SELAMAT HARI BAPA

Kisah petang semalam..

Dalam 5pm macam tu...usai solat asar, semangatla keluar nak pergi panjat Bukit Pelindung. Sekali hujan rintik-rintik. Memandangkan sejak malam sebelumnya dah rancang nak keluar bersenam, makanya saya keluar juga. Dalam hati, " kalau ada orang panjat, aku panjat lah..hujan pun tak pe"


Dengan berpayung, saya mulakan langkah. Teringat pula pokok cempaka putih kat atas bukit tu. Hari tu, beberapa hari sebelum puasa, adalah kali terakhir saya memanjat bukit ni, masa tu pokok cempaka tersebut baru belajar berbunga. Sempat saya petik sekuntum dua yang hampir gugur. Pokok-pokok ini di tanam oleh Jabatan Perhutanan Pahang. Sepatutnya selepas sebulan, dengan hujan yang asyik membasahi bumi semasa bulan puasa yang lepas, saya kira pokok tersebut pasti lebat bunganya.

                                                     cempaka yang masih dalam kudup
                                                   Image result for cempaka dalam daun pisang
                                                   gini lah rupa dia..warna kuning pun ada

Semangat saya mengatur langkah. Dah sebulan cuti bersenam. Lepas raya, kembali bekerja terus temankan kawan-kawan puasa ganti dalam Syawal. Sesi pertama ni letih sikit, tetapi seronok.





                                                   pemandangan lain sepanjang mendaki

Sampai saja di simpang tiga puncak bukit, saya kecewa melihat pokok-pokok cempaka putih telah dipangkas. Mungkin oleh pekerja Jabatan Hutan juga atau pihak kontraktor yang ditugas membersihkannya. Mesti mereka tidak kenal mana satu pokok bunga , mana satu belukar. Sedih pula melihatnya. Pokok cempaka masa hampir 5 tahun juga untuk mencapai setinggi 5 kaki. Kecewa! tak ada rezeki nampaknya. Kalau tidak , dapat lah refresh dengan cempaka...
Cempaka putih  (magnolia champaca) sejenis bunga purba. Kelopaknya ada 6, bukan 5 seperti kebanyakan bunga sekarang. Jarang sekali nak jumpa bunga yang ada 6 kelopak sekarang ni. Pokoknya pokok hutan yang mana diameter batangnya boleh mencapai sehingga sepemeluk orang dewasa. Tinggi pokok boleh tumbuh sehingga hampir 20 kaki. Cempaka mungkin bunyinya klasik di kalangan kita, tetapi magnolia kedengaran biasa...ada jenama aiskrim magnolia.



Cempaka ni  dejavu bagi saya. Kecil-kecil dulu, daddy saya(arwah) selalu belikan cempaka yang dibungkus dalam daun pisang.

Bila saya tanya, " buat apa beli?"
Katanya, " saja..bau wangi..."

Tempat warga India tu menjual bunga masih jelas dalam ingatan saya.

Bunga-bunga di pamer atas pangkin beroda. Cempaka dibalut dengan daun pisang untuk mengekalkan kesegarannya. Pangkin tersebut diparkir depan kedai emas warga India juga. Terdapat dua buah patung gajah pada kiri kanan pintu masuk kedai emas tersebut. Kedudukan kedai emas itu juga menjadi 'landmark' semasa saya kecil. Bila nampak sahaja patung gajah, yeahh...! Maknanya dah sampai ke Pekan Alor Setar. Itu......adalah suatu masa dahulu...

Daddy dah lama meninggal. Tahun 1994. Tahun petama saya di universiti. Kedai emas ada gajah masih ada di tempat yang sama. India jual bunga tiada di situ.


SELAMAT HARI BAPA, daddy...
Kasih daddy seharum cempaka. Terima kasih
Al- fatihah...



SELAMAT HARI GURU


Sambutan Hari Guru
Jangan syok sendiri..


         Beberapa tahun kebelakangan ini, 16 Mei jatuh pada  bulan Ramadhan. Mungkin ada sambutan, tapi tiada makan -makan. Apa pentingnya hari ini disambut? Siapa yang menyambutnya? Dulu saya  "tak ambil port" sangat tentang hari guru...sekarang pun tak juga😊. Paling pening jika ada tema, ohh tidak!! saya bukan tidak sporting..cuma secara peribadinya saya rasa tidak perlu guru menyambutnya sendiri, plan segala bagai sendiri...malah  kami pernah bertukar-tukar hadiah sesama sendiri. Ini dah kira macam "syok sendiri". Ramai yang cakap, Hari Guru untuk meraikan guru-guru...tapi kalau dah semua guru buat sendiri...kat mana yang rasa dihargai?

Saya tertarik dengan sekolah anak kawan saya, sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Balakong. Sambutan Hari Guru di anjurkan oleh PIBG. Saya melihat kawan saya dan ramai ibu bapa yang bertungkus lumus menyiapkan dewan dan perhiasan untuk sambutan (fb Jumiee ju). Tiada guru yang terlibat secara langsung. Ini menarik!! Malah Ibu bapa turut hadir semasa sambutan. Betul-betul rasa dihargai. Dan saya rasa inilah cara sambutan yang paling baik.

Dah macam DIVA la pulak kan? 👸👸

Guru kata Hari Guru mesti disambut 16hb, hari lain tak syok ...dah basi...malah sekolah saya akan menyambutnya bersekali  dengan sambutan Aidil Fitri nanti, 14 Jun. Saya ok jer

Lima enam tahun pertama menjadi guru, saya rasa sangat penting kepada pelajar. Demi untuk memastikan mereka score A untuk subjek saya dan itu akan mencerminkan kredibiliti saya sebagai guru yang mengajar mereka. Namun persepsi saya berubah bila saya memberi peluang dan memaafkan diri saya sekiranya pencapaian mereka tidak seperti yang saya harapkan. Saya menggalakkan mereka melakukan yang terbaik dalam apa saya yang mereka buat atau subjek yang mereka gemari.

Malah ada bekas seorang pelajar yang sangat bagus dalam Fizik tetapi tidak bagus dalam subjek Biologi telah berjaya dengan cemerlang dalam pengajian pasca siswazahnya. Beliau pernah datang berjumpa saya dan katanya, " terima kasih cikgu sebab selalu beri galakan pada kami untuk buat yang terbaik , tidak kisah la dalam bidang apa pun..." .Itu merupakan 'turning point' untuk saya dalam kerjaya sebagai seorang guru. Sejak itu saya sentiasa menggalakkan pelajar berusaha dalam subjek yang mereka gemari. Langsung tidak cemburu.

Dan saya rasa, ungkapan-ungkapan spontan dari pelajar seperti:
' cikgu, terima kasih cikgu..saya melihat sesuatu yang berbeza hari ni, cg telah beri saya inspirasi..'
' cikgu, terima kasih sebab sedarkan saya...'
' teacher, you sound just like my mother...'

adalah hadiah hari guru yang terbaik. Itulah penghargaan sebenar untuk saya.

Malah papan tanda besar di sekolah saya inilah yang sentiasa melonjakkan rasa untuk datang ke sekolah keesokkan harinya. ( strategik betul kedudukannya)










DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...