BIOLOGY IGCSE: TIDAK MINAT VS TIDAK RESPECT

Assalamualaikum..selamat sejahtera....

Minggu lepas merupakan minggu dengan jadual yang padat...purata 4jam kelas setiap hari,  petang pula dipenuhi dengan mesyuarat dan aktiviti ko kurikulum.

2 daripada 3 kelas biologi tingkatan 4 saya, adalah pelajar-pelajar yang tidak mengambil subjek Biologi semasa tingkatan 5 nanti. Tetapi untuk tingkatan 4, semua pelajar MRSM igcse wajib mengambil Biologi. Peperiksaan IGCSE adalah pada bulan Oktober, dan diduduki oleh pelajar Tingkatan 4.

Terdapat 3  pelajar  penidur tegar dalam salah satu kelas tersebut.  Kesemuanya pelajar lelaki. Bila ditanya kenapa kuat sangat tidur? jawapan mereka TIDAK MINAT.

Saya faham sangat bila pelajar cakap "TIDAK MINAT", saya akur tentang MULTIPLE INTELLIGENCE...tidak minat Biologi,  mesti mereka menyerlah dalam mana- mana kelas selain Biologi. Minatnya lebih pada subjek-subjek lain. Tetapi....perlukah TIDUR sepanjang kelas tanpa menghiraukan cikgu di depan kelas? Ini lebih kepada TIDAK RESPECT...bukan tidak minat

Ketika mengajar, cikgu bukan satakat menyampaikan maklumat. Kalau setakat maklumat, pelajar boleh capai dari buku dan dari internet, melimpah ruah ilmu yang ada, tidak perlu kehadiran cikgu pun. Tetapi, ketika mengajar, ada moral yang diselitkan...ada pesanan yang dititipkan, ada pengalaman yang diceritakan dengan harapan menjadi inspirasi dan teladan kepada pelajar. Sebab itu agama Islam menganjurkan untuk belajar daripada GURU. Dalam buku atau internet tidak ada semua yang sebutkan tadi.

Tidak minat sesuatu subjek mungkin akan dizahirkan dalam keputusan peperiksaan/ ujian. Menampakkan keputusan yang tidak berapa bagus. Namun, itu tidak menghalalkan pelajar untuk tidur sepanjang kelas berlangsung, ketika cikgu sedang bercakap di depan kelas.

Saya pernah berhadapan dengan pelajar yang terus terang bagitahu saya, " cikgu, saya tak minat Biologi", ketika pertemuan pertama di tingkatan 4(tahun 2014, kalau tidak silap). Tetapi yang membanggakan, pelajar inilah yang banyak bertanya ketika kelas. Jauh sekali untuk tidur. Ya, belajar itu tuntutan agama.

Mengantuk dalam kelas adalah perkara biasa, kita juga pernah mengalaminya ketika zaman belajar dulu, tetapi bukanlah tidur sepanjang kelas tanpa menghiraukan cikgu di depan.

TIPS: sentiasalah dahaga ilmu, tidak kira ilmu apa..terutama sains yang merupakan ilmu dari Al Quran

No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...