapkan terima kasih kepada guru kerana tindakan mereka mungkin menyelamatkan  atau sekurang-kurangnya memberi pengajaran kepada anak kita.
Saya juga mempunyai anak di asrama, malah hampir 95% kawan-kawan saya menghantar anak-anak mereka ke asrama. Namun kita tidak mampu menjaga anak kita 24jam. Kita juga tidak boleh mengharapkan warden menjaga anak kita sebaik kita menjaga mereka. Hanya Allah sahaja sebaik-baik penjaga. Semoga anak-anak kita dilindungi Alah SWT. Wallahua'lam. 


           


           


Active learning 1

ASSALAMUALAIKUM dan Salam sejahtera..

3 hari saya kepergian selasa hingga jumaat, meninggalkan kelas. Menghadiri kursus extension biology igcse. Medan untuk bertukar-tukar pendapat, bertanya khabar dan  kemaskini segala macam maklumat.

Kebetulan bila bermula kelas hari isnin, minggu alpha yang agak padat kelasnya. Alhamdulillah dipermudahkan Allah dengan idea untuk aktiviti kelas tingkatan 4. Hari isnin, 3 kelas tingkatan 4..back to back.

Memandangkan silibus pun dah habis.. Saya cuba aktiviti berikut:

1. Sediakan kertas mahjung (6keping utk 6 kumpulan)
2. Tulis perkataan (keyword) tentang tajuk yg perlu dibincangkan.




3. Bahagikan pelajar kepada kumpulan kecil - 4 orang
4. Setiap kumpulan dapat satu kertas
5. Setiap pelajar mesti guna pen berbeza warna dari ahli kumpulan. 

. Pusingan 1-
Arahan kpd pelajar: Tulis apa-apa perkataan yg berkaitan dengan tajuk yang diberi. No discussion. No books. Buat sendiri sendiri. Set timer 7 minit. Stop. (warna/perkataan  yang banyak menggambarkan idea/content pelajar yang banyak). Di sini guru dah boleh mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam bab tersebut) 

Pusingan 2
Arahan kepada pelajar : Boleh berbincang sahaja.. Tambah perkataan hasil perbincangan atas kertas guna pen merah. Set timer 5 minit. 

Pusingan 3
Tampal hasil kerja dalam kelas pada sudut yang boleh di lawati. Setiap kumpulan akan melawat dan menilai hasil kerja  kumpulan lain. Pelajar guna pen merah untuk bulatkan mana-mana perkataan yang dirasakan tiada kena-mengena dengan tajuk perbincangan. Set timer 20 minit. 

Pusingan 4
Arahan kepada pelajar: kembali ke tempat hasil kerja anda. Semak perkataan yg dibulatkan.(Pada ketika ini, sudah ada pelajar yang mula mempersoalkan kenapa perkataan mereka dibulatkan) 

Pusingan penentuan:
Berikan giliran kepada setiap kumpulan untuk mempertahankan perkataan yg dibulatkan oleh kawan mereka. 

Cth: pelajar saya tulis Thanos (watak penjahat dlm filem Infinity War dan End Game) dan beliau mendapat circle dari kawan-kawannya. Namun saya terima penjelasannya.. Memang ada kisah overpopulation di situ. 

Kebaikan :

1. Pelajar akan nampak pentingnya berbincang-aktiviti yang membuka peluang untuk idea yg lebih banyak

2. Pesan pada pelajar.. Jangan conteng hasil kawan-kawan.. Bulatkan sahaja-jangan buat vandalism. Ada nilai murni di situ.

3. Belajar mendengar pendapat dan memberi pendapat. Ada yang sampai nak bergaduh..bila mempertahankan perkataan masing-masing. Sehinggakan cikgu tak sempat nak ambil gambar sebab kena pastikan kelas terkawal.

Nota kaki:
- saya benarkan pelajar berbahas/ berbincang dalam bahasa Melayu supaya pelajar seronok dan tiada batasan untuk menyuarakan pendapat.
- rakan guru boleh menyesuaikan aktiviti di atas mengikut saiz kelas  serta topik.
- rakan guru boleh mengubah suai aktiviti di atas mengikut kekreativitian masing-masing.
- boleh juga berikan markah atau 'star' untuk mana-mana kumpulan.
- semasa pelajar berbincang dalam pusingan ke 2, guru memantau dan boleh memberi 'clue' sekiranya ada pelajar yang 'sangkut'
- guru sebagai fasi









DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...